Sunday 27 May 2012


Bab 12: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Dah masuk tiga minggu Adelia tidak pulang ke rumah mama. Entah kenapa Adelia merasakan tempat dia bukan di situ lagi sejak kepulangan Nik Pasha ke Malaysia. Kalau bukan mama yang tidak pernah putus asa menelefon supaya dia pulang memang sukar nak melangkah ke rumah itu lagi. Mama siap buat drama air mata kat dalam telefon siap teresak-esak katanya rindu sangat. Takut kehilangan pun ada. Adelia faham mama memang terlalu takut kalau dia bawa diri pergi jauh dari mereka. Takkanlah..Adelia sayang sangat pada mama,papa dan Aril. Pasha? Itu..Adelia garu kepala. Sayang ke?


Akhirnya,Swift putih hitam menjalar masuk ke halaman rumah keluarga Encik Nik Nazrin. Adelia mengenakan kurung moden kain chiffon bersulam manik kaler kuning air siap bertudung satin ala Hana Tajima dari warna yang sama. Cukup sweet..
Adelia menutup pintu kereta sambil mata di hala ke halaman rumah sekali terpandang dua merpati sejoli lagi. Kali ini mesra alam sikit siap berpeluk sakan ala Jack and Rose dalam Titanic dekat beranda rumah kononnya kat hujung kapal la tu. Adelia mencebik. Adelia tak pasti mereka berdua sedar atau tidak akan kehadirannya di bawah ini. Adelia tiba-tiba jadi malas nak masuk ke dalam rumah. Hai..hadap je la. Kebalkan hati kebaskan jiwa je la.


Maria bukan main happy lagi bila melihat menantu kesayangannya dah balik. Siap berpeluk sakan macam tak jumpa setahun.


Cantiknya menantu mama!” puji Maria melambung. Adelia siap menunjukkan jari telunjuk dibibir menandakan supaya diam. Perkataan menantu itu sensitif tak pasal-pasal terdengar pulak Darwina nanti.


Ma,Darwinakan ada nanti terdengar susah pulak Pasha nanti.” semenyampah mana pun Adelia pada Nik Pasha tak sampai hati pula nak buat Nik Pasha susah. Biarlah segalanya bermula dari lelaki itu sendiri.


Alamak,mama terlupalah!” mama siap tepuk mulutnya perlahan dan tersenyum.


Okay,Jom! Mama ada buat kek coklat tau.” umpan Maria. Dia tahu Adelia suka sangat dengan kek coklat buatannya. Adelia girang bila terdengar perkataan kek coklat. Ini sayang ibu mertuaku ini. Hehe..


Yaya dari mana ni? Cantik sangat ni. Dating eh..” mama serkap jarang. Harap taklah. Dalam hati.


Mana ada mama! Yaya dari kenduri kahwin budak wad Yaya kat Bangi. Dari sana terus ke sini.” jelas Adelia. Kek coklat di suap ke mulut. Hm..sedapnya! Nescafe susu buatan mama yang kaw di hirup sedikit. Sambil berborak dengan mama tiba-tiba muncul dua merpati sejoli dengan wajah riang. Maria pandang dengan pandangan tidak puas hati. Tak sepatutnya anaknya itu membawa Darwina pulang ke rumah mereka. Kalau sekali dua tak apalah ini kerap sangat. Sampai terlupa terus status dipegang. Rasa nak sekeh kepala anaknya itu tapi bila teringat kata-kata Adelia yang menghalang disabarkan hati. Adelia nak segalanya biarlah waktu yang tentukan hala tuju mereka. Maria masih tidak berterus-terang tentang perihal Nik Pasha yang bersungguh benar nak berpisah dalam masa enam bulan ini. Dia tidak mahu Adelia berkecil hati dan menjauhkan diri dari mereka sekeluarga. Nantilah dia slow talk tapi waktu semakin meninggalkan mereka. Suntuk sangat..


Auntie,Wina balik dulu ye!” ujar Darwina riang. Selamba je mereka berdua bersilang tangan. Mesra..


Jemput minum petang dulu dengan kami sebelum balik.” ajak Maria. Hormat tetamu.


Eh,tak apalah Wina kurang makan kek coklat ni takut gemuk.” gedik je Adelia mendengar kata-kata Darwina. Takut gemuk..tak boleh blah la minah ni. Meluat pulak.


Okay,bawak kereta tu elok-elok. Jalan tengah jem ni.” nasihat Maria sekadar berbasa-basi.
Darwina mengangguk mengerti nasihat bakal mertua. Hehe..sayang bakal menantu ek..kembang hati Darwina.


Bye,Darwina!” Adelia senyum plastik. Nik Pasha di sebelah Darwina nampak terkaku saja, kenapa ye? Eh,macam biasalah mana suka aku balik ke rumah ini. Diakan terlalu bencikan aku. Isu lama...Adelia malas nak ambil pusing.


Nik Pasha terpempan melihat penampilan Adelia pada petang itu. Terlalu cantik nampak macam model muslimah pulak. Teringat iklan shampu yang memperkenalkan wanita bertudung sebagai model mereka. Dengan gaya tudung begitu trendy. Nik Pasha terpanar.


Jom,sayang!” Darwina selamba menarik tangan Nik Pasha apabila melihat Nik Pasha bagai terpukau melihat Adelia yang begitu cantik dengan busana serba kuning. Darwina juga kagum melihat gadis bertudung begitu bergaya. Tapi..hatinya cemburu melihat Nik Pasha memberi perhatian pada perempuan itu. Ish,mana boleh isteri orang pulak tu.


Adelia sekadar menjeling tangan merpati dua sejoli itu bertaut. Maria membuntang matanya pada Nik Pasha. Siap memberi amaran melalui pandangan mata tidak menyukai perbuatan Darwina yang agak melampau. Iyelah,suka hati nak pegang suami orang. Adelia menggelengkan kepalanya supaya mama tidak terlalu exposed perasaaannya. Jangan mama! Dalam hati.
Nik Pasha pula macam kerbau dicucuk hidung menurut saja langkah Darwina...


Adelia bermalam di rumah mama malam ini selepas dipujuk berkali-kali. Nasib baik esok dia bercuti selama tiga hari. Kalau difikirkan Adelia kini berasa berat hati jika nak bermalam atau keluar masuk ke rumah ini sesuka hati seperti dulu-dulu. Nak melepaskan rambutnya di dalam rumah ini pun Adelia berasa tidak patut. Seakan ada dinding besar menghalang dirinya untuk bergaya bebas. Nik Pasha walaupun seorang suami kepada dirinya tetapi seorang yang asing. Akhirnya,Adelia keluar dari bilik dengan bertudung ekspress saja. Mudah. Selepas makan malam Adelia berkurung di dalam bilik yang telah dihuni sejak zaman remaja lagi. Masih tema pink and girlish. Kalau tidak kerana tekaknya yang haus tak ada makna nak keluar dari bilik. Baik berkurung layan facebook dari bertembung dengan mamat frozen aka stone tu. Nama baru..iyelah sekarang ni suaminya dah tak macam dulu waktu zaman remaja yang suka sangat cari pasal dan bertekak dengan dirinya. Nik Pasha kini tak banyak cakap tapi kalau dah buka mulut masih tetap berbisa dan menyakitkan hati. Teringat peristiwa di kafe. Huh..Walaupun Nik Pasha tak banyak cakap dengan panahan mata dan gerak-gerinya bikin hati Adelia dibuai sesuatu. Nik Pasha nampak berkarisma dan misteri. Laki siapa? Laki aku jugakkk..


Adelia turun dari tingkat atas ke dapur. Satu rumah dah bergelap. Semua dah masuk tidur. Adelia suka hati. Percentage nak bertembung mamat frozen tu tipislah. Haha..siap gelak dalam hati. Tapi..ternyata sangkaan Adelia meleset Adelia mendengar ada orang sedang berbual di dapur. Macam suara mama dan papa je. Tak tidur lagi ke?! Hehe..kalau kejutkan mereka pun best jugak. Adelia dah sedia nak sergah tapi..


Macam mana ni bang? Pasha tetap nak bercerai. Bila Helmi balik Pasha cakap nak jumpa peguam syarie. Nak bincang pasal perceraian.” beritahu Maria dengan wajah gusar. Nik Nazrin yang sedang mengopi memandang isterinya yang kalut. Rasa menyesal bertandang di hati Nik Nazrin bila teringat kembali keputusan mereka mengahwinkan budak bertuah dua orang itu. Dahlah kahwin tak seperti orang. Seorang ke barat seorang ke timur. Enam tahun berlalu sia-sia saja. Kahwin atas nama saja. Nik Pasha siap bawak girlfriend balik dari abroad lagi. Bila melihat kedua budak bertuah itu waktu makan malam tadi mereka tak nampak langsung macam suami isteri. Macam baru bertemu lagaknya. Hai..Nik Nazrin mengeluh.


Nak buat macam mana Mar! Semua dah terjadi..” ayat macam copy dialog Mail dalam animasi Upin dan Ipin je. Maria geram dengan kata-kata suaminya. Nampak sudah mengalah.


Takkan nak biarkan mereka bercerai,bang!” Maria tak puas hati.


Habis,Mar nak buat macam mana? Kalau Pasha dah nekad nak dipaksakan macam mana lagi. Budak tu dah besar panjang. Nak paksa-paksa macam zaman remaja dulu? Dah tak boleh dah Mar. Silap haribulan Pasha putuskan hubungan dengan kita. Pasha tak balik sepanjang dia study pun Mar tak boleh nak tahan ini kalau budak tu bawak diri. Boleh ke hadap?” ujar Nik Nazrin panjang lebar. Kasihan Adelia jadi mangsa keadaan. Sikit masa lagi dah jadi janda to be. Menyesal buat anak perempuan orang jadi macam ini anak teman baik sendiri pulak tu. Nak dijelaskan pada Helmi macam batu besar menghempap dikepala. Berat.


Mar,menyesal bang! Mar sayang Yaya. Jangan kerana mereka bercerai Yaya jauh dari kita bang. Tak sanggup Mar!” Maria mula menitiskan air mata.


Nak menyesal dah tak guna dah Mar! Tak pasal-pasal pasal anak kita buat anak kawan baik kita sendiri jadi janda.” sindirankah itu? Lagi buat Maria menangis tersedu-sedan.


Adelia..terkedu. Bercerai? Oh..begitu rupanya. Janda to be lah aku nanti ye. Nak menangis rasanya macam tak ada air mata nak menangis. Lebih kepada terkejut. Tak sangka Nik Pasha sudah membuat perancangan yang teliti. Hala tuju hubungan tiada makna ini telah ditetapkan oleh Nik Pasha. Lagi enam bulan lebih kurang kerana ayah akan balik dalam tempoh tersebut. Adelia berpaling. Tak jadi nak membasahkan tekak. Tekak kering lantaklah..hatinya yang dah kering sekarang ini. Berpusing 360 darjah. Sekali badannya terus terkaku. Nik Pasha berada di belakangnya sudah berapa lama ye? Cukupkah masanya ketika mama dan papa berbual dari tadi. Tajam saja pandangan mamat frozen tu. Dengarlah tu kot! Adelia cepat-cepat beredar tanpa menghiraukan Nik Pasha yang teramat dekat dengan dirinya kini. Siap boleh bau haruman Georgio Armani lagi. Lelah pulak Adelia rasakan ketika ini..

Bab 11: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Adelia pantas berjalan ke arah Farmasi di tingkat tujuh. Ada ubat pesakit discharged yang perlu diambil dengan segera. Sampai je di farmasi, Adelia lantas mengambil ubatan dan memeriksa setiap ubatan yang diberi adalah betul supaya tidak berlaku kesilapan. Semasa nak verify kesemua jenis ubat tiba-tiba pintu farmasi dibuka. Adelia terpempan. Mak aii..ramainya manusia semuanya mengenakan kot berwarna putih. Ada seorang lelaki mengetuai mereka Adelia kenal lelaki itu doktor pakar Medikal Dr Amran. Adelia yang seorang di ruangan itu menjadi mangsa pandangan setiap manusia di situ. Adelia naik segan. Dr Amran tersenyum kepadanya dan menerangkan mereka semua itu adalah doktor baru yang juga baru melaporkan diri di hospital untuk memulakan posting housemanship. Dr Amran membawa kesemua anak buahnya untuk di orientasi tentang persekitaran hospital di mana jabatan farmasi,jabatan makmal,jabatan radiologi dan lain-lain jabatan supaya mereka semua tahu. Tak adalah nanti terkial-kial tak tahu mana tempat nak dituju bila mula bertugas nanti. Adelia baru faham dan lantas tersenyum. Senyuman Adelia membuatkan ramai para doktor lelaki membalas senyum sama. Yang perempuan cuma memandang tanpa riak. Yang lelaki pula ramai yang bersetuju di dalam hati mereka mengatakan betapa cunnya nurse yang berada di hadapan mereka. Terlalu cantik. Adelia cepat-cepat tandatangan helaian preskripsi ubat. Segan bila mejadi tumpuan orang. Dengan senyum segan Adelia keluar dari Farmasi melalui ramai-ramai manusia berkot putih itu. Menunduk je. Malu siot! Dah nak lepas dari mereka semua tiba-tiba mata Adelia boleh pula tertancap pada seseorang yang juga berkot putih. Rasa nak pengsan sedar balik bila tengok lelaki smart giler tidak jauh dari tempat dia berdiri. Nik Pasha! Oh Tuhan..Kenapalah lelaki itu berada di situ juga. Oh..Adelia terkejut lagi apabila melihat Darwina juga berada di situ. Melantun deras jantungnya berdegup kencang tatkala Adelia menatap mata Nik Pasha yang begitu tajam melihat dirinya. Serius wajah Nik Pasha. Nampak tak suka dengan pertemuan mereka. Darwina pula sedang tersenyum ke arahnya. Adelia tarik nafas. Hadap je la. Dengan berani Adelia berhenti di hadapan Darwina. Nik Pasha berada di sisi Darwina di pandang sekilas.


Hai,Darwina! Dapat posting di sini ye. Selamat bekerja ya!” Tegur Adelia dengan senyum dibuat-buat ceria. Darwina kelihatan gembira melihat dirinya tidak seperti Nik Pasha yang nampak sangat tidak suka. Hai..Adelia mengeluh. Dalam banyak-banyak hospital kenapalah hospital ini juga jadi pilihan mangkuk ayun dua orang ini. Terganggulah kedamaian dia bekerja di sini mulai saat ini. Bekerja sebumbung dengan Nik Pasha memang tak boleh blah langsung. Huhuhu...


Eh,awak nurse ye! Pasha tak cakap pun awak nurse. Sama hospital pulak tu.” ujar Darwina terkejut melihat Adelia boleh berada di situ. Darwina melihat Adelia begitu cantik memakai uniform nurse begitu terletak mengikut bentuk badan. Cantiknya..puji Darwina dalam diam.


Pasha tak tau apa-apa pun pasal saya. Habis SPM masing-masing buat hal sendiri.” beritahu Adelia selamba. Apa yang dia tahu pasal aku? Langsung tidak mahu ambil tahu. Aku sibuk isi borang SPA 8 dia sibuk mohon IPTA dan A Level. Aku langsung tiada tersenarai dalam hidup dia. Adelia perasan Nik Pasha macam tak puas hati bila dia berkata begitu. Eh,tak payahlah nak sentap memang betul pun. Duduk oversea bertahun-tahun ada nak tanya pasal aku? Sihat ke? Sakit ke? Hidup ke? Dah tiada ke? Ada? Ada?!! Haram tak ada. Jadi jangan nak pandang tak puas hati kat aku macam tu. Adelia pandang ke tepi malas nak pandang Nik Pasha dikala ini. Wajah tanpa riak Nik Pasha memang buat dia meluat tahap gaban. Macam aku kisah sangat!


Yeke?! Awak kahwin Pasha tak tau ke?” soal Darwina hairan.


Entah..” Adelia jungkit bahu. Banyak tanya betullah minah sorang ni. Adelia boring dengan sikap Darwina yang suka sangat bertanya tentang hal dirinya. Kalah wartawan Melodi. Kang aku terus terang aku ni siapa pada mamat frozen ni baru ternganga langsung tak boleh tutup mulut gamaknya nanti. Jangan cuba uji kesabaran aku. Sekarang tahap boleh di bincang lagi.


You..Dr Amran dah pergi ke tempat lain tu. Tak payah nak borak dengan nurse ni.” Nik Pasha mencelah dengan suara dingin. Sombong giler. Darwina sengih. Para doktor yang ramai-ramai tadi dah jauh meninggalkan mereka. Adelia telan liur, kesat pula dia rasakan dengan patah perkataan Nik Pasha.


Saya pergi dulu ye.” tanpa memandang kedua orang itu Adelia melangkah laju. Kurang ajar betullah mamat sengal ni. Memang perangai tak pernah nak berubah suka sangat sakitkan hati aku. Hangin je Adelia rasakan kini. Lantaklah Darwina nak kata apa bila melihat dia beredar macam tu aje. Tak ada nak toleh-toleh ke belakang straight je berjalan. Hati panas.


Air cond yang sejuk giler kat wad kelas pertama langsung tak dapat nak sejukkan hati Adelia yang panas. Sikap Nik Pasha memang selalu buat dia sakit hati. Ingat nak buat derk...je tapi tak dapatlah. Apa nak buat ye?! Buat tak tau ke?! Hai..Adelia mengeluh. Keluhan Adelia dapat didengari oleh rakan sekerjanya Edlin.


Kau ni kenapa? Follow Mr Adzreil tadi ada yang dia tak puas hati ke? Kene marah?” Soal Edlin cuba meneka keluhan Adelia tadi berpunca dari doktor pakar bedah Orthopaedic yang paling muda di hospitalnya. Surgeon Orthopaedic itu sememangnya seorang yang terlalu cerewet. Mana tau Adelia free kena marah hari ini. Mamat tu memang suka marah-marah orang mentang-mentanglah dia surgeon. Nama je lelaki tetapi kesukaannya adalah marah-marahkan orang. Macam perempuanlah pulak! Kalau perempuan fahamlah jugak ada masa hormon tak menentu. Lelaki pun ada PMS ke?!! Oh,tidak..


Taklah,ada hal lain tadi. Terjumpa kawan satu sekolah kat farmasi tadi.” Ujar Adelia. Dia tak bohong memang Nik Pasha kawan satu sekolah walaupun sebenarnya seorang suami. Takkan nak bercerita pulak. Mustahil tu nak bercerita tentang diri sendiri. Confidential.


Oh..aku ingat kena marah dengan doc encem tu.” Seloroh Edlin.


Mamat sengal tu kau cakap encem memang tak boleh blah la kau ni. Asyik nak marah orang tak ada maknanya nak encem tau. Atuk kawan mak sedara aku lagi encem tau.” Adelia tergelak. Sukanya dapat mengutuk surgeon berlagak tu. Sama spesies dengan makhluk Tuhan paling poyo siapa lagi kalau bukan Nik Pasha. Masih berbaki lagi kemarahannya dengan Nik Pasha. Mr Adzreil itu pun satu jugak perosak mood kerja pagi-pagi kat wad dengan sikap sarkastik aka bad temper yang very bad sangat kalah orang yang ada masalah hormon. PMS memanjang tak faham aku.


Encem apa! Hari-hari kena marah pun tak apa kalau encem macam Orlando Bloom. Hadap je la.” balas Edlin macam tak setuju dengan kata-kata Adelia. Mr Adzreil tu hensem giler siapa-siapa pun akan terpikat walaupun very serious and moody type person. Cair hatinya melihat Mr Adzreil setiap kali membuat round melihat pesakitnya di wad.


Uii.. tak ada makna nak hadap 'bad temper' macam tu. Silap-silap kaki pukul. Kau nak ke orang macam tu. Tak pasal-pasal pergi kerja dapat make up free biru sana biru sini. Nak ke?!!” Adelia sengaja menakutkan Edlin yang nampak begitu 'admire' dekat surgeon bad temper tu. Hensem tak guna kalau hati tak hensem. Macam..mangkuk ayun tu.


Takkanlah..” Edlin masih menyangkal. Tak setuju.


Whatever..! Aku nak settle report ni. Kau buat O&G aku buat Ortho report. Medical nanti kite divide,okay!” Adelia malas nak bercakap pasal surgeon tu lagi. Malas. Bila diingatkan balik sewaktu dia ikut surgeon muda itu melihat pesakit pagi tadi Adelia mula berasa bengang. Mau tak bengang! Tadi dia dah selamat kena sound direct dengan surgeon tu depan pesakit tanpa menjaga pride dia sebagai jururawat yang juga adalah seorang yang berkerjaya profesional seperti surgeon tu jugak. Bukan mak cik cleaner tau walaupun cleaner sekalipun still ada maruah tapi selamba je sound-sound orang. Macam bagus! Mr Adzreil marah kenapa nurse tidak menguruskan quotation implan awal-awal dengan pesakit sedangkan pesakit hendak di bedah keesokan harinya. Hangin satu badan! Kerja aku ke? Itukan kerja doktor kenapa tak tanya doktor HO ( Houseman Officer ) yang incharged pesakit tu tapi tanya aku pulak! Hai..saja nak marah nurse. Yang Houseman incharged boleh pulak buat muka derk..Adelia dengan muka selamba bantailah balik surgeon yang eksyen melampau ni..


Sorry bos! Kalau pasal quotation bukan kerja doc ke? Kami nurse just follow up dengan pesakit tentang bayaran implan dah settle atau belum dan mintak copy statement pembayaran yang telah dibuat untuk dihantar ke OT ( Operation Theatre ). Lagipun yang deal tentang implan apa yang nak dibeli dengan supplier cuma doc je yang boleh uruskan. Nurse tak de qualification untuk itu bos. Kalau nak saya buat saya kena jadi doktor dululah.” panjang lebar Adelia berkata dengan nada suara lembut tapi tegas mematahkan urat sendi surgeon sengal di hadapannya dengan riak wajah berani siap tersenyum manis lagi. Hambik kau! Ingat aku nurse tak boleh nak fight. Kalau betul kerja nurse dah lama aku buat. Terdiam para doktor yang ada di situ. HO yang incharged pulak dah menyorok kat belakang HO yang lain. Tau takut..Mr Adzreil pandang Adelia tak berkelip. Ada riak tak puas hati tapi depan pesakit takkan nak tunjuk kot. Akhirnya surgeon tu cuma boleh berkata..


Oh..i see..” ayat cover line. Takut pridenya jatuh Mr Adzreil buat-buat bertanya tentang keadaan kaki pesakitnya. Adelia mencebik. Tau pun kau..jangan nak sombong sangatlah. Nak cari pasal je kerjanya ingat nurse ni punching bag ke suka-suka hati nak marah-marah. Adelia buat muka steady. Depan orang-orang profesional ni kena tunjuk profesional jugak kalau menggelabah lagilah dia orang tak respect. Ingat nurse bengap ke? Nurse pun ada diploma tau bukan sijil-sijil lagi macam zaman tok kadok dulu-dulu. Nak up sikit dah boleh buat degree. Nak up lagi Master pun boleh. PHD pun adala..Jadi jangan pandang rendah pada nurse okay. Tak ada nurse doktor patah kaki tau. Ibarat irama dan lagu tak dapat dipisahkan tau. Surgeon sengal tu langsung dah tak pandang Adelia. Bertanya apa-apa tentang pesakit semua dengan Houseman dan MO ( Medical Officer – up sikit dari HO ) dia je. Apa merajuk ke? Ngeee..


Adelia menapak ke kafe. Cari nasik tengah lapar giler ni. Sampai je kat kafe Adelia boleh pulak ternampak dua ekor merpati sejolilah sangat. Berdua seperti selalu. Adelia buat muka selamba dan yang penting buat-buat tak nampak dan perasan mereka berdua ada di situ. Agak-agak dia orang perasan tak? Ah..lantaklah buat tak tahu je dan buat tak nampak yang penting. Adelia beratur membeli nasi ayam betul-betul berdekatan dengan meja mereka berdua itu. Kan main bergelak ketawa apa yang lucu tak tau. Meluat pulak Adelia dibuatnya.


Eh,you..Adelialah!” Darwina baru perasan Adelia sedang beratur membeli nasi ayam berdekatan dengan mereka. Nik Pasha menoleh kelihatan Adelia berdiri tidak jauh dari mereka sedang beratur membeli makanan. Nik Pasha perasan ada dua,tiga lelaki yang berada berdekatan dengan Adelia tengah mengushar isterinya. Huh..budget popular pulak minah ni! Tak senang hati Nik Pasha melihat isterinya yang kelihatan seperti magnet selalu menarik perhatian orang terutama lelaki. Hatinya berdetak semacam bila melihat teman-teman seangkatannya yang baru nak mula posting di hospital ni duk sok sek sok sek bila melihat Adelia di farmasi pagi tadi. Terdengar jugak beberapa ayat..


Cunnya..”


Cantik giler..”


Nik Pasha tiba-tiba jadi bengang. Itu yang dia pandang Adelia macam nak telan je tadi. Kenapalah dia boleh pulak bekerja satu tempat dengan perempuan itu. Ingat boleh lari dari fikirkan perempuan itu dan fokus pada kerjaya dan awek tercinta. Ini macam impossible je..


I nak panggil Adelia datang sinilah.” tiba-tiba Darwina berkata. Nik Pasha pandang Darwina pantas.


Buat apa nak panggil dia. Tak payahlah!” Nik Pasha tak setuju. Hatinya tak keruan kalau Adelia datang ke tempat mereka mau hatinya lagi penasaran.


Why not! I tak puas borak dengan dia lagi ni. I rasa dia seorang yang interesting mana tau boleh buat kawan. Ajak shopping ke apa ke? Lagipun dia rapat dengan famili you. Kalau I rapat dengan dia mesti mama you suka dengan I nanti.” kata Darwina panjang. Adelia boleh jadi orang tengah untuk merapatkan silatulrahim di antara dia dan mama Nik Pasha. Usaha untuk menambat hati bakal ibu mertua. Hehe..strategi memenangi hati mertua. Bijak tak?!!


Buat apa?! Tak payahlah. I tak suka you rapat dengan dia. I tak suka dia.” Nik Pasha tak suka Darwina rapat dengan Adelia. Nak mampus kalau perempuan tu buka mulut bercerita yang mereka sebenarnya suami isteri tak ke naya. Perempuan itu bukan boleh dipercayai.


Kenapa you nampak benci sangat dengan Adelia ye?” Darwina hairan. Dia perasan Nik Pasha tidak pernah bercakap dengan Adelia sejak mereka pulang dari abroad lagi sewaktu di rumah keluarga Nik Pasha. Sekarang bila Nik Pasha cakap yang dia tidak suka dengan Adelia buat Darwina tertanya-tanya.


Don't ask why! I don't like her since she came into my life.” ujar Nik Pasha. Kata-katanya adalah benar memang dia tak suka langsung dengan kehadiran Adelia. Tidak tahu kenapa mungkin kerana dulu Adelia seorang yang gemuk dan bimbo agaknya. Kali pertama melihat Adelia tiada yang istimewa malah Adelia yang dilihatnya seorang yang kelam-kabut,cepat menggelabah dan tidak menarik langsung.


Kebetulan Adelia yang baru selesai menapau makanan yang dibeli boleh pulak terdengar kata-kata Nik Pasha yang agak kuat melawan segala suara-suara orang di kafe ketika dia melalui meja yang diduduki oleh mereka berdua itu. Terkedu Adelia dibuatnya. Darwina juga terpandang Adelia yang berada dekat dengan mereka dan Darwina tahu Adelia pasti terdengar kata-kata Nik Pasha. Darwina pandang Adelia dengan wajah bersalah sangat-sangat. Nik Pasha menoleh ke belakang bila melihat Darwina pandang dia semacam. Mungkin pandangan itu bukan untuknya tapi untuk siapa? Nik Pasha berpaling dan terkejut melihat Adelia berada betul-betul di belakangnya. Terdengarkah perempuan itu?


Adelia menyirap dan tersirap. 'I don't like her since she came into my life' ayat pematah hati betullah mamat ni. Memang betul-betul Nik Pasha la as usual. Nak tersentap atau tak ni? Bukankah selama ini kau memang tahu lelaki itu memang membenci. Bukan isu baru tu! Jadi buat selamba badak gajah je la. Adelia cuma jungkit kening siap buat double jerk. Ada aku KISAH!!!!! Adelia senyum sinis dan dengan penuh bergaya berjalan melintasi mereka. Konon tak terkesan dengan statement paling menyakitkan hati oleh Nik Pasha. Jauh dari mereka baru Adelia mula berasa sayu. Feelinglah pulak...ingat nak kebalkan hati kebaskan jiwa. Biar jangan ada rasa apa-apa tapi kenapa nak menangis je ni.


Hai!” tengah sibuk melayan sendu tak bertepi tak bertengah ada pulak mamat menegur. Betul-betul masa yang salahla brader..nak kena hempuk apa! Adelia buat tak tahu langsung malas nak pandang. Tengah emo ni..jangan cari pasal! Adelia bersabar menunggu lif.


Hai,awak awek motorbike hari tukan?” soal mamat itu tak putus asa. Adelia yang panas bertambah panas. Apa yang hebat sangat kalau naik motorbike? Zaman sekarang perkara macam tu bukan perkara barulah. Adelia dah siap sedia nak bagi jelingan maut. Sekali dia tak jadilah pulak bila mamat Ducati Monster rupanya. Sebab motorbike kau yang superb itulah yang buat aku tak jadi nak hangin. Adelia senyum. Dalam hati betullah tu..sayalah awek motorbike yang cool tu. Walaupun sekarang radiator hati tengah meluap-luap panas. Menggelegak tahu...


I really admire at you..” wah..direct giler mamat ni terus shoot apa yang nak dikata. Cool giler..amazing! Adelia pandang dengan mata membulat tapi kelihatan amat comel sekali. Terkejut siot! Tiba-tiba ada mamat buat confession kamikaze depan aku cakap admire kat aku yang tak cun ni mana tak terkejut sakan. Ke..aku salah dengar.


Hah! ap..apa..” salah dengar kut..


Saya cakap...saya admire betul dengan awak.” hah! Amik kau..very clear statement, paling berani yang pernah dia dengar setakat ini. Baru terjumpa sekali terus admire kat aku. Wah..


Pardon me” macam tak percaya pulak. Adelia buat muka confused. Mamat tu tergelak.


Awak memang supercute macam ni eh..” mamat tu gelakkan Adelia yang buat muka confused tapi cute pada pandangan matanya. Rasa nak gosok-gosok kepala Adelia pasal cute sangat.


Hah!” Adelia confused lagi. Cute? Admire? Okay..


Actually,awak kenapa ye?” tanya Adelia. Apa mahu mamat ni sebenarnya?


Kenapa? Apa? Saya admire kat awak je..itu je..awak lain. Itu yang buat saya nak kenal awak. Erti kata lain I want to know you more. Friend?” salam dihulur kepada Adelia dan Adelia terpempan. Nak balas ke tak ni? Hm..


Saya tak salam orang bukan muhrim saya. Sorry ek..no heart feeling! Nak kawan? Sure..nice to meet you,friend!” Adelia senyum. Dia perasan dah dua lif dah terlepas pasal berborak dengan mamat ni. Kan main aku ni tak padan dengan isteri orang. Menggedik dengan jantan ni kenapa? Adelia tiba-tiba susah hati bila teringat status diri. Rasa bersalah kerana hatinya agak tercuit juga melihat mamat di hadapan yang kacak dan supercool giler. Adelia sempat menilik wajah lelaki di hadapannya yang ada iras-iras Vic Zhou dalam drama Taiwan Mars. Rambutnya agak panjang sampai ke pangkal leher nak cakap panjang tak nampak panjang. Rambut hadapan menutup dahi. Mungkin sebab potongan rambut layer kot. Boleh pulak mamat ni berfesyen rambut macam ni ek. Dia ni kerja apa? Pakai kemas siap dengan kemeja dan tie tapi rambut macam tak lulus je nak kerja pejabat. Apa yang pasti mamat ni handsome giler nak-nak masa dia dengan Ducati Monsternya tu. Adelia boleh imagine bila mamat ni pakai kelengkapan menunggang motorbike siap dengan jaket dan helmet fullface kat tangan dengan potongan rambut dan wajah kacak macam tu. Hai..gerenti awesome giler...


Awak ada facebook. Saya nak add.” siap buat keluar Iphone 4s dari poket. Adelia sengih. Sempat tu. Kalau nak mintak nombor phone kirim salam je la. Takkan aku bagi. Facebook tak pe.


Awak taip Adelia Qaireen je. Nanti saya add awak.” beritahu Adelia. Takpe buat tambah friends dalam facebook. Hehe..setakat ini Adelia dah ada kawan hampir 200 orang itupun yang betul-betul dia tahu dan kenal. Kalau saja-saja tu kirim salam je la. Tak pasal-pasal ada stalker nanti kang.


Ok..okay!” mamat tu pantas menaip sesuatu di Iphone kemudian ditunjuk kepada Adelia.


Yang ini ke? Ada pic awak dan motorbike awak nikan.” mamat tu masih tunjuk skrin iphone 4s nya kepada Adelia. Cutenya gadis ini dengan tudung lilit, pakai jaket kulit kaler merah dan Kawasaki ER6N kaler putih. Tersenyum manis. Itu yang buat dia susah nak lupa. Bila berjumpa buat kali kedua terus dia approached. Mana tau ada jodoh,mana boleh lepas!

Gadis itu nampak lasak tapi masih feminine bukan tomboy. Raut wajah pula terlalu cantik. Dia perasan sejak mereka berborak di depan lif ini banyak mata-mata lelaki mengushar gadis itu tanpa segan siap tersenyum meleret-leret. Ish..tak boleh jadi ni.


Lama borak lupa nak perkenalkan diri,saya Irfan Farel” Irfan memperkenalkan dirinya. Adelia senyum saja. Irfan terkesima melihat Adelia senyum. Manisnya...Irfan dah terjatuh hati ni...


Oh,nice name! Saya kena cepat ke wad ni. Banyak kerja lagi tak siap.” ujar Adelia bila teringat banyak kerja lagi kena settle sebelum shiftnya berakhir pukul 2 petang nanti. Nak passover lagi. Sudahlah banyak lif terlepas pasal berborak dengan mamat cool kat depan dia ni. Pasti Edlin bising kena handle wad seorang diri. Tadi jururawat masyarakat dengan PPK pergi hantar pesakit ke jabatan x-ray tinggal Edlin seorang saja di wad. Takut minah sorang tu kelam-kabut pula melayan kerenah pesakit yang berkelas satu tu.


Okay,nanti kita chat kat FB ye.” Irfan tersengih. Gembira betul hatinya dapat berkenalan dengan gadis cantik di hadapan.


Adelia sekadar senyum ke arah Irfan tetapi tak lama senyuman mekar dibibir bila terlihat kelibat dua orang yang Adelia menyampahlah sangat. Siapa lagi kalau bukan Nik Pasha dan Darwina. Kebetulan lif sampai Adelia terus masuk diikuti Irfan. Nik Pasha,Darwina dan beberapa pelawat hospital juga memasuki lif yang sama. Bersesak. Adelia menekan lif di tingkat lapan. Irfan di tingkat empat. Terlintas difikiran Adelia sejenak tentang Irfan disebelahnya. Kerja apa mamat ni? Adelia sempat menilik kemudian dia nampak Irfan tersenyum ke arahnya siap mendekatkan wajahnya ke arah Adelia. Terkejut juga Adelia dengan perbuatan Irfan yang tiba-tiba itu. Rapat sangat wajah Irfan dengan wajahnya. Mata Irfan pula romantis mencari anak mata Adelia. Milking dah ni..tolonglah..


Saya MO Anaest.” bisik Irfan ke telinga Adelia. Lantas Adelia tersengih comel pandai betul mamat cool ini meneka apa yang berlegar difikirannya kini. Oh..doktor rupanya tapi cool giler tak skema pun siap berambut panjang lagi. Kalau pengarah hospital nampak ni mau kena tindakan tatatertib. Mungkin bekerja di dalam kamar OT dengan OT suit siap kena pakai cap yang menyembunyikan rambut membuatkan lelaki itu terlepas agaknya. Mungkinlah..


Adelia bagai tidak perasan pula yang dirinya sedang berada di dalam lif bersama dengan Nik Pasha. Kelakuan Adelia dan Irfan menjadi perhatian Nik Pasha di dalam diam. Nik Pasha terasa sesuatu..


Sesampai di tingkat empat Irfan berbisik lagi maklumlah di dalam lif itu crowded dengan orang. Nak bercakap direct mungkin menarik perhatian orang memandang ke arah mereka. Oleh kerana itu, Irfan lebih suka berbisik dengan Adelia. Sebenarnya Irfan suka begitu..ada gatal sikitlah bila tercium bau Adelia yang harum. Pakai minyak wangi apa agaknya?


Saya pergi dulu ye! Bye!” bisik Irfan ke telinga Adelia sebelum keluar dari lif. Kelakuan Irfan dapat dilihat oleh Nik Pasha. Terketap bibir Nik Pasha secara tiba-tiba. Panas..

Tuesday 15 May 2012


Bab 10: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Dari sofa di ruang tamu Nik Pasha agak tergamam melihat Adelia baru turun dari tingkat atas. Penampilan Adelia yang buat Nik Pasha tergamam. Rugged giler! Tak padan bertudung.
T-shirt putih Hard Rock Cafe ikut badan di padan dengan jaket kulit kaler merah. Seluar jeans skinny kaler biru hitam. Tudung lilit dengan corak bunga pink,hijau dan kuning. Ceria dan sweet je kaler tudung tu. Baju,jaket dan skinny jeans nampak cool dan awesome terletak dibadan Adelia. Perempuan itu begitu pandai bergaya kini. Terlalu cantik membuatkan Nik Pasha terpanar dengan keindahan ciptaan Tuhan. Menarik. Tertarik. Sempat mata Nik Pasha melihat Adelia membawa sebuah Helmet fullface dan tanda tanya bermain dibenak Nik Pasha, Motor? Itu yang berada difikirannya sekarang.


Kak,nak balik ke?” soal Nik Airil siap bangun dari sofa sempat pula menjeling abang sulungnya yang tidak berkelip melihat kakak iparnya. Huh..Baru tau siapa kakak ipar Aril! Nak compare dengan Darwina tu tak dapat der..nak challenge! Kutuk Nik Airil di dalam hati.


Haah,esok akak kerja pagi. Direct sampai Ahad.” beritahu Adelia sebab kenapa dia harus pulang awal ke rumah sewanya. Tidak bermalam.


Nak balik dah Yaya?” Soal Maria yang baru keluar dari dapur lalu pergi mendapatkan Adelia. Lantas dipeluk menantunya dengan mesra. Nik Pasha pandang tanpa bersuara. Di dalam hati betapa mesranya mereka semua dengan Adelia. Cemburu juga apabila melihat kemesraan itu. Macam orang asing pula dia di dalam rumah ini. Aku ke dia orang luar sekarang ni?! Tengok tu..berlagak betul semua orang di dalam rumah ini sayang kat dia. Huh..meluat pula Nik Pasha dibuatnya. Hilang terus kekagumannya pada Adelia sebentar tadi.


Yelah,Mama! Esok pagi kerja.” ujar Adelia dengan manja. Lantas dicium pipi Mama tersayang.


Careful bawak motor tu.” Maria memberi peringatan terhadap Adelia supaya berhati-hati. Naluri keibuan bimbang dengan keselamatan Adelia ketika merempit di jalan raya. Merempit tu..


You know me..mama! Bawak macam semut. Don't worry!” Adelia berlawak lantas tersengih. Macam semutlah sangat! 10 minutes..Gombak dan Serdang cepat je sampai. Highwaykan melambak..


Semutlah sangat kak!” Nik Airil tunjal dahi Adelia dengan manja. Adelia tergelak. Well..


Whatever..janji dengan mama bawak dengan berhati-hati. Sampai call mama.” macam semut ke?! Macam lipas ke?! Janji selamat sampai. Dah tak kuasa nak membebel tentang had kelajuan memandu dengan Adelia. Bukan nak dengar pun. 10 minit lagi..bunyilah deringan telefon cakap dah sampai. Apa lagi merempitlah si Adelia sempit.


Okay,janji! Ma,Yaya balik dulu tau.” tangan Maria disalam dan dicium. Kemudian Nik Airil pula bersalam siap cium tangan Adelia. Adik yang baik..hehe..


Kirim salam dengan papa. Yaya tak dapat nak tunggu papa balik solat dari surau. Esok kerja pagi uniform pun belum iron lagi ni.” pesan Adelia. Maria angguk mengerti pesanan menantunya itu.


Nik Pasha terangkat kening. Budak ni kerja apa ye? Uniform? Askar ke? Siap bawak motor lagi. Askar kut.. tak pun polis. Iyelah,nampak lasak je naik motor. Itu yang nampak cool je minah ni sekarang. Tak terfikir oleh Nik Pasha yang sebenarnya Adelia seorang jururawat.


Adelia pandang sekilas ke arah Nik Pasha yang sedang tekun melihat tv dan langsung tidak berpaling ke arahnya yang rancak berborak dengan mama dan Aril. Yelah..aku ni siapa? Terasa juga hatinya. Sepanjang keberadaannya di rumah ini lelaki itu langsung tidak berkata apa-apa pun terhadapnya. Nak memerli dan bertekak seperti dulu-dulu memang taklah. Nak tanya khabar secara baik-baik jauh sekali. Sombong giler. Hm..bawak dirilah kalau macam ni..bawak diri balik rumah. Ngeeee..


Sebentar kemudian terdengar deruman motosikal berkuasa besar keluar dari perkarangan rumah. Nik Pasha nak juga melihat motosikal jenis apa yang dibawa oleh Adelia tapi dia segan. Sudahnya dia 'stone' je mengadap tv. Astro Oasis tu. Bakal imam muda ni. Nik Airil yang kembali semula ke sofa..Erk!! Bakal imam muda ke abang aku ni?! Bagus! Bagus! Layan je la benda baik.


Nik Pasha tak lena tidur teringatkan budak hippo. Berubah betul budak tu sekarang. Pergi London Weight Management ke apa ni? Kurus melampau pulak dia lihat. Bentuk badan begitu menggiurkan kalah supermodel. Malah bertudung pulak sekarang. Fesyen tudung apa yang di ikuti oleh budak itu pun dia tidak tahu. Enam tahun berada di luar negara dan pulang ke tanah air inilah pertama kali dia melihat fesyen bertudung sebegitu. Cantik walaupun berbelit-belit. Terpanar melihat wajah Adelia dengan pemakaian tudung begitu. Terlalu cantik tidak perlu menunjukkan rambut ikal mayang atau blonde. Begitu indah. Tak sangka Adelia menjadi terlalu cantik sekarang. Nik Pasha tidak tahu apa perasaannya kini setelah melihat Adelia. Masihkah mahu meneruskan niatnya untuk bercerai? Nik Pasha bingung. Darwina..Nik Pasha cuba selami hatinya dalam-dalam. Cintanya pada Darwina. Ya! Cintanya hanya untuk Darwina. Nik Pasha tetapkan hati. Dia tahu apa yang membuatkan dia susah hati sekarang dan sukar untuk meneruskan niat untuk bercerai kerana tarikan fizikal yang ada pada Adelia kini. Hatinya jadi berbelah bagi. Nik Pasha nekad hasrat untuk bercerai akan diteruskan. Lagipun nanti dia akan memulakan posting housemanshipnya di hospital. Kesibukan bekerja di hospital pasti akan membuatkan dia lupa pada perempuan itu. Peluang untuk bertemu muka pasti kurang. Within six month..semuanya akan berakhir dengan penceraian. Ya,pasti..


Adelia sedang iron uniformnya. Sambil iron boleh pulak dia teringat kat Nik Pasha. Bertambah handsome pulak suaminya itu. Cair hatinya. Hm..handsome pun bukan suaminya sukakan dirinya pun. Masih tetap seperti dulu. Membenci..
Siap bawak balik awek cantik tu. Sudah tentu kekasih hati lelaki itu. Bakal doktor juga seperti Nik Pasha. Adelia sedar itu strategi halus dari Nik Pasha supaya dia sedar diri. Nak dibandingkan dengan dirinya setakat nurse je kot memang jauh bezanya. Adelia berasa rendah diri. Wake up! Fighting Adelia..nurse pun okay apa. Kerjaya yang murni juga seperti doktor kerana bekerja merawat orang yang sakit. Positive thinking.
Kalau Nik Pasha nak mengakhiri pernikahan mereka dengan penceraian Adelia redha. Adelia dah lama bersedia sebenarnya. Hm..Dahlah, baik aku tidur dari ingat suami yang tak pernah nak ingat kat aku. Gumam Adelia. Tangannya cepat iron uniform supaya cepat selesai. Mata dah mengantuk bantal dah memanggil. Nik Pasha.. Good Night!


Pagi-pagi Adelia memecut motosikalnya ke hospital. Inilah kali pertama Adelia membawa motosikalnya ke tempat kerja. Kalau bukan kerana Suzuki Swiftnya masih di pusat servis kereta, Adelia tidak akan membawa motosikalnya ke tempat kerja. Tidak sesekali. Nurse bawak motosikal berkuasa tinggi tidak pernah di buat sepanjang bekerja di hospital ini. Hatta motosikal RXZ pun tidak pernah kelihatan. Setakat Modenas, EX5, Skuter EGO ramailah yang bawak. Adelia tahu pagi-pagi macam ini yang masih gelap tidak ramai orang lagi di kawasan hospital. Memudahkan dirinya untuk bergegas ke wad. Adelia meletakkan motosikalnya di kawasan parkir motosikal yang disediakan khas untuk staf hospital. Motosikal dikunci dengan betul supaya terjamin keselamatan motosikal kesayangannya. Adelia perasan ada seorang lelaki berdiri tidak jauh darinya juga membawa motosikal berkuasa tinggi sepertinya. Motosikalnya pergh.. Ducati Monster kaler merah memang awesome gilerlah. Kagum Adelia. Lelaki itu pula terpandang-pandang akan dirinya seperti tidak percaya pula. Maklumlah nurse bawa motosikal macam ni mana pernah nampak. Apa? Salah ke? Adelia tidak ambil pusing. Dia harus segera ke wad. Lagi 20 minit hendak ke pukul tujuh. Shifnya bermula tepat pukul tujuh pagi dan dia tidak mahu lambat. Lagipun nak singgah sekejap untuk membeli sarapan di kafe. Adelia beruniform kemas berwarna putih dengan tudung bawal putih berline biru di kepala menandakan identitinya sebagai nurse di hospital kerajaan. Di badannya masih tersarung jaket kulit kaler merah. Tubuhnya nampak langsing dengan penampilan berjaket. Ditangannya pula memegang helmet fullface. Adelia berjalan. Gayanya nampak terlalu ranggi. Lelaki tadi masih memandang langkah Adelia. Nampak sangat diwajah lelaki itu kekaguman dengan gaya nurse bermotosikal berkuasa tinggi. Adelia pula menapak yakin sehingga ke kafe untuk membeli sarapan. Adelia perasan ramai staf hospital memandang pelik ke arahnya. Adelia...? Bolayan..hehe..


Selepas membeli sarapan di kafe dan punch card Adelia menapak ke lif pula. Sambil menunggu di lif Adelia sempat update status di Facebook. Check in: Hospital Serdang via Galaxy Notes. Hehe..berlagak betul nak via..via..Adelia masuk ke dalam lif. Sebelum sempat lif tertutup ada tangan seseorang dengan berani menahan pintu lif dari tertutup rapat. Hei..tak sayang tangan ke kalau tersepit? Terjenggul seorang lelaki masuk ke dalam lif. Adelia perasan lelaki itu agak terkejut melihat dia pun ada di dalam lif yang sama. Lelaki bermotosikal berkuasa tinggi tadi rupanya. Tapi..tak payahlah nak terkejut bagai macam tu. Adelia buat derk..je. Lelaki itu tersenyum ke arahnya. Adelia sekadar membalas senyum dengan nipis terlalu nipis. Setakat nak jaga hati lelaki itu dari berasa malu. Dari tepi Adelia sempat menilik sekilas lelaki itu. Nampak macam cina je mamat ni. Putih macam cina je. Cina ke?! Adelia cuba meneka. Mungkin kot! Tengok-tengok, ada macam muka siapa ye? Pelakon cina tu..Ish..aku ni sempat lagi nak menilik. Buat mamat tu perasan tak ke malu tadi berlagak sombong. Senyum macam tak nak senyum sampai mamat tu malu sendiri tadi. Okay,continue buat derk...je la! Sampai ke tingkat tujuh mamat tu keluar tanpa pandang dia pun. Malu ke? Ada aku kisah..Ngeeee...Adelia pulak bila sampai ke tingkat lapan apalagi dengan bersemangat waja untuk berkhidmat untuk masyarakat Adelia melangkah walaupun dia tahu keadaan wad pasti mencabar seperti biasa.

































Bab 9: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Motosikal Kawasaki ER6N dipandu laju. Jentera moden itu dengan laju memintas dan mencilok kenderaan yang berada di jalan raya. Motosikal itu tidak mengeluarkan banyak bunyi. Berdesup saja. Jentera moden itu dikendalikan dengan penuh kecekapan. Bukan calang-calang orang yang membawa motosikal itu pasti telah lama berkecimpung di dalam arena permotoran. Sesiapa pun tidak akan menyangka penunggang motosikal berkuasa 650cc itu adalah seorang perempuan. Malah disebalik helmet fullface dia sebenarnya memakai tudung. Penuh bergaya mengendalikan jentera moden itu ke kiri dan ke kanan. Itulah Adelia Nur Qaireen. Dia bukan lagi budak manja yang cepat menggelabah. Peredaran masa membuatkan dia berubah seiring dengan suasana persekitaran. Berubah untuk kebaikan. Dia kini menjadi seorang yang tenang dan matang.


Berderum motosikalnya masuk keperkarangan rumah mertuanya. Perlahan Adelia parking motosikalnya di hadapan rumah. Helmet full face di tanggal dan di letakkan di tempat tangki minyak. Glove tersarung ditangan di tanggalkan juga. Serentak itu dia turun dari motosikal dan bersedia untuk masuk ke dalam rumah. Di hadapan pintu Adelia nampak sepasang kasut bertumit tinggi. Siapa punya agaknya? Nak kata mama tak mungkin. Adelia lantas berlalu masuk. Mata pantas melihat sekeliling. Di ruang tamu tiada. Mungkin di ruang makan. Lantas kaki di hayun ke arah ruang makan. Kedengaran suara orang berborak dan diselang-seli dengan gelak tawa. Amboi! Happeningnya..Jealous nih! Adelia muncul di ruang makan dengan senyuman manis. Orang yang lama dia tidak jumpa memandangnya dengan muka berkerut-kerut. Silap makan apa ni kat atas flight? Macam sakit perut aku tengok. Adelia tersengih menampakkan giginya yang putih bersih bak mutiara itu. Adelia tahu Nik Pasha sekarang ni tengah berusaha untuk mengenali siapa dirinya kini. Dia dah banyak berubah. Gemuk? Aku dah kuruslah. Mama yang melihat dia tersengih datang dekat dengannya dan terus memeluk kemas. Macam aku pula yang baru pulang dari abroad. Apalah mama ni? Jealous pula Nik Pasha nanti.


Yaya ni buat mama risaulah. Cakap nak balik awal. Sekarang Yaya yang paling lambat.” Maria cubit pipi Adelia dengan geram. Adelia mengaduh sakit manja. Terpinga-pinga Nik Pasha dengan kelakuan mereka berdua. Siapa ni? Yaya? Benarkah? Tak Percaya!


Sorry mama! Kereta tak siap lagi ada nak ganti barang sikit. Itu yang lambat.” beritahu Adelia sambil memeluk bahu ibu mertuanya dengan mesra. Kehadiran Nik Pasha dia buat selamba. Tak heran pun! Bukan Justin Bieber yang datang. Kalau Justin Bieber yang cute tu tak pelah jugak. Perempuan di sebelah Nik Pasha yang konon cantik itu dia sekadar sedekahkan senyum. Lagi tak heran! Kehadiran Nik Pasha langsung tidak berbekas di hatinya lagi. Selamba Adelia menapak ke meja makan dan terus duduk berdepan dengan Nik Airil dan disebelah mamanya. Lauk pauk yang terhidang di pandang dengan wajah ceria. Semuanya kelihatan sedap dimatanya. Hm..yummy..


Papa,cepatlah baca doa makan. Lapar ni..” manja betul Adelia menyuruh Nik Nazrin membaca doa makan. Nik Pasha yang masih tidak lepas memandang perempuan di hadapannya kini sedar itu adalah Adelia. Tersasar jauh apa yang difikirkan tentang perempuan itu tadi. Berubah habis budak hippo ni. Dah kurus dan paling berubah Adelia sekarang telah berhijab. Tudung yang dipakai nampak complicated je nak pakai, berbelit-belit. Tapi..nice..


Nik Pasha banyak berdiam kini tidak seperti tadi sebelum kehadiran Adelia. Dia yang banyak bercerita tentang pengalamannya belajar di luar negara.


Ini Darwina special girlfriend Pasha.” mama memperkenalkan Darwina kepada Adelia dengan senyum manis. Nik Pasha yang melihat senyuman mamanya tahu mama sedang menyindir akan dirinya apabila menyebut perkataan 'special girlfriend'. Adelia pula kelihatan ceria siap tersengih-sengih dengan Darwina.


Hai,saya Adelia.” Adelia memperkenalkan dirinya dengan Darwina.


Adelia..cantik nama tu.” balas Darwina ramah.


Eh..nama awak pun cantik jugak. Darwina...macam orangnya.” Adelia puji melambung dengan Darwina. Tak ada niat menyindir pun. Ikhlas. Namun tidak pula diperdengaran telinga Nik Pasha. Pedas.


Pasha cakap dia dua beradik je. Adelia ni siapa ya?” soal Darwina ingin tahu. Nampak mesra siap panggil mama dan papa. Darwina sebenarnya cemburu melihat kecantikan Adelia. Walaupun berhijab Adelia masih nampak cantik malah jelita. Terlalu jelita. Pemakaian tudung yang trendy siap lilit-lilit itu membuatkan Adelia kelihatan terlalu cantik jika nak dibandingkan dengan dirinya yang tidak bertudung. Risau jika Nik Pasha akan tertarik. Tidak mustahil kerana dilihatnya kekasih hatinya tidak berkelip melihat Adelia. Siap papa dan mama gadis itu membahasakan mama dan papa Nik Pasha meninggalkan tanda tanya kuat di hati.


Ini anak angkat parent I.” cepat Nik Pasha mencelah. Dia tidak mahu sesiapa pun memberitahu kebenaran yang Adelia adalah isterinya sebenarnya. Dia tidak mahu Darwina tahu. Belum masanya lagi. Semua pandang Nik Pasha.


Kami sayang macam anak sendiri.” celah Nik Nazrin terusik dengan kata-kata anak sulung lelakinya. Pasha! Pasha! Nik Nazrin pandang Nik Pasha dengan pandangan tidak puas hati. Nanti bila Darwina balik banyak perkara hendak dibincangkan dengan Nik Pasha.


Masih single ke?” soal Darwina macam tidak puas hati. Nik Pasha yang sedang minum air nasib baik tidak tersedak. Sempat dia tahan. Kalau tak habis air tersembur ke muka mama. Darwina dia pandang pelik. Apa pasal ramah sangat ni? Siap macam nak temuduga calon menantu tanya single ke belum. Adelia dilihatnya senyum panjang dengan pertanyaan Darwina. Tenang saja wajah Adelia pada pandangan matanya lantas hati kecilnya tercuit sesuatu.


Saya dah bersuami Darwina. Dah enam tahun berkahwin.” bersahaja Adelia berkata. Nik Pasha membulatkan mata terkejut dengan statement Adelia. Nasib baik ketika Adelia bersuara dia tidak minum air atau makan kalau tidak dah tentu tersembur ke muka mama. Nik Pasha gelisah. Habislah jika Adelia beritahu Darwina tentang status mereka. Ish..budak ni tak habis-habis nak balas dendam. Ingatkan dah berubah. Benci..


Eh,ye ke! Awalnya kahwin.” Darwina tidak percaya. Kalau Adelia sudah berkahwin dia tidak perlu takut atau curiga Nik Pasha sukakan Adelia. Status berkahwin penutup jalan setiap lelaki yang teringin mencuba memikat perempuan itu. Hati Darwina lega yang teramat. Risau juga bila melihat kecantikan Adelia yang bisa mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya. Tergugat.


Dah jodoh terima je la.” ujar Adelia agak sinis kedengaran di telinga Nik Pasha.


Suami mana? Tak ikut sekali?” Darwina tidak habis-habis bertanya. Nik Pasha berpeluh sakan. Dia kini berada di red zone. Danger.


Dia baru balik dari abroad. Malas nak buat dia penat. Bagi dia rehat puas-puas.” Adelia siap menjeling Nik Pasha yang semakin gelisah. Ni ha..kat sebelah awak tu! Nak je Adelia beritahu siapa suaminya tapi Adelia tahu perkara nikah kahwin mereka bukan seperti pasangan yang lain berkahwin kerana cinta. Biarlah Nik Pasha yang mulakan segalanya. Jika berakhirnya perkahwinan mereka. Adelia dah lama redha.


Okay,sesi suai kenal karang-karang je la. Aril dah lapor ni. Papa, baca doa makan please..” Nik Airil mencelah. Kasihan pula melihat abangnya yang dah macam cacing kepanasan. Takut sangat rahsia bocor. Geram tapi dengan suasana tegang di meja makan macam ini Nik Airil jadi malas. Makanan dahlah sedap belaka kalau rahsia abang bocor di meja makan tak pasal-pasal berterbangan pinggan mangkuk pulak kang. Melepas nak makan makanan sedap yang dah dihidang cantik di atas meja. Kecur air liur melihat hidangan di atas meja. Makan nombor satu gaduh-gaduh later-later ye.


Jemput makan Darwina. Ini semua makanan kesukaan Pasha. Yelah,dah lama benar tak balik Malaysia Auntie masaklah apa yang Pasha suka.” Maria menjemput Darwina supaya makan dengan senyuman manis. Nampak plastik tak? Adelia yang pandang mamanya tersengih. Lucu. Tau mamanya sedang berlakon sakan. Depan tetamu takkan nak di balun si mangkuk ayun ni pulak.


Pasha suka ketam cili tapi Wina tak suka pedas-pedas.” ujar Darwina sambil mengambil ketam dan diletakkan ke atas pinggan Nik Pasha. Sungguh memahami apa yang Nik Pasha suka dan tidak suka. Adelia sekadar pandang. Maria pandang Adelia. Nik Airil dan Nik Nazrin pula pandang mama dan Adelia. Kemudian pandang Nik Pasha dan Darwina. Dah jadi acara pandang memandang pula. Nik Pasha pula cuba kontrol diri sebaik mungkin. Acara makan-makan berlangsung dengan suasana perlahan tidak serancak sebelum kehadiran Adelia. Ada malaikat lalu ke?!!


Nik Pasha dan Darwina sedang berada di ruang tamu sedang berbual sambil mengopi. Kopi buatan Adelia yang kaw punye. Nik Pasha kelihatan begitu asyik mengopi sambil melayan Darwina dengan mesra. Maria sempat meninjau Nik Pasha dan Darwina sebentar semasa mengemas meja makan. Susah hati melihat Nik Pasha dan Darwina yang rapat tersangat tu. Bercinta bagai nak rak. Isteri sendiri buat derk..je! Betullah isteri paksa tapi isteri tetap isteri. Hormatlah perasaan isteri sikit. Maria berasa nak sekeh je kepala Nik Pasha yang lembap tu. Cakap genius! Huh..geram betul dengan anak lelakinya yang seorang itu.


Ma,apa terhendap-hendap tu?” tangan Adelia menepuk lembut bahu mamanya. Adelia tahu mama sedang mengendap pasangan uda dan dara itu. Pasha suka ketam cili! Ajuk Adelia di dalam hati. Meluat. Tapi..dalam hati je la. Siapalah dia di hati Nik Pasha dari dulu sampai sekarang...NOBODY! Nobody! Nobody! But you..siap nyanyi lagu Wonder Girl lagi. Hei..melalut betullah kau ni. Terasa ke? Entah..lain kali kena inject Lignocaine ( dalam bahasa nak faham ubat bius – Lignocaine nama ubat bius tu la )dulu kot baru kebas hati aku ni dari rasa entah apa-apa yang entah apa-apa. Kan dah terkeluar jagoan perubatan aku. Teringat pulak kat wad. Berapa patient agaknya sekarang?


Eh,Yaya! Terkejut mama..ayat klise” sempat melawak mama walaupun sebenarnya memang benar dia terkejut dengan Adelia yang tiba-tiba berada di sisi. Adelia sengih nakal.


Mama,sudahlah! Bagilah chance kat dia orang nak loving.” Adelia sengih. Kebas betul hati aku ini. Macam tiada perasaan tengok suami sibuk bercinta dengan perempuan lain. Nasib..Hm..lepas ini aku rasa dah patut aku pikir tentang diri aku pulak. Takkan selamanya nak macam ini. Mama? Harap faham. Dah anak dia tak nak kat aku takkan nak tersua-sua lagi kot! Enam tahun kot! Lama tu..orang lain ada yang dah cerai kahwin balik dalam tempoh enam tahun tapi aku tetap setia. Mungkin kerana mama. Tak sampai hati atau hati aku yang tak ada itu yang tak sampai-sampai. Lawak! Lawak! Okay,now serious..


Apa perasaan Yaya sekarang?” soal Maria sambil menarik Adelia ke dapur. Menantu kesayangan didudukkan di kerusi. Kepala Adelia diusap berkali-kali. Siap cium ubun-ubun kepala menantunya itu. Adelia sengih suka dimanja begitu. Siap membalas dengan pelukan erat. Sambil peluk mama Adelia berkata..


Hm..Tak rasa apa pun! Macam orang asing.” luah Adelia jujur. Hati dan fikiran tidak tahu nak menafsir perasaan yang sedang melanda dirinya kini. Terlalu lama bersendirian walaupun telah enam tahun menyandang gelaran isteri. Hidupnya berjalan bagai orang bujang. Nak bereaksi sebagai isteri. Tak tahu.



Bab 8: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Enam tahun berlalu...


Di KLIA. Nik Pasha baru tiba dari Russia. Kepala dijengah mencari kelibat papa dan adik kesayangannya Nik Airil. Mama awal-awal lagi memberitahu tidak dapat menjemput dia. Nak masak kata mama. Nik Pasha berdiri. Ramai perempuan di KLIA yang lalu-lalang di hadapannya terpandang-pandang. Bukan 'ter' saja malah tanpa segan silu memandang terus ke arah Nik Pasha yang handsome. Nik Pasha telah berubah banyak semakin matang. Badannya semakin segak dan tough. Tinggi. Rambutnya di dandan ala korea. Side burn yang panjang dan rambut di hadapan yang menutupi dahi tetapi di belakangnya pendek. Gaya rambut Lee Min Ho di dalam City Hunter. Smart. Bisa mencairkan hati mana-mana perempuan yang melihatnya. Mata masih tercari-cari papa dan adiknya.


Kemudian dia tersenyum lebar ketika matanya terpandang wajah yang di cari. Papa masih tetap sama cuma kaler rambut dah berubah sikit dah ada kaler putih menghiasi rambutnya. Nik Airil lagilah banyak berubah. Wajah adiknya telah jauh berubah maklumlah dah berada di tingkatan lima. Misai pun dah ada sikit-sikit. Hehe..dah besar pun adikku.


Papa.” tangkas dua beranak itu berpeluk sakan. Kemudian diikuti dengan Nik Airil. Sambil bertepuk bahu buat seketika. Masing-masing dengan wajah ceria. Gembira.


Ehem..gembira sangat sampai lupa orang kat sebelah ye!” deheman seseorang membuatkan mereka bertiga memandang terus ke arah seorang gadis cantik yang tiba-tiba berdiri di sebelah Nik Pasha. Gadis itu tersenyum manis. Nik Pasha tersengih siap menggosok belakang kepalanya. Terlupa pula buah hati seorang ini.


Siapa ni?” soal Nik Airil cepat. Tidak sabar hendak tahu siapa gadis cantik di sebelah abangnya. Cantik macam Julia Zigler.


Ini Darwina my special girlfriend.” Darwina diperkenal oleh Nik Pasha kepada papa dan adiknya dengan senyuman tidak lekang di bibirnya. Papa dan Nik Airil saling memandang buat seketika. Nik Pasha sedar reaksi itu tapi dia buat bodoh saja. Nik Nazrin tidak mahu berlama-lama lagi di situ mereka seharusnya beredar. Isterinya sedang menunggu ketibaan anak sulungnya yang tersayang. Tapi..apalah reaksi isterinya nanti melihat Nik Pasha membawa perempuan lain?


Di dalam kereta Nik Pasha dan Darwina duduk di bahagian belakang. Manakala Nik Nazrin bertindak sebagai pemandu dan Nik Airil duduk di sebelah papanya. Nik Pasha perasan papa dan adiknya berubah riak wajahnya bila dia memperkenalkan Darwina sebagai special girlfriendnya. Nik Pasha tidak peduli. Kepulangan dia ke Malaysia setelah menghabiskan pengajiannya di luar negara ada banyak perkara yang perlu diselesaikan. Perkara pertama adalah menamatkan perhubungan tiada makna di antara dia dan perempuan yang malas betul dia hendak sebut nama. Perempuan yang terlalu dia benci. Hasrat untuk bercerai akan dia beritahu kepada mama dengan segera. Pasti! Huh..macam manalah perempuan itu sekarang? Mesti gemuk sakan. Nik Pasha membayangkan rupa Adelia yang gemuk. Jelik betul! Darwina melihat perubahan mimik muka Nik Pasha yang pelik.


Kenapa ni,you?” Darwina pelik melihat telatah kekasih hatinya. Darwina siap meletakkan tangannya pada pipi lelaki itu. Nik Pasha sekadar menggelengkan kepala dan tersengih. Perbuatan Darwina di lihat oleh papa Nik Pasha menerusi cermin pandang belakang. Nik Nazrin tidak menyukai situasi yang sedang berlaku kini. Kalaulah isterinya tidak terburu-buru mengahwinkan anak dan menantunya dulu perkara sebegini tidak akan berlaku. Kasihan Adelia.


Maria pandang Nik Pasha dan perempuan cantik di sebelah anaknya dengan pandangan lama. Dia tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Hendak mengamuk atau buat tidak tahu saja. Tapi hatinya berasa tidak puas hati dengan tingkah anak. Geram dengan anak yang masih belum menerima hakikat. Nik Pasha membalas pandangan mata mamanya dengan selamba. Dia tidak kisah kerana dia tahu mama tidak akan berkata apa-apa kerana dengan adanya Darwina di situ.


Mama nak ke dapur hidangkan makan tengahari. Darwina makan di sini ya!” ajak Maria separuh hati sebenarnya. Dia sedang menunggu menantu kesayangannya pulang sejak dari tadi tetapi Adelia masih juga belum muncul walaupun Nik Pasha sudah sampai. Risau pula dengan menantu tidak sampai-sampai lagi. Naik kereta atau motor Yaya ni? Lupa pula nak call menantunya tadi. Ada rasa kesal sikit bertandang di hati. Kaki di langkah ke dapur.


Nik Pasha pula mengekor mamanya sehingga ke dapur. Ada perkara penting hendak diberitahu kepada mamanya. Tidak sabar.


Mama,Pasha ada hal nak cakap dengan mama ni.” ujar Nik Pasha sambil menarik bangku tinggi dan duduk sambil tangan diletakkan ke atas breakfast table. Maria yang sedang mengacau minuman sejuk memandang ke arah anak lelakinya. Menunggu setiap butir bicara dari Nik Pasha. Maria macam tahu saja apa yang hendak Nik Pasha cakap ketika ini.


Pasha harap mama faham ya.” belum cakap perkara utama Nik Pasha menyuruh mamanya supaya memahami apa yang hendak diperkatakan nanti. Dia tahu mamanya tahu apa yang hendak dia cakap cuma secara officialnya belum terluah lagi.


Cakap sajalah Pasha.” Maria berasa nak hangin juga sekarang ni. Tapi dia cuba menyabarkan dirinya. Dia perlu ligat berfikir sekarang. Mencari jalan.


Pasha nak bercerai.” lega Nik Pasha dapat meluahkan rasa hati. Maria tajam memandang anak lelakinya. Nik Pasha sedia menerima segala kemungkinan yang akan dilakukan oleh mamanya ketika ini. Nak kena tampar? Tamparlah..Nak kena pukul? Pukullah..Dia tidak peduli. Bersedia..


Okay.” jawab Maria ringkas bersetuju. Nik Pasha pula terkesima. Macam tidak percaya dengan jawapan ringkas mamanya. Benarkah? Begitu mudah?


Okay,mama?” Nik Pasha menyoal tidak percaya. Ingatkan nanti dia akan di hamun habis-habisan oleh mamanya tetapi tidak pula.


Okaylah.” jawab Maria siap senyum lagi. Nantilah Pasha. Jangan menyesal pula nanti. Maria sekadar berkata di dalam hati.


Thanks ma! Pasha tahu mama memahami.” gembira hati bukan kepalang. Maria pula sekadar senyum. Buat masa sekarang ikutkan rentak anaknya dulu. Lagipun anaknya baru saja pulang dari luar negara. Rindunya baru nak terubat. Kalau dia bertindak terburu-buru. Tidak mustahil dia akan kehilangan anak lelakinya. Dia tidak mahu itu terjadi. Dia harus bijak mencari solusi untuk menangani masalah di antara anak dan menantunya. Mencari jalan supaya mereka bersama. Satu strategi.


Tapi Pasha bukan sekarang. Tunggu ayah Yaya balik dari Australia dulu ye. Nanti kita bincang sama-sama. Tinggal lagi 6 bulan ayah Yaya nak balik. Pasha boleh bersabar tak?” tanya Maria lembut. Dia harus lengah-lengahkan perceraian itu dulu baru fikirkan strategi menyatukan mereka berdua. Kebetulan pula Helmi akan balik ke Malaysia 6 bulan dari sekarang. Dah penat katanya asyik bekerja di negara orang.


Kenapa tak sekarang? Sama juga bercerai sekarang dan 6 bulan lagi. Tak ada beza!” protes Nik Pasha. Dia balik ke Malaysia tujuannya satu bercerai dan teruskan kehidupan.


Kita kena pulangkan Yaya baik-baik pada orang tuanya Pasha. Kita orang melayu ada budi bahasa, ada adat kita harus ikuti. Bercerai bukan perkara mudah. Kita perlu duduk dan bincang. Faham..” ujar Maria dengan lembut supaya Nik Pasha memahami apa yang dia perkatakan. Nik Pasha termenung seketika. Berfikir tentang kata-kata mama. Betul juga! Enam tahun aku boleh tunggu inikan enam bulan. Tiada perbezaan pun. Hatinya masih sama tetap membenci dengan perempuan itu. Nik Pasha yakin terlalu yakin.


Okay,mama! Pasha setuju tapi mama kena cakap dengan perempuan tu Pasha dah ada Darwina. Pasha betul-betul sayang Darwina. Harap mama faham.” kata Nik Pasha. Berharap mama menerima Darwina.


Apa mama boleh buat Pasha. Hati Pasha bukan hati mama nak paksa-paksa. Mama faham.” lemah suara Maria agak terasa dengan kata-kata anaknya. Kenapa susah sangat anaknya itu hendak menerima Adelia. Tiada cacat cela menantunya itu malah kini dah bertambah cantik. Sebenarnya terlalu cantik. Maria saban hari risau jika Adelia terpaut hati dengan lelaki lain. Mana tidaknya menantunya itu sentiasa menjadi perhatian lelaki. Nik Pasha betul-betul menolak tuah.


Thanks ma! Sayang....mama sangat-sangat.” Nik Pasha senyum. Lega permintaannya dapat diterima oleh mama. Selesai satu perkara.


Sayang sangat konon tapi tak pernah sekali pun balik rumah sepanjang belajar kat oversea. Nasib ada Yaya temankan mama kat sini. Nak harapkan Aril duduk di hostel pula.” rajuk Maria dengan anak lelakinya itu yang tidak pernah sekali pun pulang setelah melanjutkan pelajaran di luar negara. Ada saja alasan. Ada program universitilah. Nak bekerja part timelah. Nak travel dengan kawan-kawanlah. Tapi..Maria tahu itu cuma alasan Nik Pasha kerana tidak mahu berjumpa dengan Adelia. Tidak tahan menanggung rindu sudahnya dia dan suami yang pergi menemui Nik Pasha di sana.


Mama,Pashakan dah balik. Tak payah nak harapkan orang lain lagi.” Nik Pasha dah jemu asyik di jamu dengan nama perempuan yang tidak disukai itu. Sudah-sudahlah mama. Naik bosan Nik Pasha dibuatnya.


Kalau Yaya bukan menantu mama lagi dia tetap anak perempuan mama forever. Pasha harus terima tu.” bercerai bukan penghalang kasih sayangnya pada Adelia.


Suka hati mamalah. Janji Pasha tak ada kena mengena dengan perempuan tu sudah.” balas Nik Pasha bersahaja. Boring bercerita tentang perempuan itu sejak dari tadi. Topik lain tak ada ke? Pasal Darwina mama langsung tak tanya apa pun. Kecil hati Nik Pasha dengan ibunya. Nanti-nantilah biar mama sejuk dahulu baru berbincang serius tentang Darwina.


Eh,lambat betul Yaya ni. Selalu tak adalah macam ni.” baru teringat Adelia yang masih belum sampai lagi. Risau di hati bertandang dengan tiba-tiba. Jarang Adelia lambat bila berjanji. Mungkin ada hal kot! Nik Pasha mencebik melihat mamanya begitu risau dengan perempuan yang buat dia muak hendak menyebut namanya. Tiba-tiba Nik Airil datang ke dapur dengan wajah tersengih-sengih.


Dak Akak call Aril tadi cakap lambat sikit. Kereta Dak Akak service ingat cepat siap tapi lambat pulak kena tukar alat ganti baru. Last sekali Dak akak cakap nak balik naik motor je.” beritahu Nik Airil tentang Adelia yang lambat sampai. Percakapan Nik Airil yang memanggil Adelia Dak Akak nampak begitu mesra. Meluat pula Nik Pasha dengan pengaruh Adelia yang begitu kuat di dalam rumah itu.


Oh,ye ke?! Risau betul mama dengan Dak Akak kenapa tak sampai-sampai lagi. Pergi service kereta rupanya.” Maria lega mendengar kata-kata Nik Airil. Siapa tak sayang menantu yang dianggap macam anak perempuan sendiri.















Bab 7: Di Penghujung Cintaku..Adelia


Karina terlupa mengambil passport dari Kota ingin kembali semula mendapatkan buah hatinya tetapi terpempan apabila melihat Chempaka Rania dicempung oleh Haris sekutu Kota sehingga ke bilik Kota. Kemudian rakan Haris bernama Radhi pula menyusul membawa Nik Pasha ke bilik Adelia berada. Plan untuk memerangkap Nik Pasha telah lama dia ketahui tetapi plan lain selain itu dia tidak tahu. Kenapa Chempaka Rania dibawa ke bilik Kota? Ada agenda lainkah? Tapi..takkan sampai ke bilik Kota?! Tidak boleh jadi ni. Karina mahukan penjelasan. Karina menapak ke bilik Adelia berada dan cuba menguping perbualan Kota dari luar. Serentak itu Karina pantas menutup mulut. Air mata bertakung. Jadi selama ini layanan Kota cuma pura-pura. Di dalam hatinya tidak pernah ada namanya. Karina geram dan marah. Kerana cinta dia sanggup korbankan BFF nya untuk meraih cinta Kota tetapi malangnya Kota cuma mempermainkannya. Sudahlah kerana cinta segalanya tergadai. Karina kecewa. Adelia! Karina baru tersedar. Dia harus selamatkan Adelia dari perangkap Kota. Pantas tangan mendail rumah Adelia dan Nik Pasha berharap ada orang menjawab dengan cepat. Sekarang adalah saat genting sebelum terlambat. Untuk menahan hasrat jahat Kota seorang diri Karina tahu dia tidak berdaya. Jadi,satu harapannya supaya orang tua Nik Pasha datang dengan segera untuk memberhentikan semua kerja gila Kota.

Hello,Uncle..”


Nik Pasha tersengih melihat Adelia di atas katil siap berselubung sampai ke dada tetapi tangan Adelia tergawang-gawang siap tergelak-gelak entah apa yang lucu. Entah siapa yang membawanya sehingga ke bilik ini pun dia tidak tahu. Nik Pasha menapak ke arah Adelia. Badannya panas dan hangat semacam serentak itu dia membuka jaket kulit hitam lalu dicampak sesuka hati ke lantai. Kepalanya rasa berpusing-pusing hendak kata pening pun tidak tetapi entahlah hanyut saja dia rasakan. Pandangan sekejap menjadi dua dan satu. Hm..apasal ni? Dia duduk di tepi katil sambil memandang Adelia. Tangannya ringan menarik comforter yang menyelubungi Adelia. Tersingkap gaun labuh yang di pakai oleh Adelia. Nampak betis Adelia yang putih bersih. Nik Pasha menelan liur. Rasa hendak berdarah hidung melihat kaki Adelia yang putih melepak ditambah rupa Adelia yang kelihatan amat cantik pula dilihatnya. Hati Nik Pasha tertawan dengan kejelitaan Adelia. Sungguh..


Adelia..” sedap pula memanggil nama budak yang selalu dia sakiti itu. Adelia buka mata dan lantas tersenyum manis apabila melihat Nik Pasha. Tangan Adelia dengan beraninya menyentuh pipi lelaki di sisinya. Nik Pasha terpesona. Tanpa mereka sedari ada kamera video tersembunyi di sebalik almari berdekatan. Itulah rancangan jahat Kota.


Kota yang berada di biliknya sendiri tersengih sampai ke telinga melihat Chempaka Rania yang sedang terbaring di atas katil. Tidak sedarkan diri. Akhirnya Chempaka Rania jatuh juga ke tangannya. Itulah jual mahal sangat dengan aku. Kalau kau terima aku tak adalah aku buat kau macam ni. Pipi Chempaka Rania dielus lembut. Bisikan syaitan begitu galak memujuk dan menghasut supaya Kota memuaskan nafsu serakahnya. Kemeja di badan di buka butang satu persatu. Tiba-tiba perbuatannya terhenti. Pintu bilik di sergah dengan tiba-tiba. Kota hampir hendak melenting jika rakan subahatnya yang mengganggu tetapi tidak menjadi apabila melihat Karina tercegat di depan pintu dengan wajah yang amat sedih. Kota terpaku. Mereka bertatapan seketika sehingga..


I hate you! I really...really.. hate you!” lemah suara Karina menghamburkan kebenciannya. Di belakang Karina ada beberapa budak sekolah mereka. Saling berbisik-bisik dan memandangnya dengan tatapan marah. Tidak sangka...Kota cuma sekadar terpaku.


Maria pandang ke dua-dua budak remaja yang sedang berpelukan di atas katil dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Nik Nazrin juga turut sama memandang ke arah yang sama. Maria tarik suaminya rapat ingin disuarakan hasrat hati yang agak tidak masuk akal. Berharap sangat suaminya bersetuju.


Eh,mana boleh Mar! Dia orangkan masih muda takkan nak kahwinkan mereka pula.” Nik Nazrin tidak bersetuju. “ Lagipun,mereka berdua tak sempat nak buat apa-apa pun ni.” sambung Nik Nazrin. Kamera video ditangan dilihat sekali lagi mencari kepastian. Ha..betullah ni. Lepas je Adelia usap pipi anak terunanya terus Nik Pasha tumbang di sebelah Adelia dan tidak bergerak-gerak lagi sampailah kedatangan mereka berdua. Budak berdua itu bukan main pulas tidur siap berpeluk sakan tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Dah sahlah ni. Nik Nazrin tidak faham kenapa hendak di kahwin budak berdua itu pula. Lagipun yang tahu keadaan budak berdua itu cuma mereka sahaja. Budak-budak yang datang ke party dah di halau awal-awal tadi. Yang tinggal cuma budak-budak yang bikin masalah. Itupun ada di bawah. Sedang menunggu hukuman yang setimpal.


Abang! Inilah peluang kita hendak menyatukan mereka. Kita gunakan kesempatan ini supaya mereka berdua berkahwin. Tak salahkan? Lagipun Abangkan tahu Mar sayang sangat pada Yaya. Mar nak Yaya jadi menantu kita. Please Abang..” lembut Maria memujuk. Nik Nazrin terdiam. Keinginan Maria terlalu tinggi. Tidak sampai hati pula hendak membantah. Di pandang budak 'bertuah' dua orang itu dengan pandangan yang sukar. Berat hendak meyetujui rancangan gila isterinya tetapi..mungkin ada hikmah-Nya disebalik kejadian yang berlaku.


Okay,apa plan 'jahat' Mar? Cakap kat Abang.” Nik Nazrin sengih. Ini perbuatan tidak masuk dek akal. Maria senyum mendengar kata-kata suaminya. Yes!! Akhirnya Yaya jadi menantu aku. Sukanya..haha..gelak jahat seorang ibu.


Isk! Isk! Tak guna kau Pasha! Adelia menangis dalam keadaan geram di dalam comforternya. Marah. Sakit hati. Terluka. Semua bercampur gaul menjadi satu. Adelia bingung bagaimana Nik Pasha boleh berpeluk sakan dengan dirinya di atas katil siap tidak berbaju lagi. Dia pula nasib baik masih memakai pakaian tetapi diakan pakai gaun. Nak kena singkap bila-bila masa pun boleh. Musykil tetapi benarkah kata-kata Auntie yang mereka berdua sudah terlanjur? Adelia cuba tilik keadaan dirinya ketika ini. Ada berasa kelainan tidak? Adelia cuba mencari kelainan. Apa ya? Rasa macam sama saja tetapi Auntie siap tunjuk video mereka tetapi separuh saja sebab Auntie kata dia dah delete. Sensor katanya tidak lepas penapisan filem. Yang paling memalukan bila aku dengan senyum manisnya meletakkan tangan di pipi Nik Pasha siap merenung lelaki itu dengan romantis sekali. Macam aku pula yang terhegeh-hegeh menggoda jantan tak guna tu. Kenapa jadi begini? Bukankah aku berbaring bersama Karina. Karina yang dihubunginya mengatakan dia terpaksa pulang awal kerana ibunya menyuruhnya pulang dengan segera. Karina cakap dia sudah beberapa kali mengejutkan dirinya supaya bangun tetapi tidak di endahkan. Sedap tidur kata Karina. Adelia cuba mengingati tetapi langsung tiada apa di dalam fikiran. Blank. Karina telah meninggalkan pesan pada Nik Pasha supaya mengejutkan Adelia bangun. Mungkin kerana itu mereka berdua boleh berada di dalam bilik bersama. Dari kata Auntie, Nik Pasha pula diperangkap oleh Kota dengan pil ecstasy sehingga anak muda itu hilang pedoman sehingga mereka berdua terlanjur. Tapi..macam mana aku tak sedar langsung? Aku tidur takkanlah sampai kronik sangat sampai ada orang menyentuh pun langsung tidak terkejut. Adakah aku pun kena 'santau' ecstasy jugak. Buntu.
Apa pun nasi dah jadi bubur. Aku dah tak dara lagi. Isk! Isk! Bengang betul dengan Nik Pasha yang telah mengambil sesuatu yang berharga darinya. Jahanam! Jantan miang! Adelia melalak lagi.


Sambil berbaring di atas katil Nik Pasha meraup wajahnya bersama desahan nafas gelisah. Raut wajah Adelia begitu kuat melekat di fikiran. Mama dan papa telah menjatuhkan hukuman mandatori terhadapnya. Hukuman yang teramat berat sekali. Berkahwin dengan Adelia. Umur baru hendak menjejak ke 18 tahun sudah di kerah supaya berkahwin. Aku muda lagi kot. Takkan nak kahwin awal macam ni. Kahwin dengan hippo pula tu. Tak tercapai oleh fikirannya. Aku dan hippo. Kahwin? Anak? 18 tahun? Oh..Ini Kota punya angkara! Sial betul! Tak dapat Chempaka Rania secara baik-baik gunakan helah pula. Kalau hendakkan sangat Chempaka Rania tu hambiklah aku tak kisahlah. Aku bukannya suka sangat dengan budak tu. Cantik memang cantik tapi hati aku tak terpaut pun. Aku cuma kawan dengan Chempaka Rania tidak lebih dari itu. Kenapa hendak dengkikan aku pula? Salahkah aku kalau ramai perempuan tergila-gilakan aku? Salahkah aku mempunyai wajah yang menarik dan kacak? Salahkah aku di anugerahkan Tuhan mempunyai IQ yang tinggi dan pintar? Salahkah? Aku tak mintalah..
Jadi,kenapa nak benci?! Nak dengki?! Geram dengan perbuatan yang telah menggelapkan masa hadapannya. Muda-muda lagi sudah kena berkahwin dan kemungkinan besar akan menimang anak. Kalaulah kerana keterlanjuran itu Adelia disahkan mengandung jadi daddy mudalah jawabnya. Nik Pasha juga buntu dan mendesah lagi. Kali ini lagi berat desahannya.


Kata sepakat telah dibuat. Helmi, ayah Adelia bersetuju dengan cadangan teman baiknya Maria dan Nik Nazrin supaya menyatukan budak berdua itu. Apa yang telah terjadi tidak dapat di putarkan kembali. Biarlah mungkin ada Hikmah Tuhan di sebaliknya. Adelia sebak. Matanya merah dan wajahnya sembap kerana menangis terlalu lama. Kepala pun sakit dan berat. Adelia cuma mampu menahan sendu apabila keputusan telah rasmi dibuat. Nik Pasha pun sama. Mereka tiada pilihan. Dalam masa sebulan mereka akan dinikahkan secara sederhana kerana mereka masih belum mencapai usia 18 tahun banyak prosedur nikah kahwin yang perlu dilakukan. Jika tidak mereka telah dinikahkan awal-awal lagi. Nik Pasha pandang Adelia dengan tajam sekali. Kalau bukan kerana Adelia tidaklah dia dipaksa berkahwin sebegitu rupa. Teringat video yang ditunjuk kepada mereka berdua Adelia bukan main romantis membelai pipinya mungkin kerana itu dia tersalah langkah. Maknanya Adelialah yang bersalah menggodanya. Dia berada di dalam khayal ketika itu dengan bahana ecstasy dan Adelia kemungkinan besar berada di dalam keadaan sedar kenapa tidak menolak malah memggodanya pula. Kata mama Adelia juga tidak sedar mungkin sama terkena ecstasy. Tapi..siapa yang hendak dengkikan budak hippo itu? Sudahlah gemuk,tidak popular malah bodoh pula tu. Siapa? Ahh..mesti Adelia dan Kota yang merancang perangkap itu. Ya! Pasti Adelia juga terlibat sama. Nik Pasha tekad di dalam hati setelah Adelia rasmi menjadi isterinya dia akan pergi jauh. Nik Pasha yakin permohonannya ke universiti di luar negara di dalam jurusan perubatan akan diperolehi dengan mudah kerana pencapaian SPM nya yang dia yakin cemerlang. Dia akan terbang jauh. Tempoh belajar di bidang perubatan lama makan tahun. Biar Adelia sengsara. Biar Adelia terkontang-kanting dengan title isteri yang dia nak sangat tu. Biar..Aku akan biarkan dia di gantung tidak bertali sehingga tiba saat gadis itu sudah tidak tahan dengan title isteri hanya pada nama sahaja. Nik Pasha pasti setakat manalah kesabaran seorang manusia boleh pergi. Agak-agaknya tidak sampai setahun Adelia mungkin meminta cerai. Idea menakutkan itu di jelaskan dengan penuh perasaaan benci menerusi riak wajah yang menggerunkan kepada Adelia. Kecil saja Adelia rasa bila di tenung tajam oleh Nik Pasha. Pandangan yang menggerunkan. Adelia takut. Tidak tahu apa nasibnya sebagai isteri Nik Pasha nanti.

Bab 6: Di Penghujung Cintaku..Adelia



SPM berlalu..


Party berakhirnya SPM dan perpisahan budak tingkatan lima diadakan di rumah Kota. Kesemua rakan sekolah tingkatan lima di ajak ke majlis itu. Orang tua Kota pula tiada di rumah ke luar negara kerana ada urusan perniagaan. Menyenangkan kerja Kota mengaturkan majlis perpisahan sekolah mereka dan merancang strategi jahat untuk mengenakan Nik Pasha. Sambil menyelam sambil minum air. Rumah banglo milik Kota dipenuhi dengan ramai budak-budak sekolah mereka. Tidak terkecuali Nik Pasha dan Adelia. Kota atau nama lainnya Megat Khairuddin mengadakan majlis itu untuk meraikan penat lelah mereka yang bertungkus-lumus mengharungi peperiksaan SPM. Di samping itu dia ada agenda yang tersembunyi. Nik Pasha yang sedang berbual dengan Chempaka Rania di pandang dari jauh. Terbit rasa dendam yang tersimpan kemas. Malam ini Nik Pasha pasti malu besar. Kota akan pastikan saat kegemilangan Nik Pasha akan berakhir. Pasti. Kota senyum jahat.


Tiba-tiba muncul budak lelaki bernama Haris di sisi Kota. Mereka berbisik sesuatu. Kota cuma mengangguk beberapa kali. Apa yang dibisikkan pun tidak tahu. Bunyi muzik yang hingar-bingar membuatkan Kota dan beberapa kroni yang tidak sukakan Nik Pasha membuat agenda jahat. Satu komplot untuk membuat Nik Pasha jatuh.


Adelia dengan Karina bukan main bergaya lagi di majlis perpisahan yang dibuat di rumah Kota. Adelia mengenakan gaun labuh berwarna merah. Gaun yang dipilih oleh Auntie Maria. Rambut pula ditoncang satu. Wajah cuma bersolek tipis. Badan pula semakin kurus membuatkan Adelia berani menggayakan gaun merah itu. Karina pula menggayakan blaus merah dan skirt labuh berwarna hitam. Tema majlis colour merah dan hitam. Mereka datang dengan pakaian mengikut tema. Majoriti mengenakan warna merah pada pakaian mereka. Sekali macam nak sambut raya cina pun ada majlis ini. Hehe..Adelia riang kerana SPM akhirnya berlalu juga. Bila rakan sekolah membuat party perpisahan ini Adelia tidak banyak soal terus saja bersetuju apabila Karina sepupu kepada Kota mengajaknya ke majlis itu. Hari-hari terakhir bersama dengan teman-teman sekolah. Selepas ini belum tentu mereka akan berjumpa lagi apabila mereka semua pergi membawa haluan masing-masing. Inilah masanya untuk bergembira membayar penat dan lelah mereka yang berusaha kuat menelaah pelajaran supaya berjaya meraih kejayaan di dalam SPM. So..apa lagi..


Let's get party tonight! Kaki Adelia dari tadi duk tergedik-gedik mengikut alunan muzik yang rancak. Lagu Bad Romance Lady Gaga tu. Dah macam disko pula Adelia rasakan majlis ini. Layankan je la..janji pandai jaga diri. Mata menyorot pandang sekeliling majlis yang berlangsung. Semua yang hadir nampaknya happy maklumlah beban berat sebagai pelajar sekolah menengah telah berakhir. Sekali mata terpandang Nik Pasha yang sedang berbual mesra dengan seorang gadis cantik. Chempaka Rania budak perempuan paling popular di sekolah. Hati Adelia seakan tercuit melihat Nik Pasha sedang bergelak ketawa dengan Chempaka Rania. Apa nama bunga mak bapak minah ini letak?! Tiada nama bunga lainkah? Bunga raya ke? Bunga carnation ke? Bunga tahi ayam ke?!! Lagi bagus tu..Bunga Tahi Ayam Rania tak pun Bunga Tahi Ayam Romania tak pun Buruk romance ke?!!! Pergh..aku ni macam bengang tahap jurus lelangit ni bila tengok kemesraan mamat poyo aka mangkuk tingkat tu,kenapa??!!!! cemburu???? No..No..Dan..No..Adelia geleng kepala. Awek dia ke? Mentang-mentang Nik Pasha budak lelaki paling popular di sekolah gandingannya dengan budak perempuan paling popular juga di sekolah. Cliché. Adelia mencebik. Perasaannya bercelaru. Ada cemburu bertamu di hati sebenarnya. Susah hendak mengaku.


Kar,toilet mana?” tanya Adelia. Mata tengah berbulu baik pergi toilet fresh up kan diri dan make up mind supaya menolak jauh-jauh anasir bernama Nik Pasha. Tiba-tiba pula natural call memanggil. Cantiklah tu..


Jom,aku bawa kau pergi cari toilet.” tangan Adelia ditarik masuk ke dalam rumah. Ketika kakinya melangkah masuk ke dalam rumah telinganya di hidang pula dengan alunan muzik lembut dan mendayu pula. Lagu Sephia nyanyian kumpulan dari seberang Sheila on 7 berkumandang. Mood romantis. Di dalam rumah ramai pasangan couple duduk rapat-rapat siap berpeluk bagai. Patutlah..mood di dalam rumah ini bukan main romantis lagi. Ini lepas perasaan apa! Takut nanti dah tak selalu jumpa itu yang berkepit macam dah kena gam UHU makhluk-makhluk couple ni. Adelia jeling sikit nak tengok lagi panorama yang menjelikkan..erkk!!! Hei..apa tangan kat dalam baju tu. Ya,Allah..Huh..runtuh akhlak betul. Adelia jeling lagi sebelum di bawa ke tingkat atas. Bilik siapa yang di bawa oleh Karina dia pun tidak tahu. Tapi..memang cantiklah dekorasi bilik itu. Adelia cepat-cepat masuk ke dalam bilik air. Apabila dia keluar Karina tersengih dengan segelas jus oren di tangan. Adelia suka hati betul. Syabas,kawanku..aku pun tengah haus giler ni. Sempat pula si Karina mencari air. Hehe..tanpa banyak soal satu gelas jus oren di teguk rakus untuk menghilangkan dahaga. Fuhh..leganya. Tapi..apa pasal ada rasa semacam ni. Gelas tak basuh bersih ke? Erkk!!..Tak kot!


Panas betul!!” Karina mengibas-ngibas kedua belah tangannya ke muka. Panas! Panas!Seraya itu Karina mencari remote control air cond. Ditekan. Tett!! Udara sejuk menerjah dan badan mula dapat merasai kedinginan. Baru nyaman. Adelia sengih. Karina pun sengih. Tanpa disangka Karina budak kaca mata tebal dengan selamba landing di atas katil bersaiz king itu. Bukan main penuh perasaan Karina berbaring siap buat kuak lentang kuak kupu-kupu di atas katil. Wah! Nampak macam seronok je. Hati Adelia pun teringin tetapi siapalah dia bukan siapa-siapa pun dengan Kota. Lainlah Karina sepupu dia. Bolehlah lanyak sesuka hati.


Adel! Jomlah baring kat sebelah aku ni.” ajak Karina sambil menepuk-nepuk tilam di sebelahnya. Adelia sengih. Boleh ke? Terliur juga. Hehe..kat rumah saiz queen je. Nak lompat-lompat tak dapat der..mau kena sergah dengan si mangkuk tingkat Pasha pula nanti.


Boleh ke?” segan pula hendak ikut berbaring walaupun hatinya teringin sangat hendak merasa keempukan katil bersaiz king itu. Besar giler katil ni. Agaknya sepuluh orang pun boleh tidur di atas katil ni.


Jomlah,ini kan rumah uncle aku no hal punye. Lagipun diorang bukan ada kat sini pun.” Karina masih mengajak. Aku apa lagi pucuk di cita salad mayonis coming mari dengan tidak Bismillah..Bamm!! Menghempas badanku dengan nikmatnya di atas katil King ni. Dah rasa macam KING sangat ni. Pergh..syok giler! Lembut..Nyaman..Selesa..rasa nak tidur pula. Hmmm..Hmm..Hm..Comforter yang rasa dingin dan so..comfortable tu di tarik menutupi badannya. Karina di sebelah langsung tidak dipedulikan. Menikmati. Mata dah memberat. Sayup-sayup suara kedengaran di telinga. Apa ni? Kacaulah..


Budak tu dah tidur ke?” Soal seseorang. Karina angguk kepala.


Okay,kau keluar! Ini passport ke Paris. Nanti tunggu aku di KLIA.” sambung suara itu lagi.


Ak..aku..tak sampai hatilah K. Aku dan dia BFF tau.” Karina ragu-ragu. Kota yang sedang berdiri di tepi katil memandang Karina dengan tajam. Karina cuak. Takut dengan panahan mata Kota yang seperti bilahan pedang. Perasaan menyesal bertandang. Adelia tidak bersalah tetapi malangnya terheret sama di dalam konspirasi jahat Kota untuk menjatuhkan Nik Pasha.


Jangan nak sabotaj plan aku ek!! Aku dah plan cantik ni nak balas dendam kat Prince Perasan Bagus tu!” marah Kota dengan suara ditekankan. Adelia yang berselubung dengan comforter begitu pulas dengan lenanya sesekali bibir mungil gadis itu seakan berkata sesuatu tetapi tiada suara yang terkeluar cuma desahan nafas halus. Terliur juga Kota melihat wajah Adelia yang kelihatan ayu sekali. Tak sangka gadis yang gemuk dulu dah kurus sekarang. Mata Kota begitu ligat memerhati wajah Adelia yang dirasakan terlalu cantik malam ini.


Tapi..” Karina masih takut-takut dan susah hati. Adelia dipandang dengan perasaan bersalah sangat-sangat. Tengok tu! Kan main suci lagi Adel tidur. Kasihan BFF aku.


Tak ada tapi-tapi. Ini passport kau. Nak ke Paris tak? Seronok tu. Aku tak pernah ajak mana-mana girl pergi Paris tau. Kau sorang aje.” pujuk Kota lembut. Karina didakap erat. Sambil membelai belakang Karina dengan lembut. Karina yang terlalu menyayangi Kota terpaksa mengorbankan BFF nya demi cintanya yang mendalam pada Kota sepupunya sendiri. Maafkan aku Adel! Aku tiada pilihan.


Tiba-tiba Adelia meracau di dalam tidurnya. Siap ketawa mengekek seperti ada orang menggeleteknya. Karina yang sedang di dakap oleh Kota menoleh laju. Aik!! Tadi bukan main lena tidur sekarang boleh pula tergelak-gelak. Kota cuma tersengih.


Pil tu dah absorb sepenuhnya. Revenge time! Kar ada baiknya kau balik rumah dan bersedia untuk ke Paris malam ni.” ujar Kota. Karina harus pulang. Gadis itu tidak harus berada di situ. Kota bimbang Karina akan merosakkan plan jahatnya nanti.


Ok..okay..” dengan berat hati Karina berlalu. Kota menggesa Karina supaya beredar dengan segera. Karina terpaksa menurut. Bila kelibat Karina sudah tidak kelihatan Kota cepat menyeluk saku mencari telefon bimbit.


Okay,guys! Everything is ready. Budak bedebah tu dah lalok belum?” tanya Kota cuba mencari kepastian yang Nik Pasha sudah berada di dalam separuh sedar atau belum.


Bagus! Bagus! Bawa budak bedebah tu masuk. Chempaka Rania kau letak ke dalam bilik aku.” begitu terperinci plan Kota untuk menjatuhkan Nik Pasha. Kasihan Chempaka Rania dan Adelia kerana terpaksa terheret sama di dalam dendam Kota.