Sunday 28 July 2013


BAB 14: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

“DO you know how much I..” belum sempat Daris menghabiskan ayatnya kedengaran dentingan pinggan dan meja mereka ditepuk kasar. Semuanya berlaku dengan pantas dan sedar-sedar wajah Zara telah disimbah dengan caffe latte yang sudah tinggal separuh.

“Oh..inilah perempuan yang you tergila-gilakan sangat tu?” seorang perempuan datang menyerang Zara dengan bertubi-tubi. Tidak cukup menyimbah air ditunjalnya dahi Zara berkali-kali. Zara pula masih tercengang dan fikirannya lambat nak mencerna apa yang sedang berlaku akibat terlalu terkejut. Zara blur hanya melihat Kevin datang menghalang perempuan itu dari menyakiti dirinya. Daris pula cuba menariknya ke belakang tetapi kakinya masih terpaku di situ. Tidak berganjak!

“Antasya..enough! Enough, okay!” Kevin berusaha menghalang perbuatan gila perempuan bernama Antasya itu dari terus menyakiti Zara. Tidak menyangka spare-partnya boleh berada di café itu dan menyaksikan dia menggatal dengan Zara tadi. Itu yang dia tergesa-gesa keluar apabila mendapat panggilan dari Antasya, rupanya Antasya sudah lama memerhatikan dia dan Zara. Mereka bergaduh di luar café, Antasya tidak berpuas hati dengan penjelasannya dan akhirnya meluru masuk menyerang Zara. Semuanya berlaku di luar kawalan.

“Biar I ajar perempuan ni! Ada hati nak merampas boyfriend I. Dasar perempuan jalang!” terus menunjal dahi Zara lagi dan lagi.

Perempuan jalang? Zara tersentak lalu tersedar apabila dirinya diherdik sebagai perempuan jalang. Zara yang dalam mood terkejut terus bertukar mood bengang. Amboih! Sesedap rasa melabelkan dirinya perempuan jalang? You’re so dead, bitch!

Tangan perempuan gila yang masih menunjal dahinya ditepis kuat. Mata Zara merah merenung perempuan gila di hadapannya. Berani betul meletakkan tangan ke atas badannya. Memang betul-betul mencari pasal! Zara berang.

“You make a big mistake! You crazy maniac..B.U.L.L..S.H.I.T woman!!” terus melempang perempuan gila itu sekuat hati. Zara tidak akan membiarkan dirinya disakiti lagi. Zara yang angkuh dan bongkak masih ada di dalam dirinya. Jangan ingat dia akan membiarkan dirinya disakiti sewenang-wenangnya. Zara merenung tajam perempuan gila itu dengan garang.

“Zara..sudahlah tu! Kita balik, okay!” Daris cuba menarik tangan Zara supaya pergi dari situ tetapi Zara mengeraskan dirinya. Masih merenung garang ke arah perempuan gila yang kelihatan amat terkejut dengan tindak balasnya. Pantang betul tok nenek and  moyangnya ada orang suka-suka memaki hamun dan menamparnya. Betul-betul silap orang, der!!

“Jangan cuba-cuba letakkan tangan kotor kau ke badan aku lagi, betina!!” dengan nada keras sambil menunding jarinya tepat ke muka perempuan gila itu. Zara memberi amaran. Kemudian, berpaling mengambil handbag dan berlalu. Zara merasakan tamparannya tadi  sudah cukup mengajar perempuan bedebah itu. Daris pula tergesa-gesa mengekori Zara.

“Kurang ajar kau perempuan sial!!” Antasya tidak mahu mengaku kalah mengejar Zara dari belakang. Menarik rambut Zara dengan kasar dan melempang pipi Zara pula.

“Perampas macam kau ni memang patut diajar! Kemaruk jantan! Bohsia! Sundal!” maki Antasya dengan kata-kata kesat yang seangkatan dengannya.

“Apa dia perempuan gilaaa!!! Kaulah sundal! Jalang!”

Pergaduhan besar tidak dapat dielakkan lagi. Kedua perempuan itu saling bertarik rambut dan memukul. Kevin dan Daris masing-masing cuba menarik perempuan mereka dari berhentam lagi. Suasana café hingar-bingar dengan babak drama yang tak dijangka.

“Antasya! Jangan buat malu kat sini!” Kevin cuba meleraikan mereka yang saling menarik rambut. Perempuan kalau bergaduh, parah gila!! Kevin tak tahu nak meleraikan mereka macam mana? Malunya tak payah ceritalah. Kevin terpaksa menebalkan muka cuba menghentikan pergaduhan. Perempuan memang leceh!!

“You..shut up, Kev! It’s all your fault!” Antasya menolak Kevin jauh-jauh.

Daris pula cuba melepaskan tangan Antasya dari menarik rambut Zara tetapi ditepis-tepis kasar oleh Antasya. Tak padan dengan perempuan, kasar gila! Getus hati Daris terkejut dengan sikap agresif perempuan itu. Daris melihat hanya Zara yang menjadi mangsa pukulan dan tarikan rambut tanpa dapat membalas sedari tadi. Daris dah tak sanggup melihat Zara disakiti lagi. Dia terpaksa bertindak kasar dengan perempuan itu tatkala melihat bibir Zara sudah berdarah.

“Sudah!” Daris menolak Antasya jauh-jauh dari Zara. Bila Antasya masih berdegil tidak mahu melepaskan rambut Zara terpaksalah Daris menolak Antasya dengan kuat sehingga Antasya terdorong ke belakang.

Zara yang telah bebas dari tarikan rambut Antasya tidak berpuas hati terus menerkam ke arah Antasya cuba  membalas pukulan perempuan gila itu. Tetapi, cepat pula ditahan oleh Daris. Zara tetap berdegil nak mengerjakan perempuan gila itu. Daris terpaksa mendukung Zara pergi dari situ. Zara yang masih tidak berpuas hati cuba meronta-ronta di dalam dukungan Daris kerana tidak dapat membalas dengan secukupnya dengan perempuan gila itu. Sakit betul hatinya kerana dirinya yang teruk kena belasah dengan perempuan gila itu. Geram juga pada diri kerana tidak dapat melawan perempuan gila itu sehabis-habisnya. Eeeiiii..geramnya!!

“Turunkan saya, Daris! Turunkan saya! Biar saya ganyang perempuan gila tu! Turunkan!” jerit Zara masih meronta-ronta. Daris tidak mengendahkan kata-kata Zara terus mendukung Zara sehingga ke tempat parkir di mana kereta Zara diletakkan.

“Zara..” pujuk Daris sewaktu mereka berada di tempat parkir. Zara hanya membeku di tepi Audi R8nya sambil berpeluk tubuh. Sakit hatinya masih belum reda. Sakit juga hatinya kerana Daris menghalangnya dari terus mengerjakan perempuan gila tu.

“Zara..”

“Aarrrgghhhhhh..” Zara tiba-tiba menjerit. Dia betul-betul geram kerana tidak dapat membalas setiap perbuatan perempuan gila itu terhadap dirinya. Kenapa dia begitu lemah? Dia betul-betul sakit hati dan tidak dapat menerima kenyataan dirinya yang selalu menjadi mangsa. Kenapa dia yang selalu disakiti? Zara tidak dapat menerima semua itu lagi.

“Dear..” dah keluar ayat keramat memujuk Daris. Bahu Zara disentuh lembut dan Daris menunduk mencari anak mata Zara.

“Sudahlah, Daris!” terus membeku. Terlalu sakit hatinya kalau nak dibandingkan dengan badannya yang dah sengal-sengal.

“Dear..please..hm..” dagu Zara diangkat. Mata mereka bertatapan. Zara tidak jadi nak memberontak. Kepalanya tiba-tiba berhenti berfikir tatkala mendengar suara Daris yang lembut.

“Awak terluka..” bibir Zara yang berdarah diusap perlahan. Zara dilihatnya berdecit sakit.

“Sakit sangat ke?” tanya Daris cemas.

Air mata Zara tiba-tiba bergenang. Daris bertambah cemas.

“Awak sakit sangat ke?” hati Zara terus dan terus tersentuh dengan sikap Daris. Lelaki itu selalu menggoyahkan perasaannya.

Zara tiba-tiba menangis tanpa dapat ditahan-tahan lagi.

“Saya benar-benar orang yang paling kasihan, kan? So..pathetic..” amat kesal dengan dirinya sendiri. Sudahlah cinta tak berbalas. Kena hentam dengan perempuan gila sudah dua kali pula tu. Dia betul-betul, hopeless!

“Dear..jangan macam ni?” Daris yang lembut dan cukup prihatin. Zara hanya mampu menggelengkan kepalanya. Menunduk. Dia tidak tahu..tidak faham..dia keliru..

“I’m hopeless, Daris!” Zara mengongoi kesedihan.

Daris terdiam hanya tangannya menarik Zara ke dalam pelukan. Menepuk dan mengggosok belakang Zara dengan lembut.

“Ouchh..” Zara berdecit kesakitan bila bibirnya tergesel kolar baju Daris.

“Bibir sakit lagi?” tanya Daris menjenguk Zara yang masih berada di dalam pelukannya. Zara mendongak lalu mengangguk sambil mencebik kasihan.

“Bibir tu nak ubat tu!” ujar Daris di tepi telinga Zara.

“Hah?” mata Zara membulat terkejut dengan kata-kata nakal Daris.

Daris tersenyum herot.

“Sapu ubat..” jelas Daris dengan mata bersinar nakal.

“Saya sakit ni..jangan nak buat perangai terejal kat sini!” Zara menolak Daris jauh. Bengang dipermainkan. Orang dahlah sakit, nih!

“Hok aloh..merajuk pulak! Okay, tunggu kat sini jap! Saya nak pergi Seven E..jap! Tunggu tau!” Daris menyuruh Zara menunggu sementara dia pergi ke Seven Eleven untuk mencari bandage dan ubat sapu.

Daris muncul tak lama kemudian..

“Okay, ke sini kakak princess! Meh, saya ubatkan kakak princess yang cantik ni.” Daris menarik Zara mendekat dan menundukkan wajahnya mencari bibir Zara yang terluka.

“Analgesic ointment tak ada just ada Bonjela for mouth ulcer. Maybe..boleh pakai kot takut bibir yang terluka tu jadi ulcer pulak. Okay, dear?” pipi Zara diusap lembut.

“Hm..apa-apa aje la..sakit ni..” rengek Zara.

Daris tergelak.

“Okay..meh sini..”

“Gentle, okay..” ujar Zara mula tersenyum.

“Okay..” Daris juga tersenyum. Gembira apabila melihat Zara mula tersenyum. Tangannya memicit sedikit ointment di jari lalu diacu ke bibir Zara. Belum sempat menyentuh Zara sudah menjerit.

“Hei..belum sentuh lagilah! Kenapa nak menjerit?!” Daris tergelak.

“Sakit awak..” rengek Zara. Sakit hati akibat insiden di café makin berkurangan dengan sikap Daris yang cukup perhatian. Bila diingatkan balik dia terasa malu pula kerana Daris telah mendukung dirinya di hadapan ramai orang tadi.

“Tahan sikit tau!” Penuh perhatian Daris mengusap bibir Zara dengan ubat sapu. Kemudian, menampal plaster comel di tepi bibir Zara.

Zara sedang merenung Daris.

“Okay, siap!” Daris sengih.

Masih lagi merenung Daris.

“Kenapa ni? sakit lagi ke?” tanya Daris tatkal melihat Zara merenungnya sedari tadi.

“Awak baik sangat, Daris!” ucap Zara tersenyum manis.

“Baru tahu ke?” Daris angkat kening berlagak.

Zara tergelak tetapi tidak lama dia mengaduh sakit pula. Dah tau bibir tu sakit buat apa tergelak Cik Zara oii..

“Ha..kan dah sakit!” Daris memegang pipi Zara lalu mengusap bibir Zara yang telah ditampal plaster. Tanpa sedar Daris merapatkan wajahnya lalu ditiup perlahan di tepi bibir Zara kononnya nak mengurangkan rasa sakit Zara. Perbuatan romantis Daris benar-benat membuatkan Zara..speechless..
 
Daris tersedar dia terlalu rapat dengan Zara. Entah kenapa bila selalu berada dekat dengan Zara dia akan mula lupa diri.
“Zara..” seru Daris dengan suara hampir berbisik dan hati Zara bergetar aneh.
“Daris..I have to go..” Zara tidak dapat bertahan lagi. Hatinya semakin goyah. Dada Daris ditolak perlahan lalu menarik pintu keretanya. Dia perlu pergi untuk memahami dirinya.
Tangan Daris pula menolak pintu kereta Zara. Dia tidak akan membiarkan Zara pergi tanpa mendengar luahan hatinya.
“Zara..saya tak pernah terfikir saya segila ini..tapi..you drown me, Zara!”
 “Drown me in love..I love you, Zara..” Zara harus tahu tentang perasaannya. Dia tidak dapat menyimpannya lagi.
PESANAN PENULIS:
Okehh..bermulalah fasa percintaan Zara dan Daris..
Romantica de amor la pulak!
Enjoy reading ya all!!

Tuesday 23 July 2013


BAB 13: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

LANGKAH Zara ceria sewaktu keluar dari bangunan empayar perniagaan Armada. Dia ada perjumpaan dengan teman-temannya di Pavillion. Saja lepak-lepak sambil minum-minum dan bergosip. Pasal Qaiser, Zara dah tutup buku. Mungkin tidak tutup sepenuhnya namun dia akan berusaha menutup segala kenangan dan rasa cinta yang ada ini walaupun sukar. Zara amat berterima kasih dengan kehadiran Daris disaat dia bersedih dan terluka. Sesungguhnya..Daris bagaikan pelindung kepada dirinya. Lelaki itu, tidak pernah mengecewakan, sentiasa ada disaat dirinya hampir jatuh dan menyokong supaya dia bisa bangun dan berdiri kembali. Dia tidak tahu apa akan terjadi terhadap dirinya jika Daris tiada. Mungkin dia jatuh dan sukar untuk bangun lagi. Zara hirup udara pagi dengan lembaran baru. Walaupun, di hati kecil masih tersimpan perasaan cinta yang mendalam terhadap Qaiser dia akan cuba melupakannya. Dia akan berusaha untuk melupakan walaupun dia harus mengambil masa seumur hidup. Orang dah tak sudikan buat apa dia tersua-sua lagi. Hurmmm..

Handphone Zara berdering dengan nada ‘I knew you were a  trouble’. Zara mengambil handphone yang berada di dalam handbag lalu menjawabnya.

“Yes, already heading to Pavi..” terus Zara mendapatkan Audi R8nya di tempat parking khas. Teman-teman sudah menantinya di Pavilion.

Daris tersengih melihat hot chocolate yang masih berasap dan makanan yang dibawa oleh Zara. Perasaaannya terlalu gembira kerana pagi-pagi lagi Zara dah muncul di hadapan matanya. Betul-betul buat dia bersemangat nak bekerja hari ni. Nak menghadiri mesyuarat yang membosankan pun dah tak rasa apa. Kuat betul penangan Cik Zara ni. Alahai..

Selepas perjumpaan dengan teman-temannya, Zara ke spa untuk merelakskan badan dan fikirannya. Mungkin selepas memanjakan diri segala kerunsingan yang bertamu di hati akan berkurangan. Setelah itu, Zara ke salun pula untuk mendandan rambutnya. Sewaktu di salun, Zara membelek majalah terbaru tentang fesyen terkini. Sementara rambutnya di syampu Zara mengambil lagi majalah yang  lain dan Zara amat tertarik dengan majalah yang baru diambilnya itu kerana menampilkan fesyen-fesyen berhijab yang cantik-cantik. Hatinya teringin untuk mengenakan hijab seperti model-model muslimah itu. Walaupun kepala bertutup litup mereka semua tetap nampak cantik malah terlalu cantik dari mereka yang tidak mengenakan hijab. Zara pandang cermin, melihat rambutnya yang keemasan. Rasanya sudah lama dia mewarnakan rambutnya dengan warna blonde. Dia terlalu obsess dengan gaya Paris Hilton dan sentiasa mengikuti gaya Paris Hilton. Ketaksubannya dengan Paris Hilton membuatkan dia pernah mencuba untuk memasuki Reality TV Show BFF Paris Hilton tetapi tidak pernah terpilih. Sungguh..waktu tu dia frust sangat. Sekarang, dia rasakan dia terlalu naïf dan terlalu mengikut perasaan remajanya. Zara rasa dia harus berubah. Hatinya bagaikan terbuka untuk berubah.

“Alice..I need a new look for my hair.” Zara sudah nekad untuk berubah. Perubahan yang pertama adalah dari segi rambutnya. Tiada lagi blonde., okay!

Zara pun tak tahu kenapa harus Daris. Tetapi, Daris adalah orang pertama dia ingin jumpa selepas make over dirinya yang baru. Mungkin perubahannya belum sepenuhnya tetapi dia akan cuba berubah. Zara menunggu Daris di hadapan bangunan Armada. Zara sedikit pun tiada kerisauan jika bertembung dengan Qaiser. Lantaklah, dia ke sini hanya untuk bertemu dengan Daris. Zara menyandar pada pintu kereta sementara menanti Daris keluar dari pejabatnya. Jam menunjukkan pukul lima petang, Zara menunggu dengan sabar.

“Phewitt..” kedengaran siulan nakal dari anak-anak muda yang lalu-lalang. Zara buat tak tahu saja. Zara kelihatan sangat cantik pada petang itu, dengan gaun separa lutut berwarna putih bersih. Rambut barunya yang hitam berkilat dan panjang mengurai. Tiada lagi blonde dan curly. Hitam dan lurus. Diserikan dengan cekak berwarna merah hati dengan hiasan batu-batu swarozki berwarna hitam yang berkilauan. Zara kelihatan persis Snow white pula dengan mekap nipis tetapi bibirnya dioles gincu bibir berwarna merah ceri.

“Zara!” suara itu Zara kenal, siapa lagi Darislah orangnya. Zara mendongak. Lantas, membuahkan senyuman paling manis.

“What a surprise..?! Hampir saya tak kenal tadi.” Daris menghampiri dengan senyuman menawan. Zara hanya tersenyum sambil menjungkitkan bahunya. Well..

“How do I look?” tanya Zara sambil mendepakan kedua belah tangannya dan tersenyum comel siap terkelip-kelip matanya. Sebijik macam anak patung.

“Hm..well..I’m impress. But, Zara..the beauty of a woman is not in the clothes she wears, the figure that she carries, or the way she style her hair. The beauty of a woman is seen in her eyes and true beauty in a woman is reflected in her soul. Terima kasih kepada Allah menciptakan makhluk-NYA sebaik-baik kejadian.” Daris tunduk melihat anak mata Zara yang bercahaya. Tangannya membelai rambut Zara yang lembut bak sutera dan berbau harum. Dia suka melihat Zara berubah dan mungkin Zara masih belum mendapat hidayah sepenuhnya tetapi sikap ingin berubah merupakan jalan untuk menuju hidayah – NYA. Daris sedar Zara perlukan bimbingan dan dorongan seperti dirinya yang masih bertatih cuba berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik. Dia juga bukan sempurna. Dia juga pernah alpa dan itu adalah saat-saat dia yang paling dia kesali.

Zara kelihatan terpinga-pinga tetapi Daris cepat-cepat menarik Zara ke tempat pemandu.

“Okay, Zara! Kita jumpa di café yang dulu tu. Awak suka caffé  latte kat sana, kan” ujar Daris selepas Zara duduk di kerusi Audi R8nya.

Zara mengangguk.

“Awak pergi dulu. Saya ride ke sana dengan motor saya, okay?” Daris sempat mengenyitkan matanya sebelum menutup pintu kereta Zara.

Sewaktu ke café yang dimaksudkan Zara terfikirkan kata-kata Daris. Zara tahu dia terlalu kekurangan sesuatu. Meskipun dia terlalu kaya dengan harta berbillion namun jiwanya terlalu kosong. Malangnya, dia tidak memahami kekosongan itu.

 
Di Café..

Daris sudah menunggu Zara dengan secawan caffe latte yang masih berasap. Daris senyum sendiri. Daris akui Zara seorang gadis yang terlalu cantik. Kecantikan Zara membuatkan dirinya sering tidak dapat mengawal diri dan dah tentu-tentu hatinya yang semakin hari semakin terpikat dengan Zara. Dia akui dia menyimpan perasaan terhadap gadis itu.

“Lama tunggu?” muncul Zara dengan seseorang Daris tidak kenali. Seorang lelaki! Daris terus bangun menunjukkan rasa hormatnya. Namun, hatinya berdetik pedih. Dia tidak senang melihat Zara dengan lelaki lain. Melihat lelaki itu dengan mudah meletakkan tangan ke bahu Zara membuatkan hatinya panas mendidih.

“Daris..sorry..saya terjumpa kawan di luar tadi. Ini..Kevin..kenalkan.” Zara senyum memperkenalkan Kevin Shah. Boleh pula terjumpa Kevin di luar café dan beriya-iya pula nak mengikutnya. Nak tak nak Zara terpaksa membawa Kevin sekali untuk berjumpa Daris. Dia kurang selesaa namun dia rasa tidak manis pula membiarkan Kevin begitu saja.

“I’m Daris..” Daris menghulurkan tangan untuk bersalam. Lelaki bernama Kevin itu menyambut huluran salamnya dengan senyum sinis. Daris faham maksud lelaki itu. Apabila tangan mereka saling menggenggam Daris dapat merasakan tangannya digenggam kuat dan terasa menyakitkan. Daris bertahan dan turut sama tersenyum. Dia juga lelaki, kalau diikutkan ego seorang lelaki ingin juga mahu membalasnya. Tetapi, bertenang Daris..orang yang rasional tidak rugi.

Pandangan Daris kemudiannya jatuh kepada Zara. Lantas, Daris menghadiahkan senyuman manis terhadap Zara. Zara juga membalasnya dengan senyuman paling manis. Mata Daris memandang kembali ke arah lelaki bernama Kevin namun lelaki itu tidak lagi tersenyum malah memandangnya dengan tajam sekali. Pandangan bagaikan nak bertumbuk lagaknya.

Kedua mereka melepaskan tangan masing-masing dan duduk. Zara memilih duduk di sebelah Daris dan Daris seperti memenangi Zara sepenuhnya kerana Zara memilih untuk duduk bersama dengannya. Nampak jelas lelaki bernama Kevin itu bengang kerana Zara lebih memilih dirinya. Daris senyum herot.

“Dah lama kenal, Zara?” soal lelaki bernama Kevin itu dengan riak wajah yang serius. Tajam pandangan mata Kevin meratah wajah Daris seperti ingin menelan Daris hidup-hidup.

“Lama tu taklah sangat. Tapi, bolehlah..” ujar Daris sambil memandang Zara dan senyum lagi. Sengaja menaikkan darah lelaki itu. Penyibuk sangat, kan!

“Oh..tak adalah lama sangat, kan!” Kevin mengangkat keningnya dengan kerek. Pandangan mencabar dilontarkan pula.


Daris senyum herot lagi. Mereka berdua nampaknya sedang berperang di dalam diam. Daris hanya mengikut rentak lelaki itu. Dia tidak akan melatah dengan mudah.

“You nak minum apa, Kev? I pesankan.” Zara bertanya selepas dia menghirup caffe latte yang amat menggoda hatinya sedari tadi. Hm..penuh nikmat Zara menikmati caffe latte kesukaannya.

“Tak perlu! You punya coffee ni pun dah cukup untuk I.” selamba mengambil cawan kepunyaan Zara.

“Wah..ada kesan bibir you.” Kevin terus menghirup coffee di tempat kesan bibir Zara.

Zara dan Daris sama-sama tersentak dengan tindakan drastik Kevin. Bulat mata Zara begitu juga bulatnya mata Daris. Ini sudah lebih! Temperature sudah naik.

“Eh, you..you..tak patut minum coffee I macam tu. Itu coffee I..” tergagap Zara berkata. Dia betul-betul tidak menyangka Kevin sanggup minum coffee dari cawannya yang ada kesan bibirnya. Walaupun hanya pada cawan, Zara tidak menyukainya seperti dirinya pula diambil kesempatan. Zara dah tak senang duduk dan gelisah sekejap-sekejap dia melihat Daris.

“Walaupun pada cawan, I tetap dapat merasakan kemanisan bibir you. I feel like I kissing you..” tersenyum menggoda dengan merenung tajam ke dalam mata Zara. Lelaki di sebelah Zara dia buat tak reti. Bukan tandingannya kerana dia tahu dia lebih hebat daripada lelaki itu. Jadi tiang lampu sajalah!

“Kev..it’s not proper, you know?!” Zara rasa Kevin sudah melampau. Salah dia juga kerana tidak membataskan diri sewaktu bergaul dengan Kevin. Mereka ke kelab, minum bersama, berdansa dan berpelukan. Kalaulah waktu dapat diulang kembali Zara tidak mahu lepas laku seperti itu lagi. Betapa tidak bermoralnya dia dulu demi membuatkan Qaiser cemburu.

“You..macam tak biasa dengan I.” tangan Zara dicapai dan digenggam lembut. Daris pula dijeling dengan senyuman herot.

“Kev..hm..you nak I pesan you another coffee?” Zara mengelak sambil melepaskan tangannya di dalam genggaman Kevin. Zara betul-betul terasa dirinya seperti seorang perempuan yang mudah bila Kevin sesuka hati menyentuh dan bermesra dengannya di hadapan Daris. Zara bimbang sangat jika Daris salah faham dengannya.

“No need..actually, Zara..I dah lama tak nampak you di kelab. You ke mana?” tanya Kevin sambil menyandarkan badannya ke kerusi. Pandangan mata masih tidak dilepaskan ke arah Zara. Apabila terdengar berita yang Qaiser akan bertunang dengan perempuan lain dialah orang yang paling gembira di dalam dunia. Keputusan Qaiser bertunang dengan perempuan lain membuatkan dia tidak jadi menggunakan gambar-gambar ‘panas’ Qaiser dan Sazzy untuk menjatuhkan Qaiser. Semua itu sudah tidak diperlukan lagi. Selamat kau, Qaiser!

“I memang dah jarang ke sana. I ada hal.” Dalih Zara padahal bukan jarang tetapi sudah lama dia tidak menjejakkan kaki ke  kelab. Dia sudah malas melepaskan perasaan dan masalahnya di tempat hiruk-pikuk itu. Tidak menenangkan pun malah membuatkan jiwanya berserabut lagi ada. Zara menoleh ke arah Daris yang hanya terdiam dan air muka Daris nampak keruh. Mungkin Daris tidak selesa dengan Kevin yang terlalu lepas laku dan suka hatinya saja. Zara merasa bersalah sangat-sangat dengan Daris.

“You masih bersedih lagi pasal Qaiser the loser tu?” selamba mengutuk Qaiser. Seselamba itu juga Kevin mencapai tangan Zara lagi lalu membelai lembut.

Daris yang hanya memerhati sedari tadi hampir nak meletup. Panas hati betul melihat malaun sorang ni pantang betul tengok Zara meletakkan tangan di atas meja. Cepat betul mengambil kesempatan. Ini baru dinamakan player cap bapak buaya sebenarnya Zara oii! Hish!!

“Eh, taklah! Buat apa I bersedih pasal Qaiser. I bukannya ada apa-apa dengan dia pun.” Zara melepaskan tangannya lagi. Zara dah naik malu dengan perangai miang Kevin di hadapan Daris. Dia tak nak Daris tersalah anggap dengan dirinya. Dia bukan perempuan mudah. Oh..menyesal pula berbuat baik dengan Kevin ni. Haish..

“Glad to hear it! You tak sesuai dengan loser seperti Qaiser tu! Don’t worry..I kan ada..” Kevin senyum menggoda. Zara dilihatnya semakin hari semakin cantik, dengan penampilan baru Zara yang nampak innocent dan suci lagilah buat dirinya begitu ingin memiliki Zara. No matter what..by hook or by crook! Lelaki di sebelah Zara tu dia tidak tergugat langsung setakat ikan bilis bila-bila masa pun boleh zasss!!

“Thanks Kev for your sup..” Zara baru nak meletakkan tangannya kembali ke atas meja tetapi dia merasakan tangannya digenggam dari bawah. Zara terus menoleh ke arah Daris dengan riak wajah terkejut sangat-sangat. Daris menggenggam tangannya dengan erat dari bawah meja. Zara terus memandang Daris dan dilihatnya Daris buat tidak tahu saja. Bersahaja menghirup hot chocolatenya dengan tangan lagi satu. Kedengaran Daris berdehem kecil seperti tiada apa yang berlaku. Zara mujur tidak melopong waktu itu dan cepat tersedar dia masih belum membalas habis kata-kata Kevin sebentar tadi. Berpaling mengadap wajah Kevin yang menanti kata-kata darinya.

“Kev..thanks for your support. I appreciate it very much!” ucap Zara hampir tersenyum tetapi cepat pula dia menyembunyikan senyumannya dari terus mekar. Zara lucu sebenarnya dengan sikap Daris yang tidak dijangka itu. Zara sempat menjeling Daris yang masih dengan gaya bersahajanya. Tengok tu, selamba bermain game di handphone dengan sebelah tangan sahaja. Zara hampir nak tergelak. Memang terejal! Rasa macam tengah skandal saja!

“Don’t mention it! Za..” kata-kata Kevin terhenti apabila diganggu dengan deringan handphone miliknya. Nak tak nak Kevin terpaksa menjawab.

“Hello..yes..” Kevin terus bangun.

“Wait..hold on..” Kevin pandang Zara sambil menekup handphonenya supaya tidak kedengaran di talian sebelah sana.

“I have to go..nanti I call you, okay!” kata Kevin sebelum beredar sempat menepuk bahu Zara dan meramas lembut. Kononnya nak kelihatan seperti memberi sokongan emosi tetapi pada pandangan Daris hanyalah gatal semata-mata. Huh!

Kevin berlalu meninggalkan mereka berdua. Tangan Zara masih di dalam genggaman Daris dan Daris masih leka dengan permainan di dalam handphonenya. Zara tidak pula cuba melepaskannya, hanya merenung Daris yang buat tidak tahu dengan pandangan matanya.

“Hm..kena mintak nyawa pulak! Ish! Kena hantar notification kat siapa, ek?” Daris masih bersahaja. Skrol Facebook mencari teman-teman yang boleh memberikan nyawa untuknya. Sebenarnya, dia benar-benar ingin minta nyawa kerana hatinya sikit lagi nak meletup tadi. Tapi, nasib baik dapat diselamatkan dengan kehangatan tangan bidadari di sebelahnya ini. Kalau tidak disabarkan hatinya tadi mau dipatahkan dua, tiga batang gigi mamat sengal itu tadi biar buruk rupanya. Bajet hensem sangatlah tu!

“Daris..tangan saya dah berpeluh ni. Bila awak nak lepaskan?” tanya Zara dengan senyuman penuh makna dengan Daris. Kenapa Daris bersikap begini? Nampak seperti seorang lelaki sedang cemburu dengan kekasih hatinya. Zara confused dengan sikap Daris. Jangan-jangan..

Daris terus melepaskan tangan Zara dari genggaman tangannya. Masih menunduk meneruskan permainan di dalam handphonenya. Nasib baik ada yang baik hati memberikannya nyawa. Zara tidak dipedulikan. Daris kelihatan seperti orang sedang merajuk gayanya.

“Kenapa awak buat macam ni, Daris?” Zara merenung Daris dari sisi cuba menelah perasaan Daris.

“Buat apa?” Daris cuba mengelak. Dingin saja suara Daris.

“Daris..” Zara seakan memaksa Daris berterus-terang.

“Saya tak suka mamat tu sentuh awak suka-suka hati dia saja. Okay?!” akhirnya Daris meluahkan perasaan tidak puas hatinya. Sakit betul hatinya.

“Dia kawan saya,” Zara serba-salah dengan Daris. Dia tidak mahu Daris mempunyai perasaan istimewa untuknya. Dia tidak yakin dengan hatinya lagi. Dia bimbang akan melukakan hati Daris jika dia masih tidak dapat melupakan Qaiser. Tidak adil bagi Daris. Perasaannya masih berkecamuk.

“Next time, jangan bagi mamat tu sentuh awak. Hati saya sakit melihatnya.” Akui Daris terus berpaling dan merenung tepat ke dalam mata Zara. Dia tidak dapat menyimpan perasaannya lama-lama lagi kerana semakin lama semakin sesak jantungnya menahan perasaan itu.

“Daris.." hati Zara sayu. Jika hatinya boleh setting siapa yang harus dia sukai dan cintai sudah lama dia setting perasaannya itu. Tetapi, mustahil..hanya waktu yang akan menentukannya.
 
PESANAN PENULIS:
Daris dah tak dapat nak menyimpan perasaannya lagi. Zara masih belum pulih dari kelukaannya lagi.
Harap waktu cepat menyembuhkan hati Zara. Sila fahami perasaan Zara. Bukan mudah..
Read from bottom of your heart..u can feel what Zara feel..big hug from me.. :)

Saturday 20 July 2013


BAB 12: SESUNGGUHNYA ..DIA LELAKI PELINDUNGKU

HAMPIR dua belas malam mereka sampai di kediaman mewah Zara. Daris memberhentikan keretanya dan kemudiannya menoleh ke sisi. Hok aloh..tidur tak hengat dunia! Melihat Zara yang lena sangat tidur, langsung tidak sedar mereka telah sampai. Daris senyum.

“Zara..Zara..Zara..” panggil Daris beberapa kali tapi no respone! Daris menggoyangkan bahu Zara beberapa kali, masih juga no respone. Hm..sah! Dah ke bulan, ke bintang dah ni. Daris menggelengkan kepala.

“Zara..bangunlah..kita dah sampai ni..” Daris cuba mengejutkan Zara lagi dengan nada suara yang agak kuat supaya Zara tersedar tetapi hampeh.

“Hm..apa nak buat ni?” Daris mengeluh. Takkan nak dibiarkan Zara tidur di dalam kereta ni sampai ke sudah. Esok dia pun bekerja. Daris garu kepala cuba berfikir.

Daris keluar dari kereta dan berlalu ke pintu satu lagi untuk mengejutkan Zara.

“Zara..Zara.Zara..” masih berusaha mengejutkan Zara. Aii..budak ni! Kalau orang buat apa-apa langsung tak sedar. Membahayakan kesejahteraan hidup betullah! Nasib baik dia masih tergolong dalam golongan manusia ‘baik-baik’. Kalau tak baik, dah ‘selamat’ dah budak ni. Daris merenung Zara yang begitu lena sekali mengulit mimpi. Matanya jatuh ke leher Zara yang putih mulus membuatkan hati lelakinya bergetar. Daris yang sedang membongkok di tepi pintu kereta menegakkan badannya kembali sambil mengibas-ngibas kolar t-shirt yang dipakainya. Tiba-tiba rasa panas semacam pula tak tahu kenapa? Fuhh..

“Apa nak buat ni?” Daris memandang sekeliling cuba mencari akal. Matanya terpandang security guard yang menjaga kediaman Zara. Ha..suruh saja security guard ni bawa Zara masuk.

“Encik!” panggil Daris sambil menggamit security guard yang menjaga pintu kediaman Zara.

“Ada apa tuan?” tanya security guard berbangsa india itu setelah berada di hadapan Daris.

“Boleh bawa Cik Zara ni masuk ke dalam,” beritahu Daris sambil menunjukkan Zara yang sedang tidur dengan lenanya.

Security guard itu menjenguk Zara yang berada di dalam kereta. Tertelan air liur melihat Zara sedang tidur dengan lenanya. Bulat pula matanya meneroka badan  Zara yang berbalut berbaju kurung dari atas sehingga ke bawah. Pandangan mata x-ray seperti boleh tembus apa yang berada di sebalik baju.

Daris pula pandang security guard itu dengan curiga. Boleh percaya ke ni? Daris ragu-ragu. Berat hati pula nak membiarkan security guard itu membawa Zara masuk ke dalam yang sah-sah kena papah.

“Tuan, kalau mau saya angkat ini cik muda..boleh..boleh..” security guard india itu bersetuju dengan mata bersinar-sinar. Dah bersiap sedia nak memegang Zara dengan gopoh.

“Eh, nanti..nanti.” Daris menahan dengan mencengkam bahu security guard itu dengan kuat. Security guard itu berpaling dengan muka bengang.

“Tadi suruh saya kasi angkat.” Security guard itu pandang Daris tak puas hati. Baru nak merasa pegang perempuan cantik sudah kasi potong itu stim la.

“Tak payah! Bukak itu gate saya yang kasi masuk ini cik muda,” Daris berkata tegas. Menyesal pula menyuruh security guard itu, nampak sangat gelojoh dengan perempuan.

“Cett! Tadi suruh kasi angkat..sekarang tada jadi..cakap tada supa bikin,” security guard india itu membebel tak puas hati.

Daris buat pekak. Perhatiannya tertumpu pada Zara yang masih tidur dengan lenanya. Tak terkejut langsung bila mendengar bunyi bising-bising. Tidur macam telan Xanax! Daris menggelengkan kepalanya lagi.

Daris membongkok di tepi Zara. Nak tak nak terpaksa memapah Zara masuk ke dalam rumah.

“Zara..Zara..” masih cuba mengejutkan Zara. Tetap hampeh!

Dah bosan cuba mengejut Zara sedari tadi tak dapat-dapat. Daris  merapatkan badannya ke arah Zara cuba melepaskan lock seatbelt yang berada di sebelah sana. Sewaktu badan mereka bersentuhan Daris cuba menahan nafasnya. Gementar sihh..

“Zara..kita masuk dalam, ye!” Daris tarik nafas dalam-dalam sebelum mengangkat dan mencempung Zara.

“Homak aihh..” boleh tahan berat juga budak nih! Berat tulang ke? Berat dosa ni? Daris sempat mengomel. Zara bergerak-gerak sewaktu dicempung oleh Daris.

“Ingat atas katil apa ni?!” omel Daris lagi bila Zara cuba berpusing. Dengan sekuat tenaga Daris membetulkan badan Zara supaya mudah untuk dicempung. Kepala Zara terlentok lalu terkena pipi Daris dan Daris terus menoleh cuba melihat wajah Zara. Tapi, tak sangka pula hidung mereka pula yang berlaga. Jantung Daris dah berdebar laju-laju. Mujur tak melantun keluar. Daris hampir semput menahan rasa. Daris tarik nafas dalam-dalam dan bertenang. Bila getaran hatinya bergetar sekata barulah Daris mencempung Zara masuk ke dalam rumah.

Security guard india itu membuka gate dengan muka masih tak berpuas hati. Jeles tak hengat dengan Daris yang dapat merasa memegang perempuan cantik. Cett!!

Pembantu rumah Zara membuka pintu dan menunjukkan arah ke bilik Zara. Sepanjang ke bilik Zara, Daris sempat memerhati sekeliling kediaman Zara yang cantik dan serba-serbi mewah. Memang seronok menjadi orang berharta berbilion ni. Getus hati Daris.

Zara diletakkan di atas katil lalu diselimuti. Daris merenung wajah Zara yang enak mengulit mimpi. Terlalu polos. Entah kenapa ringan saja tangannya mengelus rambut dan pipi Zara. Bibirnya merekah senyuman bila melihat wajah Zara berkerut-kerut.

“No! No! Pak ngah..kakak princess cop dulu,” tiba-tiba Zara mengigau di dalam tidurnya dan Daris dapat menangkap jelas apa yang diperkatakan oleh Zara. Tersengih Daris dibuatnya. Oh..dah pandai main-main cop-cop, yer! Tadi jual mahal sangat! Teringat Zara yang bersungguh-sungguh menidakkan kata-kata Salsabila tadi.

“Budak cute, nih! Betullah..” pipi Zara dicubit perlahan. Kemudian, jarinya menjalar ke bibir Zara pula. Hati Daris begitu tergoda dengan ulas bibir Zara yang merah merekah. Wajahnya tanpa sedar di dekatkan ke wajah Zara. Semakin hampir..

“Little girl!” muncul George of the jungle. Daris kantoi!

“Hei..who are you?” tanya George dengan bengis. George terkejut melihat lelaki asing berada di dalam bilik anak majikannya dengan tingkah mencurigakan.

Daris yang tertunduk rapat dengan wajah Zara terus bingkas bangun mendadak.

“I..er..am..her..friend..yap..i’m her friend.” Kalut Daris memperkenalkan dirinya. Bimbang dia disalahertikan.

“Friend?” George mengangkat keningnya tanpa senyum.

“Er..yes..” tergagap Daris. Dia cukup menggeletar bila berhadapan dengan bodyguard Zara yang persis men in black itu. Sudahlah tertangkap dalam keadaan mencurigakan dengan Zara. Risau pula hatinya, takut tak pasal-pasal free kena belasah. Tertelan air liur Daris bila terfikirkan perkara itu. Lagi buat Daris telan liur melihat men in black di hadapannya dengan figure berketul-ketul. Sekali kena libas tak pasal makan ikut tiub pula nanti.

“What are you doing here, young man?” tanya George dengan pandangan curiga.

“Oh..just getting her into bed..” Daris cuba explain niatnya yang ‘suci murni’.

“What? Are you trying to get her into bed??” George fikir lain.

“No! No! What I meant was.. getting her.. into..her..bed.” satu persatu Daris cuba buat men in black sorang ni faham bahasa.

“Really? Man always want to get their woman into bed..am I right, young man?” kata George dengan wajah tanpa riak. Stone! Sebijik muka men in black.

“Okay, Mr! If  that’s what you’re thinking, you’re wrong!” Daris dah mula bosan. Syak wasangka walaupun ada kebenarannya mula buat Daris bengang. Dia lelaki bermaruah, okay! Dia mengaku ada perasaan itu tetapi hatinya hanya teringin menyentuh bibir Zara sahaja. Hatinya geram dan tergoda dengan bibir itu. Hanya itu! Kalau tak..dah lama Zara dah ‘selamat’ di bilik hotel semalam. Gerutu hati Daris.

“Okay, I copy that! So , young man! Until when are you going to be here?” amboih! Menghalau nampak.

“Oh..I should leave right now..” faham-faham sudah. Daris pandang Zara seketika sebelum dia mula melangkah ke pintu. Bibirnya tersenyum sedikit tatkala melihat Zara mengubah posisi tidurnya. Good night..dear..

George memberi laluan kepada Daris sewaktu Daris cuba melintasinya. Sebelum sempat Daris melintasi bahunya ditepuk dan dicengkam kemas. Daris menoleh. Terkejut!

“Do not hurt my little girl feelings.” George memberi amaran. Pandangan mata George yang tajam membuatkan Daris benar-benar terancam.

Daris terangguk-angguk. Dia lebih kepada terkejut sebenarnya ingatkan nak kena tibai rupanya kena ‘last warning’ yang pertama. Pheww..Daris lega.

“I will..no!! I mean..I won’t hurt her,” cepat-cepat Daris memperbetulkan kata-katanya sebelum men in black karate tengkuknya pula nanti. Haish..apsal duk salah cakap aje ni! Daris tepuk mulutnya yang asyik tersasul.

“Good..” bahu Daris ditepuk beberapa kali. Entah kenapa Daris merasakan tepukan di bahunya seperti memberi amaran keras. Huh! Men in black betul..

 
“HEI..apa buat kat sini?” terkejut Daris dengan kunjungan Zara yang tak pernah-pernah datang ke pejabatnya tiba-tiba muncul dengan gaya ala koraen girl dengan rambut disanggul tinggi ke atas dengan rambut terjurai di kedua belah pipinya. Mekap pun nipis je. Terlalu santai. Tidak seperti selalu bergaya sofisikated. Zara tayang sengih comel. Kemudian, mengangkat kedua belah tangannya yang sedang memegang makanan yang masih panas.

“Special delivery breakfast for you..hot chocolate, sardine puff and tuna sandwich.” Zara meletakkan ke semua makanan yang di bawanya di depan Daris. Tanpa dipelawa Zara duduk di kerusi di depan Daris. Wajah Zara amat ceria pagi ini. Bersemangat!

“Thanks, Zara! Tapi..kenapa baik hati sangat ni?” tanya Daris agak pelik. Tapi, dia suka sangat apa yang Zara lakukan untuknya di pagi-pagi hari bekerja seperti ini. Buat dia bersemangat nak bekerja. Tadi, macam malas pun ada biasalah Monday blues..

“Thank you..coz you brought me home last night. Saya tak sedar langsung dah sampai rumah tau. Awak angkat saya waktu saya tengah tidur, ye? Saya ada buat perkara memalukan tak?” tanya Zara pula. Sungguh..dia tak sedar langsung. Sedar-sedar sudah pagi dan dia sudah berada di atas katilnya sendiri. Siapa lagi yang membawanya masuk ke bilik kalau bukan Daris. Telahannya tepat apabila dia bertanya Martha pembantu Filipinanya siapa yang menghantar dirinya ke bilik semalam adalah Daris. Cuma yang tak bestnya, bimbang jika dia melakukan sesuatu yang memalukan. Manalah taukan! Diakan tengah tak sedarkan diri. Mama cakap kalau dia tidur boleh tahan tak senonohnya. Adoila..menurun percentage keayuannya. Malu..malu..

“Tak adalah..biasa je..” nafi Daris dengan suara agak bergetar. Tiba-tiba, rasa bersalah pula bila teringat balik dia hampir nak menciumi gadis itu semalam. Kalau tidak dengan kemunculan bodyguard men in black Zara semalam sah-sah dah selamat kena cium dah. Daris berdehem sedikit cuba menyembunyikan perasaannya dan cuba berlagak biasa.

“Betul ke? Leganya..takut juga buat sesuatu yang memalukan,” Zara tersenyum lega.

Daris terkedu melihat senyuman lebar Zara. Sebenarnya, terkedu melihat bibir Zara yang hampir disentuhnya semalam yang merekah senyuman manis untuknya.

“Thank you so much, Daris! Kalau macam tu saya balik dululah, bye!” Zara terus bangun dari kerusi dan berpusing pergi ke pintu. Dia gembira kerana tidak melakukan perkara yang memalukan. Hoyeh!!

“Zara!” Daris cepat pergi mendapatkan Zara dan memegang tangan Zara dari belakang.

Zara berpaling dan memandang Daris dengan wajah hairan. Zara senyum menanti Daris berkata sesuatu untuknya kerana Daris terlalu lama mengamati wajahnya seperti ada perkara yang amat penting untuk diberitahu. Zara senyum lagi menanti..

Daris teragak-agak..

“Zara..lain kali jangan tertidur di mana-mana tanpa saya,” luah Daris akhirnya setelah lama bertatapan mata. Dia risau jika Zara buat perangai macam semalam tanpa dirinya. Memang membahayakan diri, tidur tak ingat dunia. Orang cuba mengambil kesempatan pun tak sedar-sedar. Bahaya betul!

“Hah? Ooo..okay..” Zara terkejut mendengar permintaan Daris yang dia rasakan pelik. Zara masih senyum memandang Daris dan dari sinar matanya bagaikan cuba bertanya Daris kenapa Daris bersikap sedemikian.

“Okay..” Daris juga senyum. Zara benar-benar buat dia merasakan sesuatu yang indah.

“What’s wrong with you, Daris?” tanya Zara masih lagi hairan dengan perangai Daris yang kelihatan lain sangat.

“Eh, mana ada apa-apa! Biasa je..” nafi Daris terus mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tak kuat hatinya memandang wajah Zara yang setiap hari mewarnai hatinya.

“Awak sakit ke, Daris?” risau pula melihat sikap pelik Daris. Jangan-jangan Daris sakit kot?

“Saya okaylah, awak..” Daris tergelak kecil. Sakit? Sakit angau kot?

“Yelah..awak nampak lain!” Zara merenung dalam ke mata Daris cuba mencungkil apa yang terselindung di sebalik hati Daris sebenarnya.

“Merepeklah awak..saya biasa je la..” Daris melarikan matanya ke arah lain.

“Jangan sorok..” tangan Zara cepat menarik bahu Daris mengadap dirinya kembali. Zara merenung tajam anak mata Daris masih cuba mencungkil apa yang tersirat.

Daris terkedu melihat renungan tajam dari Zara yang amat melemahkan jiwanya. Haish..

“Mana ada apa-apa! Saya macam biasalah,” tak habis-habis menafikan perasaannya.

“Okay, fine..” Zara dah malas nak memaksa lagi.

“Saya ada meeting jap lagi. Terima kasih bawakan saya sarapan pagi. Nak-nak hot chocolate ni..tau saya sukakan hot chocolate, ye!” Daris berterima kasih.

“Saya masih ingat lagi. Okay, bye!” Zara senyum menganggukkan kepala dan berlalu keluar.

Selepas ditinggalkan oleh Zara, Daris termenung seketika.

Perasaannya..hatinya..hm..

 
QAISER lambat masuk ke pejabat hari ini. Dari jauh dia ternampak Zara yang berada di lobi Armada. Mungkin Zara ingin bertemu dengannya tetapi dia masih belum sampai di pejabat lagi. Seperti biasalah Zara tu, tak pernah berubah rutin hariannya yang akan datang ke pejabatnya setiap hari hanya ingin bertemu dengannya dan menguruskan kehidupan hariannya. Hanya kebelakangan ini Zara tidak mengikut kebiasaannya. Daris buat tak kisah dengan kehadiran Zara di situ terus pergi mendapatkan lif tanpa apa-apa perasaan selepas mengumumkan pertunangannya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Hati Zara langsung dia tidak kisah.

“Zara ada datang  sini, Arni?” tanya Qaiser sewaktu melintasi meja setiausahanya.

Arni yang sedang mengadap komputer terkejut dengan pertanyaan bosnya kerana sejak dari dia masuk bekerja hari ini bayang Miss Zara tidak pernah kelihatan. Terkejut juga dengan pertanyaan bosnya yang tidak pernah-pernah bertanyakan Miss Zara sebelum ini. Rasanya dah agak lama Miss Zara tidak ke pejabat bosnya itu. Lagilah, selepas bosnya mengumumkan pertunangannya dengan gadis lain pada Sabtu lepas.

“Tak ada pula Miss Zara ke sini pagi ini.” Beritahu Arni.

Langkah Qaiser terhenti. Ternyata apa yang difikirkannya meleset.

“Owh..yeke? Okay, saya masuk dalam dulu.” Qaiser hairan. Tetapi, tidak lama kerana banyak perkara yang ingin dia lakukan pada hari ini. Zara tidak termasuk di dalam senarainya.
 
PESANAN PENULIS:
Hope you guys happy dengan perkembangan Daris n Zara. Lately, diorang mula rapat. Teman tetapi mesra you..hehehe..selepas ini hidup Zara dipenuhi warna-warni dengan kehadiran Daris. Tiada lagi kelukaan dan kesedihan disebabkan Qaiser. Hoyehh!! Enjoy reading..

Friday 12 July 2013


BAB 11: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU

“UHUK..Uhuuukkk..Eheemmm..” kedengaran suara kecil terbatuk-batuk. Bukan ter..batuk tetapi sengaja batuk dibuat-buat. Daris dan Zara yang masih berada di sinki dengan usaha nak menghilangkan kepedihan mata Zara menoleh sama-sama ke arah suara yang mengada-ngada sangat tu. Tatkala mata Daris melihat siapa orangnya terus berdiri tegak. Tangan Daris yang meraup muka Zara dengan air paip sedari tadi sepantas kilat diangkat terus menggosok rambutnya beberapa kali. Pretending baik punya! Zara pula dengan matanya terkenyit-kenyit cuba melihat siapa orangnya terus bulat matanya. Homak aihh..tercegat dua orang budak lebih kurang umur lima atau enam tahun. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Yang budak lelaki dengan muka nakal tersengih-sengih siap menunjuk-nunjukkan jarinya yang comel..ayokkk..tak tahuuu..yang budak perempuan pula Zara tak tahu apa kes kerana mukanya masam sahaja sambil berpeluk tubuh. Homak aihh!! Kecik-kecik dah pandai kerek.

“Er..” Zara blur sekejap!

“Eh, dak kecik! Bila sampai ni?” Daris terus menerkam ke arah dua orang budak itu dan seraya itu kepala kedua orang budak itu digosok berkali-kali. Sengaja menyerabutkan rambut anak-anak buahnya.

“Pak ngah ni..habislah rambut pacak Ayatt..” si budak lelaki itu menepis-nepis tangan Daris. Dari berwajah nakal terus bertukar ke wajah cemberut. Kalau bab-bab rambut sensitiipp okehhh..

“Op..ops..soriiii..” Tergelak besar Daris melihat tingkah lucu anak buahnya yang kelihatan teramat cute.

“Pak ngah ni! Dah tak smart dah..” rungut si budak lelaki itu cuba membetulkan rambutnya supaya terpacak balik beberapa kali. Bila tak dapat nak membetulkan balik mulut mungil tu membebel-bebel..pak ngah ni la pak ngah tu la..mak aihh..becoknya tak padan dengan budak kecik.

Zara tidak dapat menahan perasaan gelihati terus meledak tawanya tetapi tidak lama kerana bila si budak perempuan memandang Zara dengan muka tak puas hati seperti Zara berhutang gula-gula pula lagaknya. Apa kes ni?

“Hok aloh..meh..pak ngah betulkan rambut Ayatt.” Tubuh kecil itu ditarik sehingga berhadapan. Kemudian, Daris duduk supaya menyamai paras anak kecil itu lalu tangannya membetulkan balik rambut Ayatt menjadi terpacak semula. Cuba beberapa kali namun tidak menjadi.

“Aiseh..man..tak menjadi la Ayatt! Kita buat style K-pop la.” Daris menarik Ayatt ke sinki lalu dibasahkan rambut Ayatt yang masih bersisa gel. Selepas itu, tangannya sibuk mendandan rambut anak buahnya.

“Ha..dah encem macam pak ngahnya.” Daris mencuit pipi Ayatt yang montel lagi cute itu. Rambut pacak bertukar menjadi style rambut artis korea yang kebanyakannya menutup dahi.

Si budak lelaki yang comel tak hengat itu mula melorek senyuman lebar.

“Macam pak ngahnya? Please..” Zara ketawa lagi.

“Kenapa tak percaya?” kata Daris sambil menegakkan badannya kembali. Tersenyum sambil mengangkat kening tebalnya.

“Percaya..muka orang tak mandi memang hensem sangat-sangat.” Zara kenakan Daris yang masih tertunda niat untuk pergi mandi.

“Adess!!” terkena sebijik! Daris menjegilkan matanya ke arah Zara yang sedang senyum sumbing.

“Pak ngah siapa ni?” tanya Ayatt baru berpeluang bertanya siapa Zara. Kakak yang tersangat cantik yang berada di hadapannya dipandang tak berkelip. Ayatt tersengih-sengih sambil melenggok badannya ke kiri dan ke kanan. Gedik!

“Oh..ini kawan pak ngah!” perkenal Daris kepada anak buahnya. Nak tergelak melihat anak buahnya itu yang nampak gedik semacam.

Zara senyum mengangguk ke arah budak dua orang itu. Diperhatikan sedari tadi, si budak perempuan tidak bercakap walau sepatah pun sedangkan yang si budak lelaki rasanya dah beratus patah perkataan bercakap. Seorang macam bertih goreng dan seorang lagi berat mulut nak bercakap. Macam-macam!

“Kawan pak ngah, eh?” Ayatt membetulkan kolar bajunya supaya kelihatan smart di depan kakak cantik. Ayatt dah jatuh hati dengan kakak cantik tu tau. Hehehe..

“Haah..panggil Auntie Zara.” tanpa berfikir panjang Daris menyuruh anak buahnya memanggil Zara dengan panggilan auntie.

“Who’s the auntie? Please..” Zara tidak setuju dengan panggilan itu. Dia baru dua puluh empat tahun, okay! Tak sesuai..

Daris tergelak mendengar kata-kata Zara.

“Kakak ni cantiklah pak ngah! Kalau auntie macam Ucu Abil. Ini kakak princesslah..” Ayatt juga tidak setuju. Baginya panggilan auntie untuk orang tua-tua dan untuk ibu saudaranya Ucu Abil.

Daris tercengang dengan kepetahan anak buahnya yang tak menahan. Aii..tak padan dengan kecik!

“Boleh Ayatt panggil kakak..kakak princess.” Tanya Ayatt dengan innocentnya. Kakak itu terlalu cantik seperti cerita princess yang selalu dilihatnya di saluran Disney.

“So..cute…kakak princess? I like..kakak suka..kakak suka..” Zara bertepuk tangannya beberapa kali suka sangat dipanggil kakak princess. Terus pergi mendapatkan Ayatt. Geram pula nak memicit pipi montel Ayatt.

“Kakak princess? Please..” Daris melotot matanya ke langit.

“Adik..” panggil Zara tetapi matanya melihat Daris yang membuat muka ‘please..’ dengannya.

“Panggil Ayatt la kakak princess.” Ayatt sengih. Dia suka sangat dengan kakak princess. Bila besar nanti nak kahwin dengan kakak princesslah yang cantik sangat-sangat ni.

“Ha..Ayatt boleh panggil kakak princess. Jangan pedulikan pak ngah ni. Dia dengki sebab dia dah tua.” Balas Zara dengan cebikan.

“Baiklah, kakak princess..” Ayatt suka sangat dengan panggilan itu.

“So sweet..” Zara senyum lebar. Kembang setaman mendengar si kecil memanggilnya dengan panggilan yang sweet. Kakak princess, okay! Kau haderr?

“Ayatt nanti tak pasal ada kain terkoyak karang pasal dah kembang semangkuk.” Giat Daris sambil tergelak. Suka melihat Zara menjegilkan mata bulatnya dan mencebik bibirnya. So..cute..

“Jangan peduli cakap pak ngah tu! Ayatt boleh panggil kakak princess macam yang Ayatt suka panggil.” Zara membalas. Apa barang auntie-auntie ni?!

“Oh..really?” Daris membalas juga. Dengan kening terangkat. Sengaja mencabar!

“Kakak princesskan, Ayatt?!” Zara mencabar Daris.

“Kakak princess..” panggil Ayatt seperti yang diminta oleh Zara.

Zara senyum lebar puas hati Ayatt menyebelahinya.

“Auntie la..” Daris menyakat Zara lagi.

“Kakak!” balas Zara tegas.

“Auntie..” Daris mengajuk Zara dengan memek muka lucu.

“Kakak!” tak mahu mengalah.

“Auntie..”

“Kakak..” Zara dah mula menjerit.

“Okay! Okay! Kakak princess..kakak princesslah sangat..” Daris melotot matanya ke langit lagi. Wajah Daris yang ‘please..’ tu  membuatkan Zara bercekak pinggang. Hangin!

“Don’t try to lie to yourself too much, you should learn to accept the truth.” Daris tak puas menyakat Zara yang dah masam mencuka. Keletah Zara cukup membuatkan dia gelihati sangat-sangat. Macam budak-budak!

Pergh..mau menanah telinga Zara mendengarnya. So..sarcastic!

“Daris..” suara Zara mula  ke tingkat satu oktah.

Terdengar ketawa Ayatt dan pertama kali Zara terdengar suara budak perempuan yang sedari tadi diam sahaja ketawa. Zara pandang budak perempuan itu dengan hairan.

“You’re really funny, Zara! Sampaikan Ayyin pun boleh ketawa.” Ujar Daris dengan sengihan panjang. Kepala budak perempuan bernama Ayyin digosok beberapa kali.

“Hah?” tak faham maksud Daris.

“Ayyin ni..dia special.”

“Special?” tertanya-tanya.

Daris mengangguk perlahan. Berharap Zara dapat menangkap apa yang tersirat.

“Ohh..” Zara agak terkejut kerana budak perempuan yang dipanggil Ayyin kelihatan seperti kanak-kanak normal yang lain. Apa yang jelas di matanya budak perempuan itu tidak bercakap walau sepatah pun. Ingatkan berat mulut? Rupanya? Kasihan..

“Nanti-nantilah saya ceritakan. Saya nak mandi dulu, badan pun dah bau hangit. Terjangkit dengan budak yang terkena ‘hangit’ je dari tadi.” Sempat lagi menyakat Zara. Tak puas hati lagi tu!

“Daris!” ingatkan dah berhenti menyakat rupanya ada lagi akalnya. Zara bengang sehinggakan mukanya dikerut-kerutkan. Tak puas hati dan sakit hati kerana dirinya yang selalu terkena sedari tadi. Betul-betul terejal!

Daris tergelak besar. Sukanya melihat Zara begini. Mungkin dah lupa agaknya tentang semalam. Lupa tentang malam yang membuatkan hati gadis itu patah dan terluka dengan teruk. Tapi, Daris berharap sangat Zara tidak melupakan apa yang terjadi di antara mereka semalam kerana hatinya cukup terkesan dengan malam itu.

“Pergilah! Terejal!!” Halau Zara sambil menolak badan Daris ke tangga kayu.

“Aik! Mana belajar?” Daris mengeraskan dirinya. Seinci pun tak bergerak bila ditolak oleh Zara.

“Kamus dewan dan pustaka bahasa orang kampung muka surat lima ratus lima puluh lima.” Laju Zara berkata.  Hantam sajalah labu..

Daris tergelak besar lagi.

“Dah! Dah! Pergi mandi. Doh karipap saya tu dah lama terbiar.” Zara dah malas nak melayan. Daris versi kampung ni memang menguji kesabaran sungguh. Tak macam versi uptown boy..pendiam..misteri..konon macho..huh! Now, I know Daris true colors, what’s Daris look like? Huh..boleh tahan annoying! Gumam Zara bengang.

 
“AYATT..AYYIN..lepas dah rasa karipap AUNTIE ni, pak ngah nak kamu berdua jujur bagi pendapat kalau tak sedap cakap je. Tak baik menipu Tuhan marah, kan?” usik Daris sewaktu mereka semua sudah berada di meja makan.

 Terangguk-angguk budak berdua itu.

 Terjegil mata bulat Zara mendengar kata-kata Daris yang masih mengusiknya dengan panggilan auntie dan persepsi double standard dengannya. Huh!

Ahli keluarga Daris semua berkumpul di meja makan. Haji Dhaifullah ayah kepada Daris, kakak Daris bernama Surfina, Adik Daris bernama Salsabila dan anak-anak buahnya bernama Hidayat dan Hazurrin. Kembar rupanya!

Zara terasa amat segan dengan ahli keluarga Daris yang tidak jemu-jemu memandangnya sedari tadi. Naik kebas rahangnya kerana duk asyik tersenyum.

“Jangan buat perangai terejal la, Daris! Zara nak makan pun tak senang.” Tegur Hajah Siti Khadijah. Bimbang hati Zara terasa dengan kata-kata anak terunanya tu.

“Oh..Now, I know..where you get kamus dewan bahasa dan pustaka tu?” Daris menunjuk-nunjuk jarinya ke arah Zara sambil senyum.

Zara mengangkatkan bahunya sambil mencebik.

Tergelak semua ahli keluarga Daris. Masing-masing belum ‘blend’ well yet! Jap-jap lagi riuh la gamaknya?

“Okay, now juri-juri cilik sila berikan pendapat tentang karipap AUNTIE ni. Menipu Tuhan marah tau..” siap mengingatkan anak-anak buahnya supaya berkata jujur dan lebih menekankannya kepada Ayatt yang sangat menyukai Zara.

Tersengih Ayatt. Sorry, kakak princess! Tak boleh tipu..Tuhan marah..

Kalau tidak berada di depan keluarga Daris dah lama Daris dah kena tarik telinga dengannya. Mulut..huh..

“Urrmm..hmm..” Ayatt mengunyah karipap seperti juri yang pro pula. Siap berhenti dan berfikir. Cewah..dah macam juri masterchef pulak!

“Karipap kakak Princess ni..sedaplah!!” jerit Ayatt sambil tepuk tangan dengan girang. Betul-betul sedap!

“Yeke?” Daris tak percaya.

 “Ayatt tipu ni..tak takut Tuhan marah?” Daris cuba menakutkan Ayatt.

 “Betullah, pak ngah! Tak caya tanya Ayyin!” marah benar Ayatt kerana tidak percaya keredibilitinya sebagai juri cilik professional.

Semua mata pandang Ayyin yang sedang mengunyah karipap. Semua tak sabar menunggu jawapan dari Ayyin pula.

Ayyin pula selamba menghabiskan karipap baru pandang semua orang. Saja buat suspen budak kecik, nih? Ayyin angkat tapak tangan kanannya. Semua pandang tapak tangan kanan Ayyin. Kemudian, Ayyin mengambil jari telunjuknya tangan kiri menekan beberapa kali di tengah-tengah tapak tangan dan selepas itu menunjukkan ibu jari tangan kanannya ke atas. Thumbs up!

Daris tak sangka Ayyin dah belot dengannya. Takkan sedap sangat kot!

“Biar betul, Ayyin?”

Ayyin terangguk-angguk kepalanya.

“Sudah-sudahlah tu, Ris! Kalau budak-budak ni cakap sedap tu sedaplah. Nak tau sangat cubalah makan.” Hajah Siti Khadijah mencelah.

“Biar abah yang rasa.” Haji Dhaifullah mengambil karipap buatan Zara.

“Abil nak cuba juga.” Adik Daris turut mengambil karipap Zara.

“Kak Fin pun.” Kakak Daris juga turut mengambil.

Semua sedang merasa kecuali Daris dan uminya. Hajah Siti Khadijah sudah merasanya di dapur tadi. Memang sedap!

“Sedaplah, angah! Siap tak percaya bagai. Entah apa..entah!” semua terangguk-angguk mengiyakan kata-kata Salsabila.

“So..I win this challenge, bro?” tanya Zara seperti rasa nak melompat. Hambik kau! Air tangan dari Perancis mari maa..mana boleh challenge? Kalau tak sia-sia Chef Leodegrance mengajar. Setakat karipap je kot! Belum cuba pastry yang lain. Mau addicted karang. Kalau tak..tak adalah hari-hari Qaiser sarapan dengan roti Croissant buatannya. Sengaja dia memberitahu Arni roti croissant yang selalu dibekalkan untuk Qaiser dibelinya dari kedai roti yang terkenal di ibukota. Kalaulah Arni atau Qaiser tahu dia yang membuatnya dah tak surpriselah bila dia dan Qaiser berkahwin nanti. Dia sengaja merahsiakannya untuk kebahagiaan rumahtangganya nanti. The way to A man’s heart is through his stomach. Tapi, there’s no way..mereka tidak  akan bersama lagi. Zara mula mengingati malam di mana hatinya patah dan sangat-sangat terluka. Wajah ceria Zara hampir mendung tetapi bila berada di depan keluarga Daris dia tak patut menunjukkan hatinya yang galau. Zara cuba sedaya upaya menceriakan wajahnya dan sebolehnya hatinya juga.

“Wait..until I say so..” Daris masih tidak berpuas hati. Bukan apa, macam susah nak percaya anak manja seperti Zara pandai memasak. Ahh..cubalah rasa bagaimana dulu? Gesa hati Daris dari berteka-teki lagi.

Daris mengambil sebiji karipap dan mula mengunyah dan menelan perlahan-lahan selepas melafazkan Bismillah. Hm..

“Okay, Zara! You..win!” Daris surrender. Sedap kot! Kalah karipap di IKEA yang sedap tu.

Zara paksa senyum cuba menyembunyikan perasaan galau di hatinya.

“Hoyeehhh..” bertepuk tangan Ayatt mendengar kata-kata pak ngahnya. Penyokong kuat Zara tu!

Ayyin yang mula menerima Zara mengangkat kedua belah tangannya menunjuk thumbs up dengan riangnya. Semua ahli keluarga Daris tercengang dengan Ayyin yang kelihatan riang. Sesuatu yang tidak dijangka.

Ayatt pula menghampiri ibunya lalu ditarik lengan bajunya supaya menunduk ke arahnya. Gaya seperti nak berbisik.

“Ibu..Ibu..kakak princess cantik, kan?” Ayatt kononnya berbisik di telinga ibunya tetapi satu ruang makan boleh terdengar kata-kata Ayatt. Masing-masing dah tersengih melihat Ayatt menggedik semacam.


"Apa Ayatt cakap dengan ibu tu? Tok abah dengar tau..” Haji Dhaifullah hampir tergelak melihat cucu lelakinya merenyam semacam.

“Tok abah ni..malu la Ayatt! Okay la..okay la..nantikan..bila Ayatt besarkan..Ayatt nak kahwin dengan kakak princess.” Budak kecik tu mengaku nak berkahwin dengan kakak princessnya. Mau tak buat satu keluarga pecah perut.

“Apa Ayatt ni? Ini bakal isteri pak ngah la!” Salsabila memotong angan si budak kecik.

“Eh, taklah! Bukan-bukan!” Zara tergayang-gayang tangan menidakkan kata-kata Salsabila. Wajah dah mula merah menahan malu. Ish, budak kecik, nih!

“Ha..kakak princess cakap tak!” Ayatt berlagak.

Daris pula terkejut dengan Zara yang sungguh-sungguh menidakkan kata-kata Salsabila. Terasa betul hatinya. Siapalah dirinya, kan?!

“Malu-malu pulak Kak Zara ni..angah ni solo-molo lagi tau. Ha..dak kecik ni pulak! Kalau nak kahwin dengan kakak princess kena sunat dulu baru boleh banyak cerita, okay!” sakat Salsabila selamba.

Daris diam. Dia tak tahu nak kata apa. Hatinya cukup terusik dengan kata-kata Zara tadi.

“Alah..sekarang nak sunat pun bolehlah, Ucu Abil! Ayatt tak kisahh...” Amboih! Dak kecik ni! Satu keluarga membuntangkan mata ke arah Ayatt yang mungkin overdose agaknya. Merenyam semacam!

“Qalisya nak letak mana, dak kecik?” tanya Salsabila. Seronok melayan perangai Ayatt yang menggelikan hati semua orang. Kita tengok apa dak kecik ni jawab? Pasti menggeletek ketiak semua orang yang mendengarnya.

“Oh..Qalisya..Ayatt kahwin lepas Ayatt kahwin dengan kakak princess. Bagi yang tua dulu baru adil.” Semua dah terlopong. Ini budak umur berapa da…?

“Amboih, dak kecik! Pak ngah pun tak terfikir nak kahwin lebih dari satu tau. Lawan tauke nampak!” Daris terpaksa bersuara kerana Ayatt memang serius lawak gila. Nak syahdu kejap pun tak dapat dengan keletah tak semengah Ayatt yang amat menggelikan hati. Ada hati nak berpoligami, tak padan dengan kecik!

“Lelakikan boleh kahwin sampai lima.” Selamba.

Sah! Ini mesti terpengaruh dengan filem Kahwin Lima yang Usop wilca berlakon tu.

“Kak Finlah ni..bagi budak-budak ni tengok cite Usop wilca tu. Ha..kan, dah terpengaruh.” Kata Salsabila sambil memeluk Ayatt lalu disekeh-sekeh kepala budak kecil tu beberapa kali. Action je lebih, bukan sakit pun kena sekeh dengan Ucu Abil. Ayatt siap tergelak-gelak.

“Buat apa ramai-ramai, Ayatt? Satu pun tak terjaga tau.” Celah Haji Dhaifullah seraya memandang isterinya yang terchenta. Mata Haji Dhaifullah yang hampir sepet itu Hajah Siti Khadijah faham sangat.

“Jangan nak mengada-ngada, bang haji!” Hajah Siti Khadijah memberi amaran.

“Tok abah..tok abah..Ayatt nak kahwin lima tau. Biar ibu senang nanti..” balas Ayatt dengan muka tak bersalahnya.

Semua terlopong dengan angan-angan si budak kecik.

“Apa yang senangnya? Ayatt nak buat apa kahwin ramai-ramai?” Tanya Kak Fin sambil menggelengkan kepala. Menyesal betul bagi tengok filem tu kat budak kecik, nih!

“Untuk senangkan ibulah..yang pertama tolong picit kepala ibu, yang kedua tolong picit belakang ibu, yang ketiga tolong picit lengan ibu, yang keempat tolong picit kaki ibu, yang kelima tolong buatkan air kat ibu masa tengah urut-urut tu. Kesian kat ibu, kerja susah-susah balik rumah sakit-sakit badan. Ayatt dengan Ayyin picit kuat-kuat pun sakit ibu tak hilang. Kesian kat ibu.. kalau babah ada dulu..selalu picitkan ibu.” Semua terdiam mendengar kata-kata Ayatt.

Zara pandang semua orang di meja makan. Ada kekeruhan di wajah mereka.

“Ayatt..kakak okay je jadi yang pertama. Nanti kakak tolong picitkan ibu, okeh!” Zara tidak mahu suasana sedih menyelubungi mereka semua lagi. Biarlah mereka bergelak ketawa seperti tadi. Zara amat menyenangi keluarga Daris.

“Amboih! Saya nak letak mana Cik Zara oii.” Daris mencelah. Sengaja tunjuk muka cemburu dengan Ayatt. Bagi havoc balik tak mau sedih-sedih.

“Letak dalam kotak! Kakak princess Ayatt punya!” sambil peluk Zara dengan erat-erat. Meledak ketawa Zara.

“Tak boleh..ini pak ngah yang punya. Pak ngah dah cop dulu..” rengek Daris dengan muka kesian.

Ayatt berlari lalu menerkam pak ngahnya lalu dipeluk erat-erat juga.

“Yelah..yelah..nanti Ayatt kahwin dengan Qalisya bukan dengan kakak princess.” Pujuk Ayatt sambil menepuk-nepuk bahu pak ngahnya.

Tersengih Daris. Siap berebut Zara dengan budak kecik! Apada..

Semua dah tergelak-gelak. Satu petang yang menyenangkan.

Satu keluarga bergembira.
 
PESANANAN PENULIS:
Lucu tak..lucu tak..lucu takkk...??? Ayatt n Ayyin budak kecik yang comel sangat..sangattt..
Enjoy reading tau..big hug from me..
 

Monday 8 July 2013


BAB 10: SESUNGGUHNYA..DIA LELAKI PELINDUNGKU ( FULL ENTRY )

TERPISAT-PISAT Zara membuka mata. Dia masih mengantuk lagi. Cuba menoleh ke sebelah dilihatnya Daris sedang tidur dengan lenanya. Wajah kacak Daris diamati dengan penuh perasaan. Zara terpaku tatkala cahaya mentari menyinari wajah kacak itu. Jarinya menyelusuri setiap lekuk wajah Daris dan mengelus. Daris..tercetus nama itu di hatinya dan jantungnya bergetar aneh.

“Dah bangun?” Daris tersedar dan juga terpisat-pisat membuka matanya. Lantas tersenyum ke arah Zara lalu dielus pipi Zara beberapa kali.

Zara mengangguk sambil membalas senyuman Daris. Tangan Daris dipegang dan turut mengelus tangan Daris yang masih berada di pipinya.

Tangan Zara yang menggenggam tangannya di bawa ke bibir lalu dikucup dengan penuh perasaan. Matanya merenung tepat ke mata Zara sewaktu mengucup jemari Zara.

“I’m sorry for what happened last night..” Daris tiba-tiba memohon maaf. Tangan Zara digenggam lalu diramas perlahan. Matanya dihala ke hadapan pula. Merenung jauh, tidak menyangka dia boleh bertindak sejauh itu. Apabila nafsu mengawal akal..

“Saya yang salah, Daris! Segalanya bermula dari saya. Awak tak salah! It’s okay..” akui Zara. Matanya juga dihala ke hadapan. Dia teramat malu dengan perlakuannya semalam. Terlalu berani..

“Saya..tak patut saya buat awak macam tu.” Daris teramat kesal.

“Daris..bukan awak..saya..saya yang relakan diri saya. It’s not your fault!” Zara tidak mahu Daris menyalahkan dirinya.

“Zara..”

Zara tidak mempedulikan panggilan Daris. Sengaja!

“Cantik kampung awak ni!” Zara menurunkan tingkap kereta. Udara pagi menyerbu masuk ke dalam. Zara menghirup udara segar sedalam-dalamnya.

“Hm..segar betul rasanya..” Zara memejamkan matanya pula cuba merasai keharmonian suasana kampung. Hm..tenangnya..

Daris hanya tersenyum nipis. Membiarkan Zara menikmati suasana kampung yang masih diselubungi kabus pagi. Kedua belah tangannya diletakkan di belakang kepala sambil menyandar. Daris turut menghirup udara segar pagi sambil memejamkan mata. Terasa tenang sekali perasaannya.

“Daris saya macam pernah tengok tempat ni tapi di mana, ya?” Zara cuba berfikir di mana dia pernah melihat panorama sawah padi dan tali air ni.

“Nur Kasih..” tanpa membuka mata Daris bersuara.

“Apa awak?” Zara yang leka tidak mendengar dengan jelas kata-kata Zara.

“Tempat ni pernah menjadi tempat shooting drama Nur Kasih.” Daris membuka matanya.

Zara yang terjengul kepalanya keluar tingkap menoleh. Nur Kasih? Baru pertama kali dia mendengar tentang perkara itu. Wajah Zara nampak sangat tidak pernah tahu tentang drama itu.

“Forget it! Beautiful place, isn’t it?” budak macam Zara ni banyak masa dihabiskan di luar negara. Manalah tahu tentang perkembangan dan fenomena di Malaysia ni. Terlupa pula Daris.

“Yeah..you’re right! The most beautiful place I’ve ever seen.” Benar kata-kata Daris, inilah tempat yang paling cantik yang pernah dia lihat. Kalah  pemandangan pergunungan salji di Alps dan musim luruh di Korea. Mungkin jati diri sebagai anak Malaysia membuatkan dia lebih menyukai hujan batu di negara sendiri.

Zara keluar dari kereta. Dengan gaun labuh berwarna keemasan dia keluar memandang langit. Cahaya pagi yang juga keemasan membuatkan Zara kelihatan tersangat cantik dengan rambutnya yang panjang dan ikal.


Daris melihat Zara dari sudut pandangan yang seni. Bertemakan sawah padi, tali air, kabus pagi dan mentari pagi. Kombinasi yang amat menarik. Kamera DSLR yang berada di belakang diambil lalu keluar dari kereta. Zara yang leka memandang ke langit tidak sedar Daris mengambil gambarnya. Daris semakin galak mengambil gambar Zara berbagai postur. Wajah indah Zara membuatkan Daris juga terleka.

“Daris..kenapa ambil gambar saya? Muka bangun tidur awak tau tak?” marah Zara yang baru tersedar. Cepat tangannya memekup muka.

“Awak sangat cantik..” puji Daris. Matanya tidak lepas memandang Zara.

“Jangan buat saya malu!” Zara pusingkan badannya ke arah sawah yang terbentang luas sambil berpeluk tubuh.

Postur Zara berpeluk tubuh sambil memandang ke arah sawah yang terbentang luas kelihatan seperti bidadari.

“Everything has beauty, but not everyone sees it..” Daris menghampiri Zara dari belakang. Kot yang dipakai olehnya semalam disangkut ke bahu Zara melindungi kulit yang putih mulus itu. Mereka kini berada di kampung sebentar lagi pasti ramai yang keluar ke sawah.

Zara agak terkejut apabila Daris menyangkutkan kot di bahunya. Terus menoleh. Entah kenapa setiap kata-kata Daris selalu mencuit hati kecilnya.

“Jom, balik rumah parent saya. Dah tak jauh dah..” ujar Daris. Pukul tiga pagi mereka bertolak dari Kuala Lumpur sampai dah hampir Subuh. Mata pula mengantuk tak hengat. Zara yang tidur nyenyak membuatkan Daris tidak dapat meneruskan lagi pemanduannya. Kalau diikutkan sudah dekat tetapi bila terfikir keadaan mereka yang ‘messy’ semacam Daris berfikir banyak kali nak terus ke rumahnya. Sengaja dia memberhentikan keretanya di bawah pohon mengadap sawah ini. Cuba berfikir alasan apa nak diberikan kepada orang tuanya akhirnya dia terlelap di situ. Nasib baik mereka tersedar awal pagi kalau terlajak tak pasal satu kampung heboh.

“Okay..” Zara mengangguk.

Mereka melangkah ke kereta. Sebelum memandu Daris menghela nafas resah.

“About last night..” masih tersisa perasaan bersalah walaupun Zara berkeras menganggap dirinya yang total bersalah.

“It was only a kiss..” Zara ingin Daris tahu ia hanya sekadar ciuman tidak lebih dari itu. Dia tidak mahu Daris terus menerus merasa bersalah.

“That’s our first kiss..those tight long hugs..our late night conversations..I remember them all..It’s not only a kiss..” pedih pula hati Daris mendengar kata-kata Zara yang menganggap apa yang berlaku semalam hanyalah kisah enteng.

“I still feel it in on my lips..” Daris meletakkan jarinya di bibir. Bukan hanya sekadar ciuman baginya. Ia menyelusuri setiap genap jiwa raganya. Zara membuatkan jantungnya menderu laju.

“I kiss you spontaneously..unexpected..unplanned..ones that come..hanya untuk melepaskan perasaan sakit hati dan terluka saya dengan seseorang. Ia tidak adil untuk awak mengingatinya.” Ia tidak adil bagi Daris. Zara bukan tidak mahu mengingati, baginya ianya sesuatu yang unexpected. Tanpa perasaan cinta. Kosong. Terdorong hanya kerana membalas dendam dan didorong oleh nafsu. Tiada keikhlasan.

“You really love him, don’t you?” Daris kecewa. Dia tahu hakikat itu. Hanya dirinya yang telah disentuh oleh Zara. Perasaan itu mula kuat melingkari hatinya.

“Saya tak tahu..apa yang saya rasa hanya perasaan terluka yang teruk. Saya dah tak tahu hati saya lagi, Daris..” kekecewaan hatinya sukar untuk diubati lagi. Dia akan melupakan lelaki itu walaupun terpaksa mengambil sejuta tahun untuk melupakan.

“It was only a kiss. Let’s put it that way..” dia seorang lelaki. Ada kejantanan. Dia bukan lembik. Kalau ianya sekadar ciuman..hanya ciuman..tidak memberi apa-apa makna..so..put it that way..

 
“JEMPUT minum anak..” pelawa Hajah Siti Khadijah dengan senyuman ramah. Perasaannya masih terkejut apabila anak lelakinya membawa pulang seorang teman perempuan. Melihat dari mata tuanya agak terkejut dengan penampilan gadis itu yang memakai pakaian seperti nak pergi mandi di telaga. Berkemban! Dan nampak keterlaluan dengan kain yang lip lap lip lap. Apapun hati tuanya amat berkenan melihat air muka gadis itu. Cantik!

“Maaf susahkan auntie.” Zara segan dengan kebaikan ibu Daris.

“Eh, panggil umi sudahlah.” Tangan Zara ditepuk lembut dengan senyuman manis oleh umi Daris.

“Er..umi..” Zara membalas senyuman umi dengan rasa janggalnya.

“Kamu berdua ni dari mana sebenarnya?” tanya Hajah Siti Khadijah hairan. Mereka seperti baru balik dari sesuatu majlis. Agak Hajah Siti Khadijah.

“Semalam ada majlis tahunan di syarikat kami. Zara teringin nak tengok kampung. Itu yang Ris terus bawa balik sini selepas majlis selesai.” Kata Daris tak sepenuh hati. Wajah Zara tidak dipandang. Segan memberi alasan macam budak kecil dengan ibunya.

Zara buat muka tak tahu. Di dalam hati nak tergelak besar. Pandainya dia..

“Begitu..kenapa tak tunggu siang, Ris! Bukan ambil masa lama sangat pun nak sampai di sini.” Hajah Siti Khadijah menggelengkan kepala. Apalah yang ada difikiran budak-budak zaman sekarang dia pun tak tahu.

“Esokkan dah kerja, mi! Baik terus pulang je. Jimat masa dan boleh manfaatkan masa di kampung ni.” rasa bersalah sangat-sangat memberi alasan yang entah apa-apa. Daris memejamkan mata sesaat. Munasabah diri..

Tersungging senyuman herot di bibir Zara. Daris nampak tapi buat-buat tak nampak. Zara tersengih pula.

“Betul tu, umi! Ni pertama kali Zara datang ke kampung. Suasana kampung di sini sangat cantik.” Puji Zara dengan wajah teruja.

“Zara tak ada kampung?” tanya Hajah Siti Khadijah.

Zara menggelengkan kepala.

Kasihan pula Hajah Siti Khadijah bila mendapat tahu gadis itu tidak mempunyai kampung.

“Oh iye ke? Anggap saja ini kampung anak.” lembut tangan Hajah Siti Khadijah  mengelus rambut Zara yang keemasan. Macam anak patung pula dia menengoknya. Subhanallah..kebesaran Allah yang mencipta setiap makhluk-NYA.

Hati Zara tersentuh dengan penerimaan umi Daris. Terlalu baik orangnya. Zara amat menyenanginya.

“Terima kasih, umi!” Zara senyum.

Daris melonggarkan bow tie di leher. Kemudian menyandar rileks di sofa dan terus memejamkan mata. Sedang berfikir dengan diri sendiri. Kesal kerana masih tidak dapat mengawal diri. Kesal kerana hampir melakukan kesilapan yang sama. Kesal juga kerana ketinggalan solat Subuh tadi. Kesal dengan diri yang masih belum insaf sepenuhnya. Sesungguhnya..dia seorang manusia yang tidak sempurna.

“Tahu pula kamu mengantuk, ye? Tadi cakap nak memanfaatkan masa. Takkan nak memanfaatkan masa dengan tidur pula.” Perli Hajah Siti Khadijah dengan anak lelakinya.

“Lima minit je mi..” rengek Daris tanpa membuka mata.

Zara tergelak melihat sikap Daris dengan uminya. Nampak manja..

“Biarkan Daris tu. Meh, ikut umi ke dalam.” Ajak Hajah Siti Khadijah. Sebentar lagi suaminya Haji Dhaifullah pulang. Rasanya tak manis melihat anak dara seperti Zara berpakaian sebegini. Pakaian anak gadisnya yang bongsu mungkin padan dengan Zara.

Zara mengikuti umi Daris tanpa membantah.

“Ini bilik adik Daris yang bongsu..Salsabila namanya. Anak pergilah bersihkan diri. Pakailah mana-mana pakaian yang sesuai di dalam almari tu.” Ujar Hajah Siti Khadijah menunjukkan almari baju.

“Baiklah, umi!” ucap Zara dan terus masuk ke dalam bilik.

 
ALMARI adik Daris yang bongsu diselongkar untuk mencari pakaian yang sesuai. ZARA keluar selepas siap berpakaian. Dia senang dengan pemakaiannya sekarang, baju kurung kain cotton berwarna merah jambu. Rambut diikat ponytail. Wajah bersih tanpa mekap.

Sewaktu keluar Daris sudah tiada di sofa. Tercari-cari sehingga ke dapur. Apabila hidungnya tercium bau yang enak kakinya seakan melayang ke udara terus ke dapur. Perut mula terasa lapar.

 Hajah Siti Khadijah sedang memasak lemak ikan sembilang.

“Harumnya bau..” puji Zara sambil menjenguk periuk yang sedang membuak-buak.

Hajah Siti Khadijah tersenyum senang melihat penampilan baru Zara yang kelihatan cukup manis. Ditambah dia cukup senang dengan pujian Zara tentang masakannya.

“Manis tengok anak macam ni.” Hajah Siti Khadijah turut memuji. Kepala Zara digosok lembut.

Zara dapat merasai sifat keibuan umi Daris yang menghangatkan jiwanya sewaktu umi Daris menggosok kepalanya dengan lembut. Zara cukup tersentuh.

“Eh, tak adalah umi.” Zara tersipu-sipu menafikan.

“Tak manis mi..nampak kelat!” timbul Daris entah dari mana dengan seluar track dan baju t-shirt putih dengan senyum herot.

Terkejut Zara lalu menjegilkan matanya.

“Jangan nak menyakat! Pergi ambil jantung pisang kat belakang rumah. Umi nak masukkan dalam masak lemak ni.” arah Hajah Siti Khadijah sambil menggelengkan kepala dengan perangai tak semengah anak terunanya.

“Okeh, mi! Anakanda pergi sekarang jugak!” Daris memberi tabik dengan wajah boleh tahan cute. Terlopong Zara dengan sikap Daris yang kelihatan nakal bila dengan uminya. Kalau tak..nampak pendiam saja orangnya.

“Umi..perangai Daris memang macam tu, eh?” tanya Zara dengan wajah tak percaya.

“Macam tu la..terejal!” Hajah Siti Khadijah menggelengkan kepala dengan kenakalan Daris.

“Wh..what..umi? Terejal?” Zara tak faham. Apa tu?

“Oh..terejal maksudnya nakal sangat-sangat.” Tergelak Hajah Siti Khadijah menerangkan maksud terejal kepada Zara.

“Oh..” Zara baru faham. Lantas duduk di kerusi. Zara melihat ada tepung gandum dan bahan-bahan lain untuk membuat kuih.

“Umi nak buat kuih ke?” Zara memandang umi Daris yang sibuk mengupas bawang.

“Haah..nak buat karipap inti daging. Daris suka makan karipap.” Ujar Hajah Siti Khadijah. Gulai lemak dikacau perlahan kalau tak nanti santannya pecah pula.

“Biar Zara yang buatkan boleh, umi?” pinta Zara dengan wajah excited.

“Boleh..buatlah.” Hajah Siti Khadijah tersenyum senang dengan permintaan Zara. Kalau jadi menantu pun elok juga ni. Tak kisah ke dapur. Getus hati Hajah Siti Khadijah.

Zara senyum terus menyinsing lengan baju kurung yang dipakainya. Dah lama tangannya tak mengadun tepung. Rasa gatal pula tapak tangannya. Tanpa kekok Zara mengadun tepung.

Hajah Siti Khadijah tersenyum senang melihat Zara yang tidak kekok menguli tepung.

“Mi..banyak ni boleh?” tiba-tiba muncul Daris bersama jantung pisang. Seluar dah disingsing sehingga ke lutut. Siap berpeluh-peluh pula tu.

“Ish, awak ni..peluh awak tu! Jangan sampai masuk dalam tepung ni.” Zara menolak badan Daris dengan menyondol sisi badan Daris ke tepi.

“Eh, awak buat apa ni?” Daris bercekak pinggang menjenguk apa yang Zara sedang lakukan dari belakang Zara. Apa yang diulikan sangat tu? Zara pandai masakkah? Macam tak caya je..

“Tengah main Play-Doh awak..” Zara faham reaksi dan intonasi suara Daris yang nampak sangat double standard dengan orang seperti dirinya. Ingat orang kaya tak pandai masak ke? Huh..

Daris dari belakang menundukkan badannya di tepi kepala Zara lalu memandang rapat-rapat wajah Zara yang straight focus dengan ‘Play-Doh’nya. Umi yang sedang leka dengan acara masak memasaknya dipandang sekilas. Line clear!

“Nak kena gigit?  Main-mainkan saya, eh?” bisik Daris dekat di telinga Zara.

Hampir melompat Zara bila tiba-tiba Daris berbisik di telinganya. Terkejut bukan apa dekat sangat di telinga terasa geli sangat.

“Hei..” Zara cepat mencepuk pipi Daris yang masih menunduk memandang rapat ke arahnya. Tindakan refleks. Kang dah free kena cepuk dengan tangan penuh tepung. Berbekas tapak tangan Zara di pipi Daris.  

Terpejam mata Daris setelah dicepuk. Kemudian berdiri tegak sambil bercekak pinggang. Hm..apa nak buat dengan budak sorang nih? Grrr..

“Oh my..” bulat mulut mugil Zara terlopong dengan tindakannya sebentar tadi. Dia tergelak sejurus kemudian. Muka Daris serius lawak!

“Apa kena dengan kamu berdua ni?” Hajah Siti Khadijah berpusing memandang anak-anak muda itu dengan pandangan pelik dan curiga. Pipi anaknya yang terpalit dengan tepung dipandang lama. Hati tuanya curiga. Haish.anak teruna aku ni! Anak dara orang jangan dibuat main.


“Tak ada apa-apalah, mi! Daris tengok budak ni ha..uli tepung. Nampak macam uli getah sekerap je Ris tengok.” Menyindir sinis. Pipi terasa melekat dengan sesuatu digenyeh cepat. Hm..sah dah jadi tepung gomak muka aku. Wajah Zara dipandang geram. Ni yang nak jadi monster makan budak ni..

“Amboih..belum cuba belum tau, okay..” Zara menyirap diperlekehkan. Ini air tangan Perancis mari la. Sia-sia Chef Leodegrance mengajarnya pastry hampir setengah tahun sewaktu di Perancis.

“Okay, dear..we’ll see..how it goes..” senyuman herot dengan wajah double standard terpamer. Zara rasa tercabar dengan Daris yang belum tahu siapa dirinya yang sebenarnya.

 “Challenge accepted!” we’ll see Encik Daris. Grr..

“Budak-budak ni..macam-macam.” Hajah Siti Khadijah membebel. Di dalam hati, dia patut duduk berbincang dengan anak terunanya tentang Zara lebih serius. Tak manis bertepuk tampar dan bersuka-suka begitu tanpa pertalian yang sah. Menjuruskan diri ke lembah maksiat dan Hajah Siti Khadijah tidak mahu perkara begitu berlaku dikemudian hari. Jika anaknya menyukai Zara dia sebagai umi menerima dengan seadanya.

“Saja bergurau, mi!” Daris sengih.

“Bergurau-gurau juga! Jangan melebih..kamu berdua bukan ada apa-apa ikatan lagi.” Hajah Siti Khadijah mengingatkan anak-anak muda itu.

Daris tayang sengih lagi buat muka suci murni. Padahal betul-betul terkena batang hidung. Jangan melebih? Dah melebih sangat dah nasib baik tak terbabas je. Kepala ditoleh ke arah Zara yang selamba menguli tepung. Entah kenapa tangannya terus menyentuh bibir. Menderu laju darahnya ke kepala. Hish..budak ni!

“Eh, terlupa pula nak suruh kamu ambil serai kat belakang rumah tadi.” Hajah Siti Khadijah terlupa.

“Ris boleh pergi ambil sekarang juga.” Mendengar kata-kata ibunya Daris terus memusingkan badannya ingin ke pintu keluar. Baik dia keluar cepat-cepat sebelum kepalanya melayang entah ke mana.

“Tak payah, Ris! Biar umi pergi sendiri. Kamu pergi mandi lekas. Zara dah mandi, kamu je yang belum mandi. Badan dah bau kambing!” Hajah Siti Khadijah menolak badan anak terunanya menggesa supaya pergi mandi.

“Umi..” tak puas hati. Jatuh percentage kemachoannya di depan Zara.

Umi dah hilang di sebalik pintu. Zara mengekek ketawa tanpa henti. Siap memicit hidungnya supaya tidak berbau busuk. Daris bengang!

“Oh..” laju tangan Daris cuba mencubit pipi Zara tetapi cepat pula Zara mengambil pinggang plastik cuba menutup mukanya. Tindakan spontan membuatkan Zara terlupa pinggang plastik itu berisi sisa-sisa kulit bawang yang telah dikopek. Habis mata Zara terkena sisa-sisa kulit bawang.

“Aw..awak..mata saya..pedihnya!” rengek Zara terpejam-pejam matanya kerana terlalu pedih.

“Jangan buka mata! Wait!” Daris menggelabah mencari kain bersih. Alamak! Mana nak cekau kain bersih ni? Takkan nak pakai kain buruk.? Nak cepat punya pasal baju di badan menjadi alternative. Daris terus ke sinki membasahkan hujung bawah bajunya. Setelah itu terus pergi mendapatkan Zara yang merengek tak sudah-sudah.

“Jangan bergerak, saya nak bersihkan mata awak ni.” Daris memegang sebelah bahu Zara manakala tangannya yang sebelah lagi menarik hujung bajunya sehingga tersingkap ke atas menampakkan six paxnya. Nasib baik Zara tidak dapat melihat panorama machonya. Mak aihh..

 “Jangan buka mata!” ujar Daris sewaktu Zara cuba membuka matanya. Mata Zara terpejam lagi.

Dengan penuh perhatian Daris mengelap mata Zara dengan bajunya yang basah.

“Okay, boleh buka mata.” arah Daris apabila sudah membersihkan mata Zara.

Zara membuka matanya yang sudah merah saga. Matanya masih pedih dan berair.

“Pedih..” rengek Zara dengan wajah masih terpejam-pejam. Wajah Zara yang kemerahan mendongak ke arah Daris membuatkan Daris terpaku lama. Jiwa lelakinya resah.

 “Zara..”

“Pedih awak..” Zara merengek lagi siap menggoyangkan badannya.

“Zara..” suara Daris mengendur. Dia tak tahu nak mengadap Zara bagaimana dah? Terlalu menguji keimanannya. Sudahnya, dia menarik Zara ke sinki lalu disiram air ke wajah Zara beberapa kali. Sepatutnya dari tadi dia buat begitu tak payah nak mengelap bagai. Apa yang terlintas di fikirannya tadi pun dia tak tahu?
 
PESANAN PENULIS:
Dear readers..idea btl2 stuck bila sampai kat kmpg Daris. Byk fikir nak describe family Daris bagaimana..hope enjoy the entry. Sori buat tertunggu2..