Thursday 31 October 2013

TEASER PERTAMA: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU
Audi R8, berhenti seketika di lampu isyarat. Sambil menanti lampu merah bertukar hijau, Zara masih membuang pandang ke arah luar. Memerhati keadaan Kuala Lumpur yang sesak. Sedang Zara asyik merenung keluar tiba-tiba kelihatan ada tangan mengetuk cermin tingkap kereta. Konsentrasi berangan Zara terganggu. Zara melihat siapa yang mengetuk cermin tingkap keretanya sesuka hati itu. Zara melihat seorang perempuan berusia mungkin tiga puluh tahun lebih. Nampak masih muda. Sedang mengendong anak kecil yang hanya memakai pakaian nipis dan comot. Perempuan itu juga kelihatan tidak terurus. Zara terkelip-kelip memandang perempuan itu tanpa membuka tingkap keretanya. Perempuan itu masih mengetuk tingkap sambil menayang bekas minuman plastik yang hanya berisi duit syiling beberapa keping. Kemudian, mengangkat anaknya dalam kendongan ke depan supaya Zara dapat melihat anak kecilnya yang sedang menangis supaya kasihankan mereka. Zara memerhati dengan mata dikecilkan.
“Just ignore them! Jangan percayakan mereka, ada sindiket di belakang mereka.” George bersuara.

Zara pandang George. Jauh di lubuk hati, Zara jatuh kasihan terhadap perempuan itu.

Lampu bertukar hijau, Audi R8 mula bergerak perlahan-lahan..

“Berhenti di tepi, uncle!” arah Zara.

“Hah?” George agak terkejut.

“Berhenti di tepi!” tegas.

Audi R8 berhenti seperti yang di arahkan oleh Zara.

“Panggil perempuan tadi!” arah Zara lagi.

George tak banyak soal terus turun dan pergi mendapatkan perempuan dengan anak kecil tadi.

Zara menanti.

George kembali bersama perempuan dengan anak kecil itu. Zara membuka cermin tingkap tanpa turun dari kereta.

“You masih muda, kenapa nak mengemis macam ni?” tanya Zara straight tanpa tapis-tapis. Zara tak faham kenapa perempuan itu memilih mengemis untuk mencari rezeki. Padahal, perempuan itu cukup sifat dan masih muda lagi.

“Maaf, cik..saya..tak apalah cik..saya pergi dulu.” Perempuan itu gelisah dan serba tak kena. Bila mendengar Zara hanya bertanya dan tidak memberikan apa-apa kepadanya perempuan itu terus meminta diri. Wajah nampak kalut dan takutkan sesuatu.

“Nanti!” Zara menahan.

“Nah!” Zara mengeluarkan beberapa keping duit kertas.

Perempuan itu terkejut melihat beberapa kepingan wang berwarna ungu dihulurkan kepadanya. Seperti tidak pernah melihat rupa wang itu bagaimana sebelum ini.

“Ambil!” Zara menghulur lagi.

“Banyak ni, cik!” perempuan itu serba-salah sambil matanya melilau melihat sekeliling dengan wajah takut-takut.

“Ambil!” Zara mula bosan. Pantang betul dengan adegan ‘tarik-tarik tali’ macam ni.

“Baiklah! Terima kasih, cik!” walaupun dalam ragu-ragu dan takut perempuan itu mengambil pemberian Zara. Nampak sangat perempuan itu terketar-ketar sewaktu menerima wang pemberian Zara. Kemudian, berlalu sambil melilau kepalanya melihat sekeliling.

Zara hanya memerhati perempuan itu pergi.

“Buat apa Zara bagi banyak-banyak. Dia tak dapat apa pun yang dapat ketua sindiket mereka.” George tak setuju dengan apa yang Zara telah lakukan. Sambil bercakap George terus melepaskan handbreak dan bersedia untuk bergerak kembali.

“Tunggu!” Zara masih memerhati perempuan itu yang telah menjauh. Sampai di hujung bangunan Zara nampak perempuan itu ditarik kasar oleh dua orang lelaki.

“Uncle ingat perempuan tu, kan?” tanya Zara.

“Hm..” George hanya ‘hm’ aje.

“Lepas hantar Zara cari perempuan tu.” Arah Zara.

“Dia orang sindiket, Zara! Banyak kaki. Zara tolong seorang yang ni, ramai lagi mangsa mereka di merata Kuala Lumpur ni.” George masih tak setuju Zara masuk campur. George faham sangat dengan dunia kongsi gelap dan sindiket. George cuba membuatkan Zara faham. Niat nak menolong tu dah baik tetapi tak sesuai untuk dipraktikkan bila melibatkan dunia kongsi gelap. Banyak risikonya.

“Biarlah seorang dari tak tolong langsung, uncle! Anggap saja perempuan itu bertuah bertembung dengan Zara.” ujar Zara sambil menaikkan cermin tingkap keretanya kembali.

Zara dapat mendengar George mengeluh selepas mendengar kata-katanya.

“Uncle, perkara macam ni uncle boleh settle, kan? Zara hanya nak tahu selepas ini, perempuan tu ada pekerjaan dan tempat berlindung. Anak kecil tadi dapat segalanya seperti budak-budak lain dapat.” Ujar Zara mudah. Lain-lain, Zara tahu George boleh diharap. Tidak kira bagaimana cara sekali pun. Zara tahu George akan menunaikan permintaannya.

DI ARMADA..
Segalanya telah selesai, secara rasmi ZARA Communication tiada apa-apa lagi hubungan dengan Armada Group. Zara lega sangat-sangat, seperti memutuskan hubungan dengan Qaiser sepenuhnya. Qaiser tidak akan ada lagi dalam kehidupannya selepas ini. Yang ada hanyalah Daris.

Zara sempat memerhati Qaiser sebentar sewaktu mesyuarat pemegang saham tadi. Wajah Qaiser kelihatan keruh dan masam sahaja. Zara sedar Qaiser juga banyak memerhatikannnya. Zara hanya buat tak tahu.

Selesai mesyuarat, Zara mencari Daris di pejabatnya. Masih ditemani pengawal peribadinya yang setia, George. Waktu dah tengahari semua staf sudah keluar lunch. Zara tahu pasti Daris sudah lama menunggunya. Sampai di muka pintu ofis Daris, Zara menyuruh George menunggu di luar. Manakala, Zara masuk ke dalam ofis Daris.

Masuk-masuk saja ke dalam, Zara tersenyum-senyum melihat Daris tidur di atas sofa sambil berpeluk tubuh. Kepala terlentok. Zara duduk disamping Daris yang masih tidak sedar dengan kedatangannya. Zara masih lagi tersenyum-senyum. Raut wajah Daris diperhatikan dengan jarak seinci. Cair betul! Zara sengih.

Zara mengetuk hidung mancung Daris dengan jari telunjuknya dua, tiga kali. Mata Daris terus terbuka. Celik-celik mata dengan ekspresi wajah serius. Zara mengetuk lagi hidung Daris. Zara tergelak kecil melihat Daris melarikan wajahnya. Geli hati melihat Daris masih lagi mamai.

“Jom, awak! Kita pergi lunch!” ajak Zara terus bangun. Daris yang masih mamai terus menarik Zara duduk kembali lalu dipeluk kemas dari belakang sambil dagunya mendarat di bahu kiri Zara.

“Daris..” Zara menoleh ke belakang sedikit melihat Daris masih menutup matanya.

“Daris..” Mengantuk lagi rupanya. Matapun tak larat nak dibuka sewaktu Zara memanggil Daris lagi.

“Awak..lima minit..” rengek Daris tanpa membuka matanya.

“Cakap tadi lapar.” Zara tergelak. Daris whassup cakap dia lapar gila. Sekarang, heboh nak tidur pula. Mengantuk sangat kot!

Tiada respon dari Daris. Zara pusing kepalanya untuk melihat Daris. Sambung tidur balik rupanya. Zara menolak bahunya supaya Daris sedar.

“Awak..bangunlah..” Zara dapat merasa Daris sedang menggelengkan kepalanya beberapa kali dari belakang. Zara tergelak lagi.

“Bangun..awak..” Zara cuba bangun. Nanti Daris akan ditariknya supaya bangun.

“Nantilah..” tetapi Daris mengemaskan pelukannya lagi. Zara tergelak lagi.

“Hm..awak mengantuk sangat, ya?” Zara jatuh kasihan pula melihat Daris kelihatan tak cukup tidur. Mungkin bekerja semalaman menyiapkan plan projek agaknya.

“Hm..jom..” Daris buka mata dengan malasnya. Membiarkan Zara bangun dahulu baru menarik dirinya bangun.

“Kita makan dekat-dekat sini saja, okay?” saran Zara. Kasihan pula melihat Daris.

Keluar dari ofis, mata Daris terus terbuka lebar tatkala melihat men in black tanpa senyum. Mereka berdua berjalan dahulu dan George mengekor mereka dari belakang. Daris sempat menjeling ke arah pengawal peribadi Zara yang sukar memberi senyuman. Kemudian, berbisik di tepi telinga Zara.

“Dating dengan awak memang mencabar sungguh..” bisik Daris perlahan tidak mahu George mendengarnya. Daris menjeling sekilas. Memang tak reti senyum!

“Anggap saja tiang lampu..” bisik Zara balik.

“What to do..” Daris kurang selesa tetapi terpaksa menerima kenyataan kalau dah berdating dengan anak billionaire.

QAISER pandang dari jauh dengan pandangan mata sengaja diredupkan. Mengetap bibir menahan perasaan yang membuku. Sukar benar ingin menghampiri Zara kini. Sentiasa bersama bodyguard atau teman lelaki bangsatnya itu. Jika datang ke kediaman Zara juga, Qaiser tidak dapat menghampiri Zara kerana bodyguard Zara bernama George begitu ketat menjaga Zara. Qaiser bengang. Sudah lama Qaiser mengintai peluang tetapi  sukar. Keinginan hati untuk memiliki Zara sepenuhnya semakin membuak-buak. Zara harus dimiliki tidak kira walau bagaimana pun caranya. Qaiser merasakan dirinya tewas jika tidak dapat memiliki Zara. Dia tidak mahu tewas dengan sesiapa pun lebih-lebih lagi dengan jurutera hingusan itu. Budak itu bukan lawannya.

DATO’ SERI FARID telah mengadakan majlis kecil di kediamannya. Menjemput teman baiknya Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin dan isterinya dan beberapa kenalan rapat yang lain. Dato’ Seri Farid merasakan telah lama tidak bertemu mesra dengan rakan taulan yang terdekat kerana terlalu sibuk dengan urusan perniagaannya.
Majlis barbeque diadakan di tepi kolam renang dengan suasana santai. Majlis berjalan lancar diiringi band music. Zara juga tidak terkecuali menjemput Daris. Majlis bertambah meriah walaupun terdiri dari kenalan rapat sahaja. Zara dan Daris sentiasa bersama, bergelak ketawa dan bergembira menikmati keindahan malam bersama-sama dibawah restu orang tua.
Dato’ Seri Farid memerhati anak gadisnya kelihatan gembira dan sentiasa tersenyum. Dato’ Seri Farid gembira kerana Zara telah menemui cinta sejatinya dan hidup gembira. Zara juga dilihatnya sudah mula matang, dengan penubuhan yayasan membantu wanita kesusahan. Dari hasil laporan George, Zara banyak berubah dan membuatkan Dato’ Seri Farid terlalu bangga dengan anaknya. Tanpa sedar bibir seorang ayah mekar dengan senyuman bangga. Datin Seri Delilah menghampiri lalu memeluk lengan suaminya.
“Anak kita dah besar, pa!” Datin Seri Delilah juga tersenyum bangga.
Dato’ Seri Farid dan isterinya menghampiri anak gadisnya dan teman lelakinya.
“What are you guys doing?” sapa Dato’ Seri Farid dan isterinya. Dari tadi mereka perhatikan Zara dan teman lelakinya bergelak ketawa saja. Apa yang lucu sangat?
“Ni ha..Daris cakap dia boleh nyanyi dan main gitar. Pemalu macam dia ni nak menyanyi? Zara tak percayalah, papa!” Zara tergelak-gelak. Sejak dari tadi Zara mengusik Daris dan Daris layankan saja perangai mengada-ngada Zara.
“Betul ke, Daris? Kamu pandai menyanyi?”
“Sikit-sikit tu bolehlah, Dato’” Daris merendah diri.
“Oh..so..you have to give us a song..barulah si budak ni percaya, Daris!” Dato’ Seri Farid menepuk bahu Daris dengan mesra. Kemudian, tangannya mengamit budak band di atas pentas membawa gitar ke bawah.
“Go ahead, Daris!” Dato’ Seri Farid mengambil tempat duduk di sebelah mereka.
Daris berdiri lalu mencapai gitar dari budak band. Zara tergelak-gelak tidak percaya Daris ingin melakukannya.
“Are you sure, Daris?” Zara bertanya masih tak percayakan Daris.
Daris hanya tersenyum sambil memetik gitar perlahan dan humming lagu yang bakal dinyanyikan. Petikan gitar Daris membuatkan semua yang hadir di majlis merapati mereka.
Zara diam dan hanya mendengar
“What’s this?” tetamu yang datang menghampiri.
“Come on! Come on! We’re having a concert here!” Dato’ Seri Farid memanggil semua yang ada supaya merapati.
Petikan gitar Daris bertukar dari irama perlahan menjadi rancak. Dengan senyuman kacak ke arah Zara. Daris mula menyanyi.
“Matamu..lembut bagai bayu..juga awan biru di langitku..” Daris menghampiri Zara sambil tersua-sua wajahnya mendekat dengan wajah Zara. Sinar mata Daris bercahaya sewaktu merenung Zara. Sungguh, Daris terlalu mencintai Zara.
Zara membalas senyuman Daris dengan jiwa disimbah kegembiraan dan kebahagiaan yang sukar diungkap. Zara merasakan percintaannya seindah warna pelangi berharap mereka akan sentiasa begini untuk selamanya.
Zara menghayati setiap bait lagu yang dinyanyikan oleh Daris. Zara bangun lalu bertepuk-tepuk tangan mengiringi nyanyian rancak Daris. Semua yang ada turut bertepuk-tepuk tangan juga menggamatkan suasana. Happening!
Daris meneruskan nyanyian..
Matamu redup bagai bayu
Juga awan biru di langitku
Senyummu seindah mentari
Selalu menerangi mimpi sepi
Cubalah cuba sayang teka
Siapa yang bertakhta dalam jiwa
Adakah kau rasa?
Daris sengaja melanggar bahu Zara sewaktu menyanyikan “ Adakah kau rasa?”. Zara tergelak lalu mencubit pipi Daris dengan manja.
Sayang ku selalu ada waktu tuk menyayangimu menjagamu
Seluruh hidupku..
Daris sempat meletakkan tapak tangannya di pipi Zara dengan renungan redup dan senyuman tak pernah lepas di bibirnya demi Zara.
Semua yang ada bersorak melihat betapa romantisnya Daris melayani Zara sambil menyanyikan lagu dan bermain gitar.
Keadaan semakin rancak..
“Oh..Oh..Oh..da..da..dum..matamu redup bagi bayu..juga awan biru di langitku..” tiba-tiba Daris menarik Zara masuk ke dalam pelukannya dan Daris masih memegang gitarnya. Zara dah macam sandwich – Daris – Zara – gitar. Zara berada ditengah-tengah di antara gitar dan Daris. Zara terkejut tetapi bahagia.
“Senyummu seindah mentari..selalu menerangi mimpi sepi..” Zara meletakkan dahinya pada dahi Daris dan mereka bertentangan mata sambil masing-masing membalas senyum.
“Ah..ah..oh da ra ra ra dum dum..caramu mempersona kalbu..sesungguhnya aku tahu kamu terbaik untuk diriku..” Daris sudahkan nyanyiannya dengan ciuman hangat di dahi Zara.
Zara terpejam mata. Sungguh, dia bahagia..
PESANAN PENULIS:
Musim bahagia Zara & Daris..
Harap teaser ni dapat mengubat rindu dgn abam Daris..sy spt biasa sentiasa sibuk dgn tugas & urusan harian..dh lama xmenjenguk blog..dh bsawang dh ni..aaaaachuuuuummm..mmg kene 'bersih' blog ni..hehe..hm..slagi SDLP xmncapai percentage yg mbolehkan sy update story Irfan, DBH ditangguhkan buat smntra wktu..mohon maaf dari sy..big2 hug from me..love u olls..