Friday 30 August 2013


BAB 21: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

APA sebenarnya yang berlaku tadi? Kenapa CEOnya keluar dari bilik Zara dengan kepala berdarah? Daris puas berfikir, menyesal pula tidak menemui Zara tadi. Kalaulah dia boleh bersabar seminit mungkin dia akan tahu apa yang telah berlaku di antara Zara dan CEOnya?


Daris tidak berhenti berfikir perkara yang bukan-bukan. Sekarang, dia tidak senang duduk. Gelisah!


ZARA merenung lengannya yang berbirat kemerahan, jika dia keluar dengan Daris dalam keadaan begini tidak mustahil Daris akan syak wasangka yang bukan-bukan terhadap dirinya. Bila Daris membatalkan acara mereka pada petang tadi, Zara sedikit lega walaupun kecewa. Perasaan Zara sedang kacau-bilau. Dia perlu bertenang dahulu barulah dapat berterus terang dengan Daris. Dia tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada Daris tetapi keadaan tidak mengizinkan. Zara bimbang akan menimbulkan salah faham. Zara harap Daris dapat menunggunya..

 
DI LAPANGAN Terbang Antarabangsa, Langkawi..

Zara bersama mama dan papanya. Manakala Qaiser bersama daddy dan mummynya. Masing-masing berkumpul di airport untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sedang menunggu flight peribadi Tan Sri Megat Arman Zainal Abidin tiba tetapi terpaksa menunggu kerana flight delay akibat faktor perubahan cuaca dengan tiba-tiba. Kalau tidak setengah jam yang lalu mereka semua sudah berlepas balik ke Kuala Lumpur.

Jengkel betul hati Zara melihat wajah pura-pura Qaiser yang berada tidak jauh daripadanya berada. Hambik kau! Puas hati melihat dahi mamat tu bertampal plaster. Plaster besar pula tu! Memang padan sangat dengan muka, kurang ajar sangat! Kutuk Zara sepuas-puasnya di dalam hati.

“Son, what happened with your head?” tanya Puan Sri Raja Qarlina sebaik saja Qaiser muncul di hadapan mereka semua.

Qaiser bukan memandang mummynya dahulu tetapi memandang Zara dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Dahi yang bertampal disentuh seketika. Sakitnya masih terasa sehingga kini. Qaiser mengetap gigi sehingga rahangnya boleh kelihatan bergerak-gerak. Melepaskan perasaan geram dan sakit hati di dalam diam. Kemudian, barulah memandang mummynya.

“Oh..yang ni? Tadi, ada orang baling pasu bunga terkena kepala Qaiser. Budak tu tak taulah kenapa? Dia practice main baseball kot!” kembali merenung Zara dengan renungan helang pembunuhnya.

Semua yang berada di situ memandang Qaiser..

Zara pula buat tak tahu..

“Ish, macam teruk luka tu?” Datin Seri Delilah juga menilik dahi Qaiser.

“Kamu kacau perempuan ke, Qaiser? Kalau tak , tak adalah bocor kepala kamu tu?!” Tan Sri Arman Zainal Abidin tidak percaya. Pasti anak lelakinya ada melakukan sesuatu? Takkanlah orang saja-saja nak membaling pasu bunga kalau tak ada pasal.

“Qaiser tak kacau..tapi ada orang yang kacau hak, Qaiser!” bengang melihat Zara buat tak tahu sedari tadi. Sibuk dengan handphone di tangan.

“Habis tu kamu biarkan saja orang tu?” Puan Sri Raja Qarlina terlalu geram dan sakit hati mendengar anak kesayangannya dicederakan oleh orang sesuka hati.

“Ini Qaiserlah mummy..I won’t let her go so easily..silap besar!” Qaiser menyorot renungan helangnya ke arah Zara. Jemarinya tanpa sedar digenggam kuat.

Zara berpaling setelah mendengar kata-kata Qaiser yang cukup mendalam. Renungan helang pembunuh menusuk ke kalbu. Hati Zara tercuit perasaan tidak enak.

“Jangan lepaskan orang tu! Suka hati nak mencederakan anak orang!” Puan Sri Raja Qarlina tidak berpuas hati, Qaiser masih belum melakukan apa-apa dengan orang yang mencederakan Qaiser. Kenapa dibiarkan? Sepatutnya disaman sampai sehelai sepinggang, merempat! Puan Sri Raja Qarlina cukup geram dengan orang yang tidak tahu keturunan dan darjatnya.

“Don’t worry mummy..tahulah nasib dia..” ujar Qaiser dengan tertahan. Perasaan dendam menyelubungi hatinya. Zara..wait and see..

Zara kembali mengadap handphone di tangan. Kata-kata Qaiser dibiarkan seperti angin lalu. Dia ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan. Daris!

Zara sibuk menelefon Daris sedari tadi tetapi gagal menghubungi, tidak tahu kenapa? Hatinya cukup gelisah kerana Daris tidak menjawab satu pun daripada panggilannya. Rasanya dah berpuluh panggilan dibuat namun satu pun tidak berjawab. Ada sesuatu terjadikah? Hati Zara berdetak tidak keruan. Tak sedap hati!

Sebelum datang ke airport tadi, Zara sempat mengetuk pintu bilik Daris dan memanggil beberapa kali tetapi tidak berjawab. Terpaksa mengalah kerana dia terpaksa bekejar ke airport pula selepas itu. Apabila sudah berada di airport, Zara masih mencuba banyak kali menelefon Daris tetapi Daris masih tidak menjawab panggilannya.

Zara susah hati dan tidak senang duduk. Akhirnya, Zara bingkas bangun. Tidak tahan dengan perasaan tertekan yang dihadapinya. Menunggu Daris menjawab panggilan seperti menunggu keputusan exam pula rasanya. Berdebar!

“Zara nak ke mana?” tanya mama tatkala melihat Zara tiba-tiba bangun.

“Pergi ladies jap, ma!” Zara memberi alasan. Stress level semakin meningkat, baik dia keluar menghirup udara segar di luar. Moga dapat menenangkan perasaaan gelisahnya. Daris..where are you? Getus hati kecil Zara yang kebimbangan.

Mendengar alasan Zara, Datin Seri Delilah hanya mengangguk dan meneruskan perbualannya dengan Puan Sri Raja Qarlina.

Zara keluar..

Tanpa sedar Qaiser mengekori dari belakang..

“Zara..” Zara yang sedang sibuk memanggil Daris melalui talian menoleh.

Zara buat muka malas nak melayan. Zara sedang tertekan Daris tidak menjawab panggilannnya, Qaiser pula datang menyibuk. Memang taklah! Zara buat tak tahu menganggap Qaiser seolah-olah udara yang tidak kelihatan.

“I’m sorry..Zara..” mohon Qaiser cuba bersabar walaupun Zara buat tidak tahu dengannya.

Zara hanya menjeling. Malas betul nak melayan lelaki biadap itu. Dia belum amnesia untuk melupakan apa yang telah Qaiser lakukan terhadapnya pada petang tadi. Huh, sorry? Jangan harap! Tunggu lain dimensi la kalau nak memaafkan pun! Zara mencemuh di dalam hatinya.

“Zara..abang..tak sengaja..” ucap Qaiser dengan suara kedengaran kesal.

Tak sengaja?

Zara terus berpusing. Tak sengaja kata kau? Pecah masuk bilik orang, harassment orang, tak sengaja? Huh! Tak masuk dek akal langsung.

“Tak sengaja? Okay..” Zara senyum buat-buat. Kemudian, melotot matanya ke atas dan berpusing membelakangkan Qaiser. Bengang betul! Damn!

“Zara..janganlah macam ni..” pujuk Qaiser memegang bahu Zara.

Zara menolak bahunya ke belakang supaya tangan Qaiser jatuh. Tidak rela dirinya disentuh lagi oleh Qaiser. Jijik!

“Zara..abang betul tak sengaja..” Qaiser mengeluarkan sekuntum bunga ros merah dari dalam kot yang dipakainya. Berharap sekuntum bunga ros itu dapat memujuk hati Zara. Qaiser sempat membeli bunga ros itu sebentar tadi di kiosk. Bunga biasa macam ni saja yang tinggal. Kalau ikutkan dia boleh belikan bertan-tan bunga ros dari luar negara tetapi ini saja pilihannya yang ada disaat ini.

Zara berpusing kembali melihat Qaiser menghulurkan sekuntum bunga ros merah dengannya. Hanya sekuntum bunga ros merah untuk memohon maaf? Sejuta bunga ros pun tidak akan melunturkan apa yang telah Qaiser lakukan terhadapnya. Apa yang Qaiser lakukan hanyalah sia-sia. Dia tidak terpujuk dengan ros itu.

“Jangan nak sweet sangatlah, abang! Pergilah! Jangan ganggu Zara lagi!” tak menghargai apa yang diberikan oleh lelaki itu terus menghalau.

“Zara..please..” masih menghulurkan bunga ros merah memujuk. Walaupun hati tengah membengkak dengan penolakan Zara.

Zara bosan. Lantas,  mengambil bunga ros di tangan Qaiser. Zara mencium keharuman bunga ros itu seketika lalu tersenyum lebar.

Qaiser tersenyum kembali melihat Zara tersenyum. Mungkin Qaiser ingat Zara telah menerima permohonan maaf darinya.

Zara masih senyum. Bunga ros di tangan dipandang seketika. Kemudian, tanpa perasaan bersalah Zara menjatuhkan bunga ros itu ke lantai.

Qaiser melihat Zara menjatuhkan bunga ros yang diberikannya ke lantai. Pandang Zara dengan wajah tidak mengerti.

Zara senyum sambil menekan bunga ros yang berada di lantai dengan tapak kasutnya. Kuat-kuat! Seperti melenyek hati Qaiser sekejam-kejamnya.

Zara senyum sinis..

“Dalam mimpi Zara akan memaafkan abang. Apa yang abang lakukan pada Zara tak boleh dimaafkan langsung! Pergilah, abang! Jangan bazirkan waktu dengan perempuan macam Zara ni. Pergi balik dengan tunang abang tu!” cemuh Zara sepuas hati. Sakit hatinya masih berbekas bukan setakat apa yang berlaku di dalam bilik hotelnya tadi tetapi setiap apa yang Qaiser pernah lakukan terhadapnya sebelum ini. Terlalu banyak kelukaan yang telah ditinggalkan oleh lelaki itu untuknya. Dia takkan pernah melupakannya. Terlalu pahit!

“You’re so..arrogant, Zara!” tiba-tiba Qaiser bersuara perlahan namun kedengaran amat berdendam. Qaiser sakit hati dengan penolakan Zara. Kewibawaannya benar-benar tercabar. 

Zara hanya menjungkitkan bahunya dan terus berlalu.

Qaiser menahan geram..

 
PENANTIAN Zara berakhir apabila satu pesanan ringkas masuk.

Zara..saya tak sihat..

Pendek! Tetapi, membuatkan Zara terus bingkas bangun. Daris tak sihat? Jantung Zara berdetak laju. Hatinya yang berasa tidak sedap sedari tadi akhirnya berasas juga. Zara terlalu bimbangkan Daris. Tanpa berfikir panjang Zara telah membuat keputusan.

“Papa..mama..Zara tak dapat nak hantar papa dan mama ke France malam ni. Zara akan balik sendiri esok.” Ujar Zara dengan wajah cemas.

“Kenapa ni?” tanya mama. Risau melihat wajah kalut anak perempuannya.

“Ada hal penting! Nanti sampai France call Zara, okay?” beritahu Zara dengan kalut.

Dia harus segera ke hotel melihat Daris.

“Okay, but..promise me to take care of yourself.” Datin Seri Delilah berat hati membenarkan Zara pergi tetapi tidak menghalang niat anaknya itu. Berfikir yang baik-baik saja. Datin Seri Delilah cuba berfikiran positif.

“Orait, ma..” Zara senyum mendatar. Kalut nak bergegas keluar dari airport dengan segera.

Qaiser hanya memerhati..

 
DARIS bergegas ke airport. Dia sepatutnya sudah sampai ke airport sejam yang lalu tetapi kereta yang dinaikinya boleh pula rosak di tengah jalan. Kalau tidak, dah lama dia dapat berjumpa dengan Zara. Daris kesal kerana melayan kedegilan hatinya tadi, kalau tidak, dia sudah berjumpa dengan Zara dan meleraikan persoalan yang menyesakkan hati. Kalaulah dia membuka pintu biliknya tadi, sewaktu Zara mengetuk pintu dan memanggilnya banyak kali tak adalah dia begini. Daris terlalu kesal kerana terbawa-bawa dengan perasaan cemburu dan curiga.

Mungkin Zara telah pergi. Daris menyeluk poket seluar cuba mencapai handphone tetapi tiada. Ah, tertinggal agaknya! Agak Daris dengan perasaan kesal lagi. Oh..waktu-waktu macam inilah handphone boleh tertinggal. Rungut Daris bertambah kesal. Terpaksa menunggu kereta siap dibaiki dahulu. Namun, Daris amat pasti dia takkan bisa mengejar Zara lagi. Zara mungkin sudah berada berada di awan. Melankolik! Seakan sukar digapai lagi.
 
Daris mengeluh untuk kesekian kalinya lagi..

 
BERGEGAS mendapatkan teksi, Zara cuba menelefon Daris lagi. Namun, panggilannya tidak dijawab membuatkan Zara bertambah risau. Jangan-jangan Daris jatuh pengsan? Sorang-sorang di dalam bilik hotel? Oh, Tuhan..janganlah sesuatu yang buruk berlaku terhadap Daris. Pohon Zara bimbang.

“Could you hurry, sir? I have an urgency.” Zara menyuruh pemandu teksi supaya cepat-cepat memandu ke hotel. Tak tahu apa yang sedang berlaku terhadap Daris? Zara benar-benar takut.

Sampai di hotel, Zara terus bergegas..

Baru nak melangkah ke anak tangga, kereta Chevrolet Camaro Bumble Bee milik Qaiser khas untuk bersantai menghalang Zara dari melintas. Zara terkejut! Bila masa pula Qaiser mengekorinya? Takkan tak faham-faham lagi kot, makhluk sorang ni! Zara menyampah. Sudahlah, dia nak cepat menemui Daris, Qaiser pula menghalang. Kalau nak cari pasal dan bergaduh cari hari lain, boleh?! Bukan hari ini!!

Zara tiada masa nak melayan perangai budak darjah satu yang ditunjukkan Qaiser sekarang ni. Tanpa mempedulikan Qaiser, Zara terus berjalan ke arah lain untuk melintas. Kereta Qaiser mengundur, menghalang jalan Zara lagi.

“Ish, dia ni!” Zara geram kerana dia hampir terjatuh.

Zara tidak mempedulikan Qaiser terus melangkah mengikut arah lain pula.

Tiba-tiba, Qaiser turun dari keretanya dan menarik Zara dengan paksa masuk ke dalam keretanya. Sekuat mana pun Zara meronta, Qaiser tetap menarik Zara masuk ke dalam kereta.

Zara dihenyak kuat..pintu ditutup keras..

“Hei! Apa ni?” Zara menjerit marah. Apa yang Qaiser cuba lakukan ni? Zara tak faham.

Qaiser hanya diam tidak mempedulikan jeritan Zara, memandu keluar dari kawasan hotel.

“Abang ni kenapa? Kenapa paksa Zara ikut abang macam ni? ” tanya Zara cemas bila Qaiser mula memandu laju. Terasa kering darahnya dengan aksi memandu laju begitu.

Qaiser masih tidak mempedulikan setiap kata-kata Zara. Terus memandu laju.

“Turunkan, Zara! Turunkan Zara sekarang jugak!” Zara menjerit lagi. Bahu Qaiser digoncang memaksa Qaiser memberhentikan keretanya.

“Berhenti kereta ni, abang! Zara nak pergi jumpa dengan Daris. Daris mungkin tak sihat tu!” Zara memaksa lagi. Dia harus berjumpa dengan Daris. Dia tak tahu apa yang terjadi dengan Daris? Zara terlalu bimbangkan Daris. Tapi, Qaiser buat perangai gila pula. Urghhh..geram betul hati Zara.

Terdengar nama lelaki lain di bibir Zara, Qaiser semakin naik angin. Tangan Zara yang tak reti duduk diam sedari tadi asyik menggoncang bahunya ditangkap dan diramas kuat.

“Jangan berani-berani sebut nama lelaki lain depan, abang!” wajah Zara direnung tajam seperti ingin menelan Zara hidup-hidup. Renungan cukup serius.

“Kenapa tak boleh pulak? Bukan urusan abang pun! Turunkan Zara! Kalau tak Zara terjun dari kereta ni!” ugut Zara. Dia memang tak berani tetapi mungkin dengan mengugut terjun dari kereta Qaiser akan memberhentikan keretanya.

“Terjunlah! Kalau nak kulit cantik Zara tersiat-siat! Kalau hidup lagilah.” Qaiser tak hairan dengan ugutan Zara. Malah, menakutkan Zara pula.

Dah tentulah Zara tiada keberanian untuk terjun dari kereta ni. Zara pandang Qaiser dengan geram. Apa yang Qaiser nak ni? Tak faham langsung!

“Habis tu! Kenapa abang buat Zara macam ni?” tanya Zara bengang. Kalau nak sambung bergaduh dan menyakitkan hati pasal tak puas hati dengannya di airport tadi. Tunggu bila dia ada masa, bila ada masa nanti nak bergaduh dari pagi ke malam sambung ke esok pagi pun boleh. Sekarang ni, dia perlu berjumpa dengan Daris.

“Zara akan tahu nanti..”
 
PESANAN PENULIS:
Ohoo..Qaiser ni..main paksa-paksa pulak! Buat pengetahuan semua SDLP akan diberhentikan bila sampai bab 25, ye. SDLP terpilih untuk dinilai terbit. Kalau ada rezeki SDLP akan menemui anda semua tahun depan. Doakan saya, ye. Big..big..hug from me..

Tuesday 27 August 2013


BAB 20: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

QAISER meneguk minuman keras di bar hotel malah di siang hari tanpa perasaan malu. Perasaan marah membuak di dalam hati amat menyeksakan dirinya. Bengang!

Qaiser menggoncang gelas minuman kerasnya dengan kasar lalu diteguk rakus cuba melepaskan perasaannya.

“Abang..” suara Dhamirah menyapa. Terkejut melihat Qaiser dengan selambanya meneguk minuman keras di siang hari. Dan, dia juga cukup terkejut Qaiser minum minuman keras? Dia tidak pernah tahu Qaiser minum minuman keras selama ini. Tak sangka!

Sungguh..Dhamirah tidak menyenangi apa yang dilihatnya kini. Hatinya dicuit rasa ragu-ragu tentang keputusannya memilih Qaiser sebagai teman hidupnya. Sangkanya Qaiser seorang yang baik walaupun tidak warak orangnya. Dia bukanlah hendakkan seorang ustaz sebagai suaminya cukuplah seorang lelaki yang menjaga solatnya dan menjaga perilakunya selayaknya seorang muslim. Tapi, adakah pilihannya tepat? Benar, Qaiser seorang yang romantis dan baik. Tapi, cukupkah? Dhamirah ragu-ragu.

“Dhamirah..” Qaiser menoleh. Terkejut melihat bakal tunangnya berada di sisinya melihat dirinya yang berserabut dan sedang minum. Entah apa yang difikirkan oleh Dhamirah tentang dirinya kini. Seorang yang loser?

“Kenapa abang minum air ni? Abang tau tak berdosa?” Dhamirah bertanya lurus.

Qaiser menatap wajah Dhamirah yang kelihatan hampa. Hatinya beku dengan kata-kata Dhamirah. Apa yang bergelodak di hatinya hanya kemarahan terhadap Zara belum padam. Membara!

“Abang ada masalah ke?” tanya Dhamirah lagi bila Qaiser masih tidak menjawab pertanyaannya sebelum ini. Ada masalah pun janganlah sampai minum minuman syaitan ini. Dhamirah betul-betul tidak senang dengan Qaiser meneguk minuman keras seperti minum air putih lagaknya.

“Kalau tak, tak adalah abang minum macam ni.” akui Qaiser tanpa rasa malu sedikit pun. Ini perkara biasa untuknya. Mungkin, Dhamirah tidak pernah tahu sikapnya begini. Ah, persetanlah! Yang penting hatinya yang sakit ini perlu diubati. Kalau Dhamirah tidak suka? Lantaklah..

“Abang janganlah macam ni..ada masalah pun janganlah sampai minum-minum macam ni! Mira tak sukalah..” tegur Dhamirah. Sakit hati melihat Qaiser tidak berhenti-henti meneguk air itu walaupun sudah ditegah.

Kepala Qaiser yang mula ting tong dengan minuman keras bengang pula dikhutbah oleh Dhamirah. Perempuan memang leceh!

“Hei..perempuan! If you come here and keep complaining like this, better you go home now! Berambus! I don’t want to hear it!” Qaiser menjerkah kuat. Kata-kata Dhamirah betul-betul menaikkan darahnya yang sudah mencanak naik sedari pagi tadi. Nasib kaulah!

Mata Dhamirah bulat besar terkejut dengan jerkahan kuat Qaiser. Tangannya mengurut dada sambil beristighfar.

“Abang..Mira hanya risaukan abang..apa yang abang buat ni hanya merosakkan diri abang saja nanti” ujar Dhamirah perlahan. Takut dijerkah lagi. Sekarang baru dia tahu perangai sebenar Qaiser. Dhamirah amat takut dengan sikap Qaiser begini. Tubir matanya hangat dengan air mata.

“Kau jangan nak jadi macam ustazah kat sini! Apa aku nak buat aku punya sukalah! Kau peduli apa!!” sembur Qaiser. Bengang kerana Dhamirah masih belum berhenti memberi nasihat kepadanya. Dia tidak perlukan nasihat bagai apa yang dia perlukan Zara tunduk dengannya.

“Ab..abang..”

Dhamirah terkejut lagi. Air mata yang bertakung sedari tadi merembes keluar tanpa dapat ditahan-tahan lagi. Di mana Qaiser yang dulu? Yang lembut, romantis dan prihatin terhadap dirinya. Dia tidak mengenali lelaki ini lagi.

Dhamirah melihat Qaiser meneguk minuman keras di tangannya lagi. Dhamirah benar-benar kecewa dan tanpa berlengah terus beredar tanpa berkata apa-apa lagi. Dia dah silap besar!

Qaiser hanya menghantar Dhamirah dengan ekor matanya.

“Risau pasal aku tapi terus blah bila aku marah! Tak guna punya perempuan!” maki Qaiser lagi. Seorang lagi perempuan pergi dari hidupnya. Bagus! Perempuan memang menyusahkan!

Qaiser meneguk lagi minumannya. Malah, memesan lagi minuman baru.

 
DI KOLAM renang..

“Habis basah..” rengek Zara. Pakaian yang dipakainya habis basah. Ini semua gara-gara kenakalan Daris menariknya jatuh ke dalam kolam. Hiii..

Daris tayang sengih tidak bersalah. Mata sempat memerhati pakaian Zara yang telah basah lencun. Matanya segera dialihkan ke arah lain bila fikirannya mula melayang ke ‘lain’. Tak baik, Daris! Mengingatkan dirinya sendiri jangan terlalu jauh menerawangnya. Haip, Daris!!!

“Meh, sini..saya lap.” Daris mengambil tuala lalu di letakkan di atas kepala Zara. Perlahan-lahan dia mengelap rambut Zara yang basah.

“Saya tak suka awak buat saya macam tadi tu. Saya tak suka mandi di tempat awam. Kulit saya sensitif tau! Karang kalau kulit saya gatal-gatal, siaplah awak!” rungut Zara tentang dirinya yang cukup sensitif.

“Hok aloh..yeke? Kulit anak orang kaya memang macam ni, eh? Nanti saya tolong garu, nak?” tayang muka gatal pula. Tersengih-sengih.

“Hesy, jangan nak menggatal. Saya cakap betul-betul ni. Sekarang saya dah mula rasa gatal dah ni. Ini awak punya pasallah ni!” Zara tunjuk muka garang sayang dengan buah hatinya. Nak marah betul-betul tak sampai hati.

“Yelah..saya yang salah..” Daris mengaku kesilapannnya. Karang kalau merajuk hatinya juga yang terseksa.

“Look..I’ve got rash now. It’s so itchy..” adu Zara, mula menggaru di lengan dan lehernya. Bukan dia nak kulit sensitif begini.

“Sorry sayang..” Daris mula dibayangi rasa bersalah. Hai..kenapalah nakal sangat, Daris! Kan, awek dah menggaru-garu macam monyet dah. Monyet pulak! Dengar dek Zara for sure buat muka duck face. Eh, duck pulak! Daris menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Saya nak balik bilik, nak mandi.” Zara tayang muka duck face. Merajuklah tu..

“Petang karang kita keluar bersiar-siar, okay?” ajak Daris dengan nada memujuk. Muka manja sayang plus mengharap ditunjukkan. Biar Zara tidak sampai hati nak menolak.

“Yelah..” Zara bersetuju dengan suara geram. Pandai betul kalau bab memujuk! Sweet sangatlah tu!

Daris sengih. Tuala yang berada di atas kepala Zara diturunkan ke bahu Zara, membalut badan Zara yang kebasahan. Dia tidak ingin mata-mata nakal merenung badan Zara yang basah. Dia tak rela!

Zara mengangguk dan bingkas bangun. Dia nak balik ke bilik untuk mandi. Sah-sah, sebentar lagi dia akan berendam di dalam bathtub yang dituang Dettol. Gatalnya! Zara menggaru lehernya yang mula kemerahan.

Daris menghantar kekasihnya dengan pandangan kasihan.

Zara buka pintu bilik dan melangkah masuk. Selepas menutup pintu, dengan selambanya Zara menarik body shirt yang dipakainya dan berpusing.

Kemudian, berjalan dengan tangan mengangkat tinggi bajunya sehingga ke kepala. Bila bajunya sudah dapat dikeluarkan dari kepala. Mata Zara dah terpaku keras. Terkejut gila!

“Hei!” jerit Zara nyaring. Terkejut gila melihat Qaiser berada di dalam biliknya dan dah tentu-tentu Qaiser melihat dia membuka baju sedari tadi. Pantas, Zara berpusing dan menyarung balik bajunya yang basah dengan marah. Kurang ajar betul!

“Buat apa kat sini? Ini bilik Zaralah!” marah Zara cukup menyirap dengan kebiadapan Qaiser memecah masuk ke dalam biliknya.

“Kenapa tak boleh? Bukannya kita tak pernah bersama dalam satu bilik macam ni. Banyak kali..Zara dah lupa?!” sengaja mengingatkan Zara tentang hal lalu mereka.

Qaiser bingkas bangun dari katil yang didudukinya lalu merapati Zara dengan perlahan-lahan. Senyuman penuh makna dilemparkan ke arah Zara beserta renungan tajam. Zara terasa dirinya ditelanjangi dengan renungan mata begitu.

Sikap Qaiser yang mencurigakan menakutkan Zara. Sebelum, Qaiser melakukan sesuatu yang tidak elok dengannya, baik dia keluar dengan segera.

Zara berpusing dan berlari mendapatkan pintu.

Qaiser cepat pula memintas dan menarik lengan Zara lalu menutup pintu yang hampir terbuka dengan kuat. Zara sangat terkejut dengan sikap kasar Qaiser. Zara tidak pernah melihat Qaiser bersikap begini. Tak tahu yang merasuk Qaiser?

“Apa ni, abang? Keluarlah!” halau Zara. Lalu, menjauhkan dirinya jauh-jauh dari Qaiser. Zara sempat terbau minuman keras di badan Qaiser tadi. Mungkin kerana pengaruh minuman keras Qaiser menjadi segila ini.

“Kenapa nak halau abang? Kan, Zara suka kalau abang macam ni dengan Zara.” acah Qaiser mendekati Zara yang melarikan diri daripadanya. Lucu melihat wajah Zara yang ketakutan tetapi kelihatan menarik pula pada pandangan matanya.

“Abang ni kenapa? Kalau tunang abang nampak abang masuk bilik Zara macam ni, apa pula kata dia?” marah Zara.

“Oho..” Qaiser gelak dibuat-buat.

Qaiser rapat lagi, Zara menjauhkan diri. Qaiser merapatkan dirinya lagi. Zara bosan lama-lama begini. Sebelum Qaiser semakin rapat Zara buka langkah panjang melarikan diri. Tetapi, sempat pula Qaiser memaut leher Zara dengan lengannya. Lalu, disandarkan badan Zara dengan kasar ke dinding.

“Dia nak kata apa? Dia dah berambus pergi pun!” Qaiser senyum sinis. Kedua belah tangannya diletakkan  ke dinding. Mengunci Zara daripada melarikan diri lagi.

“Tepilah, abang!” jerit Zara dah tak tahan kena harassment macam ni. Apa yang tak kena dengan Qaiser ni? Bergaduh dengan tunangnyakah? Kut, iye pun jangan lepaskan padanya. Dia tiada kena mengena pun.

Zara cuba menolak dada Qaiser tetapi pantas pula ditahan oleh Qaiser.

“Stay still..” tahan Qaiser sambil merapatkan wajahnya pula dekat dengan wajah Zara.

Zara berpaling. Bau busuk dengan minuman keras memualkan tekak Zara.

“Abang..rindukan Zara..” ucap Qaiser. Senyum dan mengacah bibirnya rapat dengan bibir Zara. Kepala Zara sukar nak berpusing ke arah lain bila terlalu rapat begini.

“Abang!” Zara menjerit marah. Berharap Qaiser tidak mengacah menciumnya lagi. Zara tidak rela dirinya diperlakukan sesuka hati oleh Qaiser. Dia bukan perempuan mudah yang boleh dilakukan sesuka hati. Dia ada maruah! Benar, dia pernah gilakan lelaki itu satu waktu dulu dan sanggup melakukan apa saja. Tetapi, itu dulu..Daris banyak menyedarkan dirinya cinta bukan untuk menyerah segalanya tetapi memberi dan menerima dari kedua belah pihak. Qaiser takkan tahu tentang itu, apa lelaki itu tahu hanyalah ego. Pride menjulang bila perempuan mengejar.

“Zara cantik..” Qaiser masih mengacah bibirnya rapat-rapat. Geram nak mencium bibir mongel Zara yang merah bak delima itu. Begitu menggoda..

Panorama seminit sewaktu Zara selamba membuka baju di depannya tadi  tertayang kembali di mindanya dan Zara yang basah lencun dengan pakaian melekat-lekat di hadapannya kini membuatkan Qaiser tidak keruan. Hangat menbara dengan perasaan menggebu-gebu.

Tangannya cuba menyentuh bibir Zara.

“Jangan sentuh, Zara! GET OUT! GET OUT!” Zara menjerit kuat-kuat.

Qaiser terkejut dengan jeritan kuat Zara.

Dapat peluang Zara terus menolak dada Qaiser jauh-jauh.

Qaiser menentang dengan memegang kedua belah tangan Zara pula. Zara terpaksa membuka seni mempertahankan diri entah apa-apa, tergayang-gayang tangannya cuba melepaskan tangan Qaiser yang memegang kuat kedua belah tangannya. Zara menggila dengan kaki-kakinya menendang-nendang Qaiser sekuat hati.

Qaiser memulas lengan Zara sehingga Zara berpusing ke belakang dan Qaiser berjaya memeluk belakang Zara kuat-kuat.

“Lepaslah! Lepas!!!” Zara meronta-ronta sehingga kakinya terangkat-angkat. Qaiser tetap tidak mahu melepaskan Zara.

“Ingat abang nak ikut kata-kata Zara tu! The more you tell me to release you, the more I don’t want to do it!” bisik Qaiser dengan nada keras di tepi telinga Zara.

“Abang dah gila! Lepaskan, Zara!” Zara berusaha meloloskan dirinya lagi.

“Come on, Zara! Keep on struggling macam ni, ingat abang nak lepas! Kita tengok siapa yang kuat di sini.” Qaiser memperkemaskan pelukannya.

“Get off me!! Get off!!” Zara struggle gila nak melepaskan dirinya dari cengkaman Qaiser. Apa yang telah merasuk Qaiser pun tak tahu? Amat menakutkan dirinya.

Zara disandar secara paksa dan kasar ke dinding lagi. Mengunci rapat-rapat dengan wajah terlalu rapat. Hidung bertemu hidung. Mata bertemu mata.

Zara mencungap-cungap..lemas..

“Stay still, Zara! Jangan ingat Zara boleh lepas dari abang.” Qaiser senyum sinis. Sakit betul hatinya dengan penolakan Zara. Dulu terhegeh-hegeh sangat! Sekarang nak jual mahal konon! Huh!

Zara berhenti meronta. Dia harus tahu kenapa Qaiser bersikap begini?

“Abang ni kenapa? Zara dah buat apa kat abang?” tanya Zara tak faham langsung dengan sikap Qaiser memaksa dirinya sebegini.

“You’re so arrogant, Zara! Ingat bila dah bercinta dengan budak tu Zara dah cukup bagus?” Qaiser melepaskan apa yang terbuku di hatinya.

“Abang yang tolak Zara dulu! Abang yang tak sukakan Zara walaupun bermacam-macam Zara lakukan untuk ambil hati, abang! Lepas tu, abang announce satu dunia abang nak bertunang dengan perempuan lain!” Zara memulangkan paku buah keras.

“Ya, tapi Zara milik abang. Kepunyaan abang. Zara tak boleh pergi dengan lelaki lain. You’re mine..only mine..get it?” Qaiser mengingatkan Zara adalah kepunyaannya. Hak miliknya.

Pipi Zara dielus.

“Abang ingat Zara ni barang ke? Zara bukan kepunyaan siapa-siapa, lebih-lebih lagi abang!” Zara menepis tangan Qaiser dengan kuat.

“Oh..really?” Qaiser menunduk hampir mencium Zara tetapi tangan Zara cepat menolak dan menampar muka Qaiser kuat-kuat. Tamparan kedua!

Qaiser berang dan cuba menerkam Zara.

Zara melarikan diri ke sebelah katil. Qaiser menangkap pinggang Zara dan Zara tidak mahu mengaku kalah bergelut cuba melepaskan dirinya. Terangkat-angkat badan Zara dipeluk oleh Qaiser dari belakang. Tangan Zara tergayang-gayang mencapai vas di atas side table di tepi katil. Bila tangannya dapat mencapai vas terus berpusing memukul kepala Qaiser sehingga berderai vas kaca itu.

Kepala Qaiser berdarah dan Qaiser juga terkejut besar dengan tindakan berani Zara,

“Keluar! Keluar Zara cakap! Nak kena lagi?” Zara mencapai lampu tidur pula mengugut untuk membaling ke arah Qaiser.

Qaiser menahan tangannya supaya Zara tidak membaling lampu tidur itu. Kepalanya dah bocor terkena vas kaca. Sakitnya! Oh..


“Sanggup Zara buat abang macam ni? Gara-gara lelaki lain?” bengang tahap dewa!

“Nak pecahkan kepala abang berkali-kali pun Zara sanggup! Biadap sangat! Menyesal Zara pernah sukakan abang dulu!” air mata Zara meleleh hangat di tubir mata. Sikap apa yang ditonjolkan oleh Qaiser pun dia tidak tahu? Dia bukannya barang ada tuan milik bagai.

“Zara..” panggil Qaiser menahan kesakitan di kepalanya. Darah mula meleleh.

Zara tidak mempedulikan Qaiser terus ke kamar mandi dan mengunci pintu rapat-rapat. Berharap Qaiser akan pergi. Takkan nak berlama-lama lagi dengan kecederaan di kepala begitu.

 
DARIS baru keluar dari biliknya, ingin ke bilik Zara. Mereka dah berjanji untuk keluar bersiar-siar di Pulau Mahsuri ini. Hatinya berlagu riang. Setiba di tingkat bilik Zara berada, dia keluar dari lif. Matanya terbeliak melihat CEO syarikatnya sedang memegang kepala yang berdarah. Mulut terkunci rapat untuk bertanya kenapa?

Daris keluar dari lif dan Qaiser masuk ke dalam lif. Bila pandangan mereka bertemu masing-masing dengan riak curiga. Lebih-lebih lagi Qaiser merenungnya dengan renungan pembunuh upahan. Serius!

“Buat apa di sini?” getus hati Daris curiga. Setahu Daris, CEOnya itu tidak menginap di hotel ini kerana mempunyai villanya sendiri di sini.

Daris berjalan ke bilik Zara dan kelihatan darah bertitik-titik sepanjang jalan dan terhenti di muka pintu bilik Zara.

Daris tiba-tiba mengeluh lalu mengeluarkan handphone.

“Zara..kita tak jadi keluar! Saya ada hal!” dia perlu tenangkan hatinya dulu.
 
PESANAN PENULIS:
Oho..semalam up entry..hari ni up entry lagi..ngeh3..semakin complicated x? Harap tak ke laut entry nih! Enjoy reading..ops..sakit-hati-reading..huhuhu..thx semua..

Monday 26 August 2013


BAB 19: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

MASIH di Langkawi..
 
“Ala..tak naklah ikut papa pergi main golf.” Rengek Zara dengan muka malas. Bukan setakat malas, memang tak ada hati langsung. Kalau papa bermain golf dengan geng lain tak apalah juga, ini dengan geng kamceng siapa lagi kalau bukan Uncle Man. Dah tentu-tentu si mata helang pembunuh tu ada. Oh, tidak..


“Selalu boleh je..takut berjumpa dengan Qaiser ke? Bila masa anak papa menjadi seorang penakut ni? Cakap dah tak ada feeling dengan Qaiser lagi.” usik Dato’ Seri Farid. Sengaja mengacah.

Whoa..ini nak mencabar ke apa ni? Dia bukan penakutlah!

“Eh, Zara okay je..ha..jomlah pa..tiba-tiba bersemangat pulak nak hayun iron, nih!” Zara buat muka bersemangat waja terus berusaha. Tangan dihayun-hayun.

“Oh..yeah? Hm..tunggu papa kat bawah nanti.” Dato’ Seri Farid bangun dari meja makan. Baru selesai bersarapan pagi dengan anak dan isteri tersayang di bilik hotel.

“Abang ni sengaja nak kenakan anak kita ke apa ni? Buat apa nak biarkan anak kita berjumpa dengan Qaiser lagi. Mereka berdua bukannya ada apa-apa lagi dah sekarang.” Datin Seri Delilah tidak bersetuju.

“Awak ni..Zara cakap dia okay je..nampak tu..bersemangat nak hayun iron. Lagipun, dah lama saya tak keluar beriadah dengan anak perempuan saya ni. Ada masa terluang ni baik dimanfaatkan bersama anak kita ni, kalau awak nak ikut pun boleh juga. Happy family..” bukan apa sejak dia sibuk dengan projek ZARASAT, dia selalu tiada masa untuk anak perempuannya itu.

“Tak maulah saya, baik saya pergi spa..body massage. Badan dah sengal-sengal dah ni..” Datin Seri Delilah malas nak mengikuti suaminya ke padang golf yang dah tentu-tentu panas dan berpeluh. Baik dia memanjakan dirinya di spa lagi berfaedah. Badan segar lagi awet muda.

“Oh, ma..ini tidak adil..Zara pula yang kena berpanas.” Rengek Zara tidak berpuas hati.

“Kalau semua tak nak ikut tak apalah. Pa pergi sendiri sajalah nanti.” Kedengaran seperti merajuk.

“Ala..pa..Zara ikutlah..acah saja tadi tu.” Zara dah bergayut di leher papa tanpa rasa malu. Pipi papa yang masih tegang walaupun sudah five series dicium kuat-kuat.

“Ummuuuahhh.” Dato’ Seri Farid hanya tersengih sehingga sepet matanya dengan ciuman Zara. Rindu betul dengan anak perempuannya itu.

“Huh, kalau dengan papanya..manja mengalahkan apa.” Omel Datin Seri Delilah.

“Inikan anak papa..” saja mengusik isterinya. Terimbas kembali kenangan masa lalu sewaktu Zara masih kecil. Zara yang tersangatlah comel seperti anak patung. Dia sememangnya geram gila dengan anaknya sendiri. Setiap waktu, dia selalu merindui anak perempuannya itu. Oleh kerana itu, dia hanya mengharapkan yang terbaik untuk Zara Diandra.

“Yelah, anak abang..” Datin Seri Delilah dah tak boleh kata apa, walaupun dia yang mengandung tetapi anak papanya seorang. Huh, tak aci betul!

“Nak bawa Daris sekali tak?” baru teringat kekasih hati anak perempuannya.

“Rasanya tak perlu, banyak nak bincang pasal business nanti.” Ujar Dato’ Seri Farid.

“Pulak? Semua abang nak buat dalam satu masa, ya? Spend time dengan anak cum business. Bagus..bagus..bagus..amalkan selalu.” Sangatlah tidak bersetuju dengan suaminya.

“No choice..Datin Seri oii..awak ingat saya suka macam ni. Nantilah, bila projek kita ni berjaya. Kita pergi vacation mana-mana. Kita bertiga saja.” Dato’ Seri Farid terpaksa, terlalu banyak perkara yang perlu diuruskan. Bukan sengaja nak mengabaikan Zara sedangkan Zaralah buah hati pengarang jantungnya.

“Hm..yelah..jangan lupa pula apa yang abang kata tu. Masuk projek lain dah tak ingat dah.” Datin Seri Delilah mengomel lagi. Tak tahu samada menjadi ke tidak apa yang dikatakan oleh suaminya itu. Mereka terlalu sibuk mengejar duniawi.

 
DI PADANG golf..

Mereka yang sampai dahulu di driving range, papa sedang menanti geng kaki golfnya masih tak sampai-sampai lagi. Betullah janji melayu!

Sebelum bermain, Zara melakukan senaman ringan untuk merenggangkan otot-otot badannya dahulu supaya tidak kejang dan sakit-sakit badan pula nanti. Selepas melakukan regangan sikit-sikit, Zara dah bersemangat nak menghayun iron. Dia bukannya pro sangat pun bermain golf ni setakat suka-suka tu bolehlah. Nak di bawah par bagai tu tak adalah. Takat nak menyemak je bolehlah..hehehe..

Zara mula swing dua,tiga kali mengacah bola lagak macam dah Tiger Wood sangat dah tapi tak dipukul-pukulnya lagi bola tu. Kemudian, tangan dinaikkan sehingga ke paras kening mengamati di kejauhan di mana bola nak dipukul. So..ready..

“Apa ke laut sangat ni?! Pegang iron pun dah tak betul!” suara Qaiser kedengaran betul-betul di tepi telinganya. Tidak sempat menoleh, Qaiser selamba memegang kedua belah tangannya yang sedang memegang pemegang iron dari belakang. Zara dipeluk dari belakang oleh Qaiser dengan selambanya tanpa amaran.

“Abang?” Sungguh..Zara amat terkejut dengan tindakan Qaiser itu. Cepat-cepat Zara menarik tangannya tetapi Qaiser enggan melepaskan pegangan tangannya.

“Cuba bawak bertenang..meh, abang ajar cara pukul dengan betul.” Ujar Qaiser betul-betul di tepi telinga Zara. Sisi kepala mereka bersentuhan rapat. Jantung Zara dah melayang dahulu sebelum bola melayang dipukul. Dah jatuh ke mana entah hatinya Zara pun tak tahu.

“Eh, tak apalah abang! Zara bukannya main serius pun suka-suka je.” Tolak Zara cuba memboloskan dirinya tetapi Qaiser masih berdegil memeluknya dari belakang. Berdiri di dalam pelukan Qaiser membuatkan Zara lemah lutut dan dah tentu-tentu lemah jantung. Jangan karang dia warded di wad Cardio sudah kerana heart attack.

“Whatever..yang pasti, nak stroke ball kena betul-betul. Sakit mata abang tengok cara stroke carca-marba macam ni.” komen Qaiser kononnya sakit mata melihat cara permainan Zara yang cincai atau asal boleh.

“Ala..bukannya competition pun. Main suka-suka je.” Zara menggeliang-geliut di dalam pelukan Qaiser masih cuba melepaskan dirinya. Bolos saja dinding itu..hampeh! Nak bolos macam mana pun dah tak tahu dah ni. Kuat sangat pegangan tangan Qaiser.

“Suka-suka pun..betul-betullah..karang tergeliat pinggang masa nak swing siapa yang susah? Tak ke abang yang susah?!” sejak bila Qaiser menjadi prihatin sangat ni? Sungguh..Zara nak cubit pipinya kuat-kuat. Tak percaya!

“Tak ada kena mengena dengan abang la kalau Zara susah pun.” Apasal baik sangat ni? Zara janggal dengan sikap Qaiser begini. Pelik dan musykil.

“Are you sure?” Qaiser mengacah di tepi telinga Zara. Rambut Zara yang wangi mengkhayalkan perasaannya.

“100% sure! Lepaskan Zara la! Sakit tau tak!” bentak Zara cuba melepaskan dirinya lagi. Tangannya sudah terasa sakit dengan pegangan kuat Qaiser.

Qaiser melepaskan tangan Zara sebaik saja mendengar Zara merengek sakit.

Zara cepat-cepat menjauhkan dirinya. Bengang pula bila matanya melihat tangannya sudah berbirat kemerahan. Huh, dasar tangan raksasa!

Mata Zara melilau pandang sekeliling dan dia melihat papa dan daddy Qaiser dah naik golf cart pergi jauh ke depan. Caddy pun sama mengikuti mereka. Hanya tinggal sebuah golf cart untuk mereka di situ. Kenapalah tinggalkan mereka berdua di sini? Bala!

“Haih! Papa ni..kalau dah berbincang pasal business dah tak ingat anak dah!” rungut Zara sendirian bila ditinggalkan begitu saja oleh papanya dengan Qaiser.

Zara berpeluk tubuh dengan raut wajah sebal.

Sakit hati pula Qaiser melihat Zara berlagak dan jual mahal. Kalau dulu Zara begitu terhegeh-hegeh ingin mendapatkannya.

“Kenapa Zara berlagak sangat ni? Kalau dulu bukankah Zara suka sangat kalau abang macam ni dengan Zara, hah?!” Qaiser hangin. Oh..try playing hard to get! Mungkin ini satu permainan Zara untuk mendapatkan dirinya. Huh! Perempuan..mudah sangat diagak.

“Itu DULU! Sekarang, Zara dah ada teman lelaki, okay!” balas Zara sengaja menyakitkan hati Qaiser. Sakit betul hatinya dengan kata-kata Qaiser yang angkuh macam dia terhegeh-hegeh sangat dulu. Huh! Satu penghinaan!

“Ingat abang nak percaya Zara dah lupakan abang? Dah lupa bagaimana Zara dulu dengan abang? Apa yang Zara tak pernah lakukan untuk abang? Ingat abang nak percaya Zara tak cintakan abang lagi?” Qaiser sengaja mengingatkan Zara bagaimana Zara sanggup melakukan apa saja untuk dirinya demi cinta. Qaiser tahu Zara takkan begitu mudah melupakan dirinya.

“Suka hati abanglah nak cakap apa pun yang pastinya Zara tak cintakan abang lagi. Zara cintakan orang lain.” ujar Zara serius tanpa memandang Qaiser sedikit pun masih berpeluk tubuh.

“Don’t try playing hard to get sangatlah, Zara! Macam abang tak tahu, ini permainan Zara untuk dapatkan abang, kan?” tuduh Qaiser teramat yakin dengan telahan perasaannya.

“Oho..you’re wrong, man! Totally, WRONG! Wait until a monkey give birth to a duck then we can talk!” Huh, bajet bagus je! Zara mencemik dan buat muka nak muntah. Jangan nak perasan sangatlah!

“You know, women like play hard-to-get and man love women who play hard-to-get. I know your game, Zara!” kata-kata Qaiser penuh sinikal dan sarkastik macam Zara desperate sangat sampai macam tu sekali.

“Jangan perasan sangatlah! Dalam hati Zara hanya untuk teman lelaki Zara saja. Zara dah buang abang jauh-jauh dari hati Zara la!” balas Zara tidak mahu diperlekehkan lagi. Huh! Geramnya!!

“You’re mad at me, right! Pasal abang akan bertunang dengan perempuan lain, kan? Sebab tu Zara buat macam ni. Hati Zara dari dulu sampai sekarang abang tahu untuk abang sorang, kan?” telah Qaiser masih tidak percaya Zara telah melupakan dirinya. Ini hanya momokan Zara.

“However you understand that’s your problem! Zara memang dah tak ada hati dengan abang.” Zara buat muka malas nak dengar.

“Why? You’re keeping it for your boyfriend?” Qaiser menyindir.

“Dah tentulah!” balas Zara tidak mahu mengalah.

“Dream on, Zara! Do you think a guy like him will accept my leftovers?” Qaiser gelak sinis menyakitkan hati Zara.

“You!” kata-kata Qaiser semakin melampau. Tapak tangan Zara terus melayang ke pipi Qaiser. Hambik kau!

“You challenge me too much, Zara! Do you think you doing this nonsense and I will be interested in you?!” cemuh Qaiser tanpa mempedulikan perasaan Zara langsung. Bengang tahap infiniti punya pasal kerana ditampar kuat oleh Zara.

“Who the nonsense actually? Zara dah ada teman lelakilah! Zara tak perlu nak tarik perhatian sesiapa pun! Jangan nak perasan sangatlah!” balas Zara tahap menyampah. Bila ingat balik betapa bodohnya dia kerana pernah sukakan lelaki itu dulu.

Zara dah tak boleh berlama lagi dengan jantan perasan sangat ni. Serius tak boleh tahan gila!

Baik dia blah!

“Nak ke mana tu?” Qaiser menahan.

Zara terus melangkah ke arah golf cart langsung tidak mempedulikan pertanyaan Qaiser. Tinggalkan budak kurang ajar ini di sini! Biar padan dengan mukanya! Mulut macam longkang tersumbat!

Qaiser ditinggalkan begitu saja.

 
ZARA sedang menunggu Daris di tepi kolam renang. Daris sedang berenang-renang. Zara pula sedang sarat berfikir tentang Qaiser. Zara rasa sakit hati sangat bila teringat balik kata-kata Qaiser terhadapnya pagi tadi. Zara gigit bibirnya. Panas hati!

“Macam bagus je!” getus Zara perlahan. Zara tidak memberi perhatian dengan kekasihnya yang sedang berenang-renang di dalam kolam renang.

Zara yang tenggelam dalam lamunan terasa wajahnya tiba-tiba basah dengan air.

“Hei..” suara Zara pecah dengan memek muka geram.

“Berangan!” Daris merenjis air lagi ke arah Zara yang kuat berangan. Macam Mat Jenin!

“Habis muka saya la..” rengek Zara. Cepat Zara mengelap mukanya dengan tuala.

Daris meletakkan dagunya pada lengannya yang sedang berpaut di tepi kolam renang. Sedang merenung Zara.

“Habis tu awak berangan je dari tadi. Fikirkan apa? Atau..siapa?” tanya Daris curiga. Selepas Zara balik dari main golf bersama papanya, CEO dan pengerusi Daris lihat Zara banyak berdiam diri dan termenung. Tidak tahu apa yang sedang difikirkan oleh Zara. Risau pula hatinya jika Zara masih tidak dapat melupakan CEO syarikatnya.

“Taklah awak, saya terpaksa balik dengan papa dan mama malam ni. Papa dan mama nak berlepas ke France awal pagi nanti. Awak okay tak?” bukan sengaja nak menipu tetapi Zara tidak mahu Daris terasa hati. Terpaksa memberi alasan begitu.

“Saya okay je! Lagipun, flight saya awal pagi esok. Kita jumpa kat KL saja nanti.”

Daris menghulurkan tangannya ke arah Zara.

“Hah?” tak faham bila Daris tiba-tiba menghulurkan tangannya.

“Tarik saya ke atas..please..” sambil tersengih dengan raut wajah manja.

“Kat sanakan ada tangga.” Zara menunjukkan tangga yang berada tidak jauh dari mereka.

Daris menggelengkan kepalanya.

“Tak naklah! Saya dah kesejukan ni, nak berenang ke sana tak tahanlah..sejuk..” rengek Daris dengan kemanjaan melampau. Waktu macam inilah nak bermanja dengan cik buah hati.

“Manjanya..” Zara tergelak. Daris boleh tahan manja juga rupanya. So..sweet..

“Hm?” Daris menghulurkan tangannya lagi. Kening dinaikkan juga.

“Yelah..” Zara bangun lalu menghulurkan tangannya. Bersedia menarik buah hati manja terlampaunya naik ke atas.

Daris tersenyum gembira permintaannya ditunaikan terus mencapai huluran tangan Zara. Bersedia untuk melonjakkan badannya ke atas.

“Sedia?” Zara mengangguk.


“Debush!!!” Zara dah selamat menjunam ke dalam kolam.

Daris sengaja menarik Zara terjun ke dalam kolam.

Zara dah mencungap-cungap tenggelam timbul. Daris menghampiri lalu dipeluk pinggang Zara di dalam air. Kemudian, menstabilkan Zara di dalam air.

Zara terus memeluk leher Daris rapat-rapat.

Kedengaran suara Daris tergelak-gelak.

“Daris!” jerit Zara geram. Matanya masih tidak dapat dibuka luas. Tangan Zara meraup mukanya yang basah baru dapat melihat Daris tersengih lucu ke arahnya.

“Awak tak adalah macam kambing takutkan air sangat.” Usik Daris.

“Daris..awak ni, kan..” Zara geram betul dengan Daris kerana menariknya jatuh ke dalam air. Dia bukannya suka berenang di dalam kolam yang dikongsi ramai orang. Dah tertelan air banyak mana tadi. Erghh..

“You look so..cute..macam anak kucing baru diselamatkan terjatuh dalam air.” Perumpamaan Daris memang tak boleh blah langsung menyakitkan hati Zara saja. Ada ke patut disamakan dengan kucing terjatuh dalam air. Tadi, macam kambing takutkan air..kekasih siapalah ni..adoila..

Selepas mendengar kata-kata Daris, Zara terus melepaskan pelukan Daris dan berpusing untuk berenang ke tepi kolam. Merajuk!

“Oho..merajuk pulak tuan puteri duyung ni.” Daris sempat menarik lengan Zara lalu pinggang Zara dipeluk lagi dari belakang.

Tindakan Daris membuatkan Zara tersentak dan ingatannya terus melayang ke arah kejadian pagi tadi. Di mana Qaiser juga memeluknya dari belakang. Sewaktu Daris meletakkan dagunya di bahunya, bibir Zara terketar tidak pasti kerana kesejukan atau perasaan bersalah mula menghuni hatinya kerana dia terasa dirinya seperti sedang berselingkuh pula.

“Daris..saya nak naik..” Zara cuba melonggarkan tangan Daris sedang memeluknya dari belakang.

“Awak marahkan saya ke?” Daris memusingkan Zara supaya mengadap dirinya. Wajah Zara kelihatan amat sugul sekali.

“Taklah! Saya nak naik pasal sejuklah awak..” Dalih Zara. Matanya tidak dapat menentang mata Daris.

“Okay..kita naik.” Daris tahu ada sesuatu yang Zara sembunyikan.

Daris membawa Zara ke tepian. Kemudian, melonjakkan badan Zara ke birai kolam renang.

Zara duduk di tepi kolam dan Daris pula meletakkan kedua belah tangannya di sisi Zara. Daris masih berada di dalam kolam sedang mendongak merenung Zara.

“Maafkan saya..” ucap Daris. Rasanya mungkin dia sudah bergurau keterlaluan dengan Zara. Kesal pula menarik Zara masuk ke dalam kolam renang.

“Saya tak marah awak..” Zara tak tahu apa yang dia rasakan ketika ini. Bercampur-baur dan mengelirukan.

Daris mencapai tangan Zara lalu merenung Zara dalam-dalam.

“Saya sayangkan awak..” lalu menyulam jemari Zara dengan jemarinya. Berharap Zara dapat merasakan kesungguhan kasih sayangnya terhadap gadis itu.

Di satu sudut yang lain, ada sepasang mata tidak menyenangi mereka berdua. Percikan api cemburu menjulang-julang api kemarahan di dalam dada.
 
PESANAN PENULIS:
As salam..entry baru tapi inilah entry yg byk mencabar minda. Sy ambil masa 2 hari setengah utk mengarang byk sgt jemputan open house..mengarang jap tinggal..sudahnya 2 hari setengah kemudian..baru siap..hehe..sori keep u olls waiting..enjoy reading tau! Big..big..big..hug from me..

Wednesday 21 August 2013


BAB 18: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

MAJLIS Pelancaran ZARASAT di Meritus Pelangi Beach & Spa, Langkawi. Zara mengajak Daris mengikutinya ke Langkawi. Papa dan mama Zara telah mengetahui perhubungan Zara dan Daris dan telah merestuinya. Datin Seri Delilah amat bersetuju dan berkenan dengan pilihan Zara sewaktu kali pertama bertemu dengan Daris yang kelihatan kacak dan bersopan. Dato’ Seri Farid pula tidak banyak kerenah apabila diberitahu oleh isterinya tentang Zara yang sedang berpacaran dengan Daris. Tanpa pengetahuan Datin Seri Delilah dan Zara, sudah lama Dato’ Seri Farid mengetahui siapa Daris yang sebenarnya melalui ketua bodyguardnya siapa lagi kalau bukan George yang pantas menyiasat siapa Daris dan melaporkan setiap pergerakan Zara dan Daris. Melalui info dan gambar pasangan muda itu, Dato’ Seri Farid berpuas hati dengan Daris. Dato’ Seri Farid tidak akan buta-buta menerima lelaki di dalam hidup anak perempuan kesayangannya begitu saja tanpa menyiasat terlebih dahulu. Dato’ Seri Farid mengharapkan yang terbaik untuk anaknya. Erti kata lain, Daris lulus sebagai calon menantu.

Daris begitu segak dengan bertuksedo hitam, sedang menunggu Zara di depan pintu bilik hotel Zara. Mereka berdua akan bersama-sama pergi ke majlis pelancaran ZARASAT sebagai pasangan couple buat pertama kalinya. Hati Daris berbunga-bunga.

Sabar menanti sang puteri di hadapan pintu..

Tidak lama kemudian, pintu bilik dibuka dari dalam dan berdirilah Zara dengan penampilan yang begitu memukau pandangan. Zara kelihatan tersangat cantik dengan kebaya moden yang chick diilhamkan oleh seorang pereka fesyen dari Indonesia dan diterbangkan khas untuk Zara. Kebaya moden berwarna coklat keemasan dengan sulaman dan renda berwarna keemasan begitu terletak cantik di badan Zara yang putih mulus. Rambut Zara disanggul kemas tanpa juraian rambut sedikit pun. Dicucuk pula dengan cucuk sanggul seperti puteri di zaman silam. Moden dan silam digabungkan bersama maka terhasillah ‘masterpiece’ yang begitu memukau pandangan sesiapa yang memandang Zara.

“Zara..” tiada kata-kata yang dapat diperkatakan oleh Daris tatkala melihat Zara yang berdiri dengan anggun. Daris terkesima.

“Daris!” seru Zara dengan senyuman menawan.

Daris bagaikan tenggelam di dalam khayal merenung Zara tanpa berkelip.

Zara hanya tersenyum melihat Daris yang kelihatan terkejut dengan penampilannya. Zara sudah biasa dengan renungan begitu. Tapi, renungan dari teman lelaki memang membuatkan hati Zara kembang setaman. Renungan seorang kekasih.

“Kita pergi, okay!” Zara tanpa segan terus memeluk lengan teman lelakinya dengan perasaan sangat gembira dan teruja. Tidak pernah dia merasa sebahagia ini.

Daris terpinga-pinga hanya menuruti langkah Zara.

Ketibaan Zara dan teman lelakinya mendapat perhatian besar-besaran dari lensa kamera para pemberita dan para jemputan majlis pelancaran ZARASAT. Pasangan yang sama cantik dan sama sepadan. Sesiapa yang melihat mereka berdua  pasti memuji pasangan ideal itu.

Bagi Zara dan Daris terasa seperti mereka sedang melalui wedding reception pula. Masing-masing cuba stabilkan diri supaya kelihatan relaks dan steady.

Bagi Daris inilah kali pertama dia menjadi perhatian orang ramai. Daris tidak selesa tetapi pegangan tangan Zara dilengannya setiap masa menenangkan perasaan gemuruhnya.

Bagi Zara, sesungguhnya dia tidak pernah segembira dan sebahagia ini. Terasa hidupnya telah lengkap.

Zara sedang menunggu ketibaan papa dan mama, kemudian barulah majlis pelancaran akan bermula. Tidak lama selepas ketibaan Zara, kedengaran pengumuman mengumunkan ketibaan Dato’ Seri Farid dan Datin Seri Delilah pula.

Majlis Pelancaran ZARASAT berjalan dengan lancar. Tepukan gemuruh para tetamu undangan kedengaran di seluruh ballroom menandakan ZARASAT telah dirasmikan oleh Dato’ Seri Farid dan isterinya.

Zara sedang berbual dengan Daris sewaktu Qaiser dan pasangannya melangkah masuk ke dalam ballroom. Mata Zara tanpa sengaja terlihat Qaiser dan pasangannya sedang melangkah masuk dan semakin hampir dengan mereka berdua. Wajah Zara terus berubah.

Wajah Zara yang tiba-tiba berubah membuatkan Daris menoleh dan dia juga dapat melihat CEO syarikatnya sedang melangkah masuk bersama pasangannya. Daris terdiam dan mengamati riak wajah Zara sedalam-dalamnya seakan cuba menilik apa yang sedang difikirkan oleh Zara diketika ini. Hati Daris bergetar bimbang dengan tiba-tiba.

QAISER yang baru melangkah masuk ke dalam ballroom, terlihat Zara bersama dengan seorang lelaki yang boleh tahan kacaknya. Mata Qaiser tidak lepas memandang Zara yang kelihatan tersangat cantik pada malam ini. Namun, hatinya tiba-tiba terasa sangat sakit tidak tahu kenapa? Matanya tidak senang melihat Zara bersama dengan lelaki lain. Hatinya tidak senang melihat keakraban Zara bersama lelaki lain.

“Awak masih tak dapat nak melupakan dia ke?” tiba-tiba Daris bersuara setelah membiarkan Zara dan CEO syarikatnya saling berbalas pandang sedari tadi. Rasanya dah cukuplah tu kalau dibiarkan lama-lama karang hatinya juga yang sebu semacam.

“Hah! Eh, tak adalah awak..saya tengok awek kat sebelah tu macam kenal saja.” Zara yang baru tersedar cepat-cepat berdalih. Tapi, memang betul pun macam kenal saja perempuan itu. Oh, memang perempuan tu! Zara baru teringat perempuan yang baik hati sangat memberi nasihat percuma dengan dirinya sewaktu dia menangis di dalam tandas tidak lama dulu. Terfikirkan takdir yang berputar di antara mereka. Zara tergelak pahit tanpa sedar.

“Oh, ye ke? That’s a relief..I thought you would think about him because he’s such a perfect man, isn’t it!” Ayat yang keluar dari bibir Daris kedengaran seperti cemburu dan tergugat.

Zara pandang Daris dengan pandangan comel dan manja cuba menenteramkan hati Daris. Zara tahu Daris bimbang dengan hatinya yang mungkin tidak dapat melupakan Qaiser.

“Saya suka awak cemburu begini. Look so..sexy..” pujuk Zara manja. Zara mengeratkan pegangan tangannya di lengan Daris. Kepala sengaja dilentokkan dengan manja di dada Daris.

“Really? Just look at him, wherever he goes, all the ladies would stare and stick their eyes on him..almost pulling him away from his lover.” Daris menduga hati Zara. CEO syarikatnya yang bernama Megat Qaiser Zulkarnain dipandang kemudian Daris pandang Zara dengan kening diangkat.

“Hm..?”

Zara terjebak dengan kata-kata Daris. Tipulah, jika hatinya tidak tersentuh langsung dengan kehadiran Qaiser. Ah, cerita lama!

“Saya dah ada awak..hm..” Zara cuba meyakinkan Daris. Zara juga serba-salah dengan dirinya.

 “Zara..” perbualan mereka terganggu dengan kemunculan Puan Sri Raja Qarlina yang tiba-tiba.

Tumpuan Zara dan Daris kini tertumpu pada Puan Sri Raja Qarlina yang kelihatan anggun bergaya di majlis itu.

Puan Sri Raja Qarlina memandang mereka dengan penuh tanda tanya. Siapa lelaki di sebelah Zara? Hati tuanya tidak senang.

“Oh, Auntie Qar.” Zara terkejut melihat mummy Qaiser menyapanya dengan tiba-tiba.

“Auntie, ada sesuatu nak bercakap dengan Zara. Boleh sekejap tak?” pinta Puan Sri Raja Qarlina lebih kepada Daris sebenarnya supaya Daris beredar sewaktu dia ingin bercakap dengan Zara.

Daris hanya mengangguk walaupun berat.

“Right this way, darling!” menyuruh Zara berlalu dahulu dan Puan Sri Raja Qarlina sempat memandang Daris dari atas sehingglah ke bawah. Kacak! Akui Puan Sri Raja Qarlina dalam diam.

Puan Sri Raja Qarlina menghulurkan senyuman kepada Daris sebelum membawa Zara jauh dari pemuda kacak itu. Dia ada perkara untuk diperkatakan terhadap Zara.

“Dah lama auntie tak berjumpa dengan Zara.” ujar Puan Sri Raja Qarlina sewaktu mereka berjalan ke arah satu sudut untuk berbual dengan selesa.

“Zara ada je..tak ke mana pun.” Zara senyum cuba mengambil hati bakal ibu mertua tidak jadinya.

“Zara..actually..I’m not happy with the decision made by Qaiser..enggaged to another women.” Luah Puan Sri Raja Qarlina ketidakpuasan hatinya dengan keputusan anak lelakinya memilih perempuan lain untuk dijadikan isterinya. Puan Sri Raja Qarlina sememangnya mengharapkan Zara menjadi menantunya tetapi kedegilan Qaiser yang masih memilih perempuan biasa-biasa menjadi isteri tidak dapat dihalang lagi.

“Doakan kebahagiaan mereka saja, auntie! Zara sudah terima kenyataan Abang Qaiser tidak memilih Zara. Tak apalah, auntie! Zara okay je..” Zara senyum pahit. Dia harus katakan apalagi.

“Auntie tak restui mereka berdua.” Ujar Puan Sri Raja Qarlina masih berdegil tidak mahu menerima bakal menantu pilihan anak lelakinya.

“Janganlah macam tu, auntie! Mereka berdua saling mencintai. Biarkanlah mereka berdua bersama.” Zara cuba menasihati mummy Qaiser.

“Auntie tak tahu mereka berdua boleh bertahan sampai bila? Bukan Zara tak kenal dengan Qaiser tu kalau dengan perempuan bagaimana? Macam chipsmore! Sekejap ada, sekejap tak ada. Hanya Zara yang faham perangai Qaiser tu.” Perangai womanizer anak lelakinya sudah diketahui umum dan dia tak pasti perempuan yang dipilih oleh Qaiser adalah muktamad. Dia faham sangat dengan anak lelakinya itu.

“Zara boleh lihat Abang Qaiser serius, auntie! Kalau tak..tak adalah Abang Qaiser umumkan pertunangan mereka berdua.” Pujuk Zara. Walaupun tidak bersama dengan Qaiser, dia berharap Qaiser gembira dengan kehidupannya.

“Harap begitulah..hm..Zara..auntie tahu..you’ve been through a lot as well. Sorry for what Qaiser have done to you. Auntie turut kesal.” Akui Puan Sri Raja Qarlina dengan perasaan tersangat kesal.

“It’s okay, auntie! Perkara dah berlalu..” Zara tunduk sayu. Hatinya masih berbekas dengan perbuatan Qaiser.

“Hm..siapa lelaki dengan Zara tadi? Handsomenya pun boleh tahan.” Tanya Puan Sri Raja Qarlina ingin tahu siapa lelaki yang bersama Zara.

“Teman lelaki Zara, auntie!” Zara mengaku. Daris cinta hatinya. Qaiser masa lalunya. Zara sudah dapat memahami dirinya kini.


“Teman lelaki siapa?” tiba-tiba muncul Qaiser berseorangan menyampuk perbualan mereka.

 Zara terkejut dengan Qaiser yang datang dengan tiba-tiba.

 “Lelaki bersama denga Zara itulah teman lelaki Zara.” terang Puan Sri Raja Qarlina tanpa dipinta.

 “Teman lelaki main-main bukan serius pun, kan?” telah Qaiser mula merapati Zara. Renungan helang mula mencari anak mata Zara.

Zara hanya mendiamkan diri. Lidahnya kelu untuk membalas walaupun Zara teramat menyampah dengan nada suara Qaiser seperti mengejek dirinya. Sabar sajalah, Zara..

“Seriuslah..apa yang tak seriusnya..” Puan Sri Raja Qarlina pula yang menjawab bagi pihak Zara. Mulut anak lelakinya itu boleh tahan juga berkata-kata bimbang pula Zara berkecil hati. Kasar sangat!

“Budak ni selalu main-main, mummy! Bukan betul sangat! Saja nak show off mana tahukan, mummy?!” serkap Qaiser tidak percaya yang Zara serius dengan lelaki lain.

“Behave yourself, Qaiser! Nak bergurau pun agak-agaklah..” Puan Sri Raja Qarlina mengingatkan anak lelakinya. Mata dijegilkan ke arah anak lelakinya namun tidak dipedulikan.

“Zara dah biasa dengan abang yang selalu bergurau manja ni. Betul atau main-main kita tengok sajalah nanti.” Zara terlalu bengangkan Qaiser tetapi cuba berlagak biasa. Tidak guna nak membalas. Dia tidak faham kenapa Qaiser bersikap sarkastik padahal Qaiser sudah bahagia dengan bakal tunang tersayang.

Renungan helang Qaiser tidak dipedulikan. Nak marah dengan kata-katanya tadi? Lantaklah!

“Handsome teman lelaki, Zara! Sepadan!” puji Puan Sri Qarlina sengaja mengapi-apikan hati anak lelakinya. Jika Qaiser tidak mempunyai perasaan terhadap Zara takkanlah bersikap sebegini. Nampak macam nak marah saja sedari tadi. Hai..budak-budak ni!

“Terima kasih, auntie! Zara pergi dululah, dah lama teman lelaki Zara keseorangan. By the way, auntie! Zara akan berkahwin tak lama lagi dengan teman lelaki Zara. Kami tak nak tunang-tunang ni, terus kahwin saja selepas mama dan papa selesai urusan di Russia nanti. I’d like to invite you in advance.” Ucap Zara dengan senyuman manis tetapi sengaja membakar hati Qaiser yang terlalu angkuh. Zara tersangat puas hati kerana dapat membalas dengan secukupnya.

Wajah Qaiser terus berubah kerana terlalu terkejut mendengar kata-kata Zara. Mata Qaiser tidak lepas merenung wajah Zara yang selamba. Entah kenapa hatinya terlalu sakit. Perasaan marah mula membuak-buak di dalam dada.

Zara tidak mempedulikan renungan helang pembunuh Qaiser terus meminta diri dan beredar. Dia perlu mencari Daris. Ke mana Daris ni?

“Zara cantik sangat malam ni..don’t you think, Qaiser?” kata-kata mummy semakin menaikkan kemarahan Qaiser. Sakit betul hatinya bila ditewaskan. Qaiser berdendam.

Puan Sri Raja Qarlina hanya memerhati Qaiser yang masih lagi tidak melepaskan renungannya terhadap Zara yang semakin menjauh. Tidak sedap hati pula melihat sikap yang ditunjukkan oleh anak lelakinya itu. Jangan dibuat yang bukan-bukan sudah. Keluh Puan Sri Raja Qarlina.

ZARA resah kerana gagal mencari Daris di dalam ballroom. Melilau matanya mencari kekasih hati namun masih tidak ditemui. Takkan merajuk kot!

Zara mengeluarkan handphonenya lalu mendail nombor Daris. Menunggu panggilan dijawab.

“Daris..awak ke mana?” Zara terus bertanya selepas Daris menjawab panggilannya.

“Kat luar!” suara dingin Daris kedengaran. Sah! Mamat ni memang merajuk. Hok..aloh..

Zara tergesa-gesa mencari Daris di luar..

Daris berada di gelanggang basketball di luar hotel. Ada sebiji bola buat pelepas sakit hati dan geram. Dilantun-lantun bola ke lantai dengan perasaan sebal. Sakit betul hatinya melihat Zara dan CEO syarikatnya berbual. Walaupun, ibu CEO juga ada bersama tetap membuatkan hati Daris tidak keruan.

“Hai..” keluh Daris. Lantunan bola dilepaskan dan bola terlepas ke lantai dan bergolek tidak jauh dari kaki Daris. Daris hanya melihat bola itu di lantai. Kemudian, Daris mengeluh lagi sambil bercekak pinggang. Selepas itu, tergelak pahit pula.

Tidak semena-mena Daris berjalan ke depan lalu disepak bola itu dengan sekuat hati. Nasib kaulah, bola!

Hati Daris keresahan..

Kelakuan Daris menjadi perhatian Zara sedari tadi. Hati Zara dicuit rasa bersalah sangat-sangat. Bukan sengaja dia menyakiti hati Daris. Tiada niat pun nak menyakiti hati orang yang disayangi.
“Daris!” panggil Zara yang berada tidak jauh dari Daris.
 “Awak dah berjaya, Zara! Berjaya sakitkan hati dia dan awak berjaya juga sakitkan hati saya.” Daris bersuara tanpa menoleh.
Zara berlari mendapatkan Daris dari belakang yang sedang bercekak pinggang. Bila sudah berada di belakang Daris, Zara terus memeluk belakang Daris dengan erat.
Daris agak terkejut dengan pelukan Zara yang tiba-tiba.
“Zara..” Zara mengeratkan lagi pelukan pada pinggang Daris ketika namanya diseru oleh Daris. Zara menyandarkan sisi wajahnya pada belakang Daris yang hangat. Pelukan dieratkan lagi.
“Saya bukan alat untuk awak sakitkan hati dia. ” lengan Zara yang sedang melingkari pinggangnya Daris cuba ungkai tetapi Zara tetap berdegil. Daris menoleh ke tepi cuba melihat wajah Zara tetapi sukar. Dengan kedudukan mereka begitu sukar untuk Daris menelah perasaan Zara.
Daris hanya dapat merasakan Zara sedang menggelengkan kepalanya beberapa kali.
“Tak..Daris..bukan..” Zara menafikan.
“Can I turn around?” Daris ingin sekali melihat wajah Zara saat ini. Dia ingin menyelami perasaan Zara.
Zara masih menggelengkan kepalanya tidak membenarkan Daris berpusing ke belakang. Dia tidak mahu Daris pergi jika dia melepaskan pelukannya.
“Saya sukakan awak, Daris! Saya tak pernah berperasaan begini. Perasaan ini amat menakutkan saya. Tapi, saya tetap sukakan awak.” Luah Zara sepenuh hati dengan matanya dipejam rapat. Berharap sangat Daris mempercayai dirinya.
Daris melepaskan pegangan tangan Zara lalu berpusing mengadap Zara. Tangan diletakkan di atas kedua belah bahu Zara dan wajah ditundukkan mencari anak mata Zara yang sendu.
“Saya percaya..” Daris terus memeluk Zara dengan erat. Dia percayakan Zara. Cuma, Daris tidak percaya dengan dirinya sendiri kerana dibayangi perasaan cemburu.
“Dia bukan siapa-siapa lagi untuk saya..” Zara cuba meyakinkan Daris dengan perasaannya.
“Glad to hear..” Sungguh..apa yang paling dia takuti adalah kehilangan Zara Diandra. Entah kenapa hatinya tidak keruan seperti sesuatu yang akan berlaku terhadap mereka. Daris tidak dapat mengelak dirinya daripada berfikiran negatif walaupun banyak kali dia cuba berfikiran positif. Tidak tahu kenapa? Zara seperti tidak selamat.
 
Qaiser melihat dengan jelas drama sebabak di antara Zara dan teman lelakinya. Minuman yang pahit dan keras di dalam gelas tirus diteguk rakus. Sebaik saja minuman itu menyelusuri kerongkongnya terus menjulang api kemarahan di dalam dada. Qaiser terus membaling gelas tirus yang kosong itu ke dinding.
“She’s mine..only mine..”
PESANAN PENULIS:
Qaiser sudah datang..what will happen next? Hurmm..Big2 hug from me..